Sebuah badan Islam bukan kerajaan (NGO) mendakwa orang Melayu tidak berpecah tetapi telah digembar-gemburkan sedemikian rupa secara berlebihan oleh parti politik Umno.
Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga mendakwa kepentingan orang Melayu tetap terpelihara kerana dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selain peranan Majlis Raja-raja Melayu.NGO Islam itu hairan mengapa Umno terlalu membesar-besarkan dakyah pembohongan kononnya berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu.
