Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa merayu kepada rakyat Malaysia di London supaya menghentikan laungan ‘Bersih’ dalam satu pertemuan semalam.
Najib dimalukan sebahagian hadirin yang mula bersorak sebaik naik ke pentas dan berlarutan ketika beliau berucap.
Sorakan itu menyebabkan beliau ‘malu besar’ serta hilang tumpuan dan terpaksa merayu supaya dihentikan.
“Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti,” rayu Najib dalam satu rakaman
VIDEO yang dimuat di laman Youtube.
Rayuan Najib itu disambut seorang warga Malaysia yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.
“Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?” tanya individu berkenaan kepada Najib.