Monday, July 18, 2011

'Orang Muda Suara Dan Kuasawan Kepada Negara', Kata Pak Samad

Demonstrasi ini hanya boleh diubah oleh golongan muda. Dunia ini untuk anak muda. Suara yang akan mengubahnya ialah anak-anak muda ini. Mereka ialah suara dan kuasawan kepada negara.
“Cuma, kuasa untuk berubah masih lagi dikuasai sekelompok bangsawan. Mengapa tidak kita kawal ia dengan pilihan raya supaya kuasawan pula yang naik,”- A Samad Said

Genap seminggu selepas perhimpunan Bersih 2.0, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said meneruskan mesejnya dengan menegaskan hanya golongan muda yang mampu membawa perubahan kepada corak kepimpinan negara.

Justeru, beliau menekankan corak kepimpinan itu boleh diubah melalui pilihan raya yang demoktratik.

“Demonstrasi ini hanya boleh diubah oleh golongan muda. Dunia ini untuk anak muda. Suara yang akan mengubahnya ialah anak-anak muda ini. Mereka ialah suara dan kuasawan kepada negara.


“Cuma, kuasa untuk berubah masih lagi dikuasai sekelompok bangsawan. Mengapa tidak kita kawal ia dengan pilihan raya supaya kuasawan pula yang naik,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pada ceramah sempena pelancaran ‘Yellow Saturday’ anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini malam tadi.

A Samad Said atau lebih mesra dipanggil Pak Samad turut berharap agar golongan tua dapat mengubah fikiran dan memberi peluang kepada golongan pelapis untuk mencuba tampuk pimpinan.

“Saya berharap pilihan raya akan datang, orang-orang yang tua ini boleh berubah fikiran mereka. Berilah waktu kelompok yang lebih bawah yang datang dari bawah menjadi ketua supaya tidak sia-sia pilihan raya akan datang.

“Berilah suara kita. Berilah undi kita supaya kita tidak tinggal di dunia yang penuh dendam,” katanya.

Sejak sebulan lalu, Samad di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa dilihat sebagai “ikon baru”.

Pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu, Pak Samad telah membacakan sebuah puisi “Unggun Bersih”, sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut.

Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di setelah dihalang dengan sekatan ketat pihak polis.

Malah, katanya beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai “satu kejayaan besar” kerana berjaya menarik puluhan ribu rakyat pada 9 Julai lalu.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...