Kenyataan yang menyatakan perhimpunan "Bersih" akan menyebabkan penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.
Sekiranya 300 ribu hadir dalam perhimpunan tersebut membelanjakan sebanyak RM100 seorang, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan itu adalah sebanyak RM30 juta. Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta. Mereka akan berbelanja dengan menaiki teksi serta membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.Artikel penuh kenynataan Suhaizan Kayat ...
Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa Himpunan Bersih 2.0 merupakan ancaman kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing, disifatkan sebagai hujah paling dangkal abad ini.
Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat berkata demikian sebagai reaksi kenyataan Ahmad Maslan bahawa himpunan pada 9 Julai ini menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.
Sebaliknya, kata Suhaizan, sekiranya 300 ribu hadir dalam perhimpunan tersebut membelanjakan sebanyak RM100 seorang, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan itu adalah sebanyak RM30 juta.

