Demo Diterus, Perarakan Bergantung Keadaan
Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan perhimpunan menentang kenaikan harga air di negeri itu di Kuala Lumpur Ahad ini walapun polis memberikan amaran hari ini, kata penyelaras kempennya.
Badrul Amin Bahrom bagaimanapun berkata, perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara seperti yang dirancang sebelum ini bergantung kepada keadaan pada hari berkenaan.
"Kalau diizinkan, kita berarak. Jika tidak diizinkan, kita mungkin guna cara lain. Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti cuaca, ketegangan pada hari itu, apa saja.
"Lagi pun kita bukan orang jahat," kata Badrul Amin yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah Polis hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta perhimpunan anjuran kerajaan selangor dan satu lagi kumpulan pada Ahad ini.