Monday, December 14, 2009

MALAYSIA NEGARA SUMPAHAN MINYAK

Kuala Lumpur - Pada tahun 1974, sewaktu saya mengasaskan Petronas, saya tidak menyangka suatu hari nanti, saya akan merasa lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya sewaktu berucap di sidang
kemuncak ahli2 korporat muda Malaysia di Menara intergriti, disini semlam. Begitulah luahan rasa yang
disampaikan oleh Tan Sri Tg Razaleih Hamzah, bekas naik presiden UMNO yang jugak sebagai mantan menteri
keuwangan Malaysia.
Tan Sri Tg Rzazaleigh berkata, Malaysia telah menjadi negara 'Sumpahan minyak" di mana hasil buminya
itu tidak di manafaat untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi telah dibazirkan oleh kerajaan. Apa yang
dikatanya lagi, hasil minyak yang seharusnya menjadi warisan untuk semua lapisan raayat Malaysia dan
generasi akan datang, telah digunakan untuk kepentingan pemerintahan autoritarian, menghakis demokrasi
berlembagaan dan rasuah kesemua golongn elit politik dan perniagaan.
Beliau berkata, anugerah minyak yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kapada
masyarakat yang lebih terpelajar, kini hanya tinggal simbol kosong sebagaimana "Menara Petronas'. Tujuan
awal pengunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kapada ekonomi yang lebih dipelbagaikan, berasaskan
kapada pekerjaan berpendapatan tinggi.
Bekas naib Presiden Umno itu berkata, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut
rancangan sewaktu Petronas diwujudkan menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa saja
yang mentadbir negara tanpa bertanggung jawab. Hasil dan kekayaan minyak negara dibazirkan dan disalah
gunakan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal. Pendapatan minyak tidak digunakan untuk membasmikan
kemiskinan, di negeri-negeri miskin, sebaliknya disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kiatan
dengan politik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...