
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Monday, August 26, 2013
Tidak tahu bila dan bagaimana perubahan sebenar boleh berlaku
Politik negara dikuasa oleh ‘warlords-warlords’ ini dan ahli-ahli Umno hanya dijadikan sebagai kaldai untuk memunggah segala kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja.
“Politik dikuasai oleh kumpulan feudal baru hasil dari rasuah yang dilakukan secara sistematik. Rakyat ramai hanya melihat sahaja tanpa berdaya melakukan apa-apa, kadang kala apabila diselidik dan dikaji halus-halusan, tiada pihak yang mampu merubahnya kerana pihak yang membangkang pun sudah terbit sikap untuk berkuasa semata-mata untuk berkuasa dan mempunyai nilai moral yang sama seperti yang sudah lama berkuasa tulis Aspan Alias dalam blognya > DI SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment