Jika Umno-BN ingin mendapat sokongan rakyat bukan dengan cara mengunakan water canon dan gas pemedih mata dengan mengarahkan polis melakukan secara kekerasan terhadap rakyat.
Sepatutnya gunakan akal secara demokratik dengan memberi himpunan rakyat secara mengikut undang-undang bukan dengan cara diktator. Cara kekerasan akan menambahkan lagi kebencian rakyat kepada polis dan Umno-BN. Untuk mendapat sokongan rakyat hanyalah berbuat baik pada mereka bukan dengan cara melakukan kekerasan dan provokasi.
Apa lagi himpunan itu adalah secara aman bukan huru-harakan negara malah mengikut lunas-lunas demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Kumpulan yang berhimpun itu bukan dari golongan samseng malah mereka adalah anak-anak muda berbagai bangsa dan agama. . Dari peringkat bawahan sehingga golongan profesional. Mereka datang hanya untuk menuntut hak sebagai warga Malaysia dengan memberi sokongan kepada tuntutan kearah negara yang lebih adil dan telus dalam pilihan raya.
Artikel penuh kenyataan Marina Mahathir...
BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.
“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh Bersih pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.