Showing posts with label Dakwaan Terhadap Khir Toyo Hanya Sandiwara Politik Bagi Menutup Salahguna Kuasa Yang Lain. Show all posts
Showing posts with label Dakwaan Terhadap Khir Toyo Hanya Sandiwara Politik Bagi Menutup Salahguna Kuasa Yang Lain. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

Dakwaan Terhadap Khir Toyo Hanya Sandiwara Politik Bagi Menutup Salahguna Kuasa Yang Lain

Faekah Hussin
Dakwaan Terhadap Khir Toyo Hanya Sekelumit Dosa Terhadap Rakyat Selangor
Dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian tanah lot banglo dikenakan terhadap Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak mengambarkan keseluruhan kesalahan yang telah dilakukan mantan Menteri Besar Selangor itu.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin , ia juga tidak memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menangani penyakit utama negara yakni rasuah malah jauh sekali membersihkan kekotoran yang terpalit dan sebati pada Umno.

"Apatah lagi kesalahan Dr Khir bukan semudah yang digambarkan. Selain SPRM, kes ini juga melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Siasatan perlu dilakukan samada cukai hartanah dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai.

"Begitu juga dengan bayaran duti setem. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana perbuatan mengelak dari membayar cukai dengan melakukan 'under declare' adalah satu kesalahan yang serius.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...