Showing posts with label Bukan Salah Jebat Derhaka. Show all posts
Showing posts with label Bukan Salah Jebat Derhaka. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka



Untuk meredakan kebangkitan rakyat, Hosni Mubarak cuba merasuah sebahagian kakitangan awan dan pesara tentera dengan menawarkan kenaikan bayaran dan gaji . Malangnya tawaran ini tidak dapat tempat dihati rakyat. Apalah sangat dengan kenaikan gaji dengan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi rakyat selama 30 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek. Kesedaran rakyat Mesir inilah yang menyebabkan kebangkitan rakyat yang tidak dapat dibendung lagi. Malah rakyat Mesir bertekad dan bersemangat dengan pertaruhan nyawa sekali pun untuk membebaskan negaranya dari  cengkaman pemerintahan kuku besi dan rejim diktator Hosni Mubarak.


Hafiz Zainuddin
Pagi masih awal. Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan. Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi. Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan. Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata. Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga. Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini. Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.

Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh. Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup. Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya! Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera". Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.

Demonstrasi adalah pesta demokrasi. Seorang teman saya melawak. Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip. Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat. Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...