Friday, July 8, 2011

"Saya Tetap Akan Hadiri BERSIH 2.0 Esok" - Khalid Samad

         Bersih ni bukan pertubuhan haram, ia satu program anjuran 62 NGO yang sah yang berdaftar. Ia merupakan program dan bukan pertubuhan, lalu saya takk faham apa alasan dan hujah pihak polis dalam perkara ini

         Saya pun tak faham di mana logiknya, seperti yang diulang berkali-kali, Bersih ini bukan bertujuan mahu mencetuskan huru-hara tetapi kita ni perhimpunan aman, jadi jangan samakan Bersih dengan Israel."


Artikel penuh kenyataan Khalid Samad ..
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tetap akan menghadiri himpunan aman BERSIH 2.0 walaupun namanya disenaraihitamkan daripada memasuki Kuala Lumpur esok, lantaran tidak mendapat apa- apa dokumen rasmi dari Polis di- Raja Malaysia (PDRM).

Beliau yang kini berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri majlis pelancaran sistem aliran transit massa (MRT) yang dirasmikan Perdana Menteri Najib Razak berkata, beliau tidak akan keluar dari kawasan itu bagi menghadiri himpunan aman tesebut.


Khalid berkata, beliau tidak faham mengapa larangan tersebut dikeluarkan walhal pihak penganjur berkali- kali memberi jaminan bahawa himpunan itu akan berlangsung secara aman.

"Saya pun tak faham di mana logiknya, seperti yang diulang berkali-kali, Bersih ini bukan bertujuan mahu mencetuskan huru-hara tetapi kita ni perhimpunan aman, jadi jangan samakan Bersih dengan Israel."

"Bersih ni bukan pertubuhan haram, ia satu program anjuran 62 NGO yang sah yang berdaftar. Ia merupakan program dan bukan pertubuhan, lalu saya takk faham apa alasan dan hujah pihak polis dalam perkara ini," katanya.

Semalam, polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 individu merangkumi pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pakatan Rakyat, Pemuda UMNO dan PERKASA, daripada memasuki Kuala Lumpur esok.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Polis sebelum ini berkata himpunan BERSIH 2.0 hanya akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan atas alasan itulah pihaknya memohon perintah mahkamah menghalang 91 individu menghamiri ibunegara.

Tambahnya lagi polis tidak wajar menjadikan alasan kesesakkan lalu lintas bagi melumpuhkan himpunan aman Bersih 2.0 bagi menuntut pilihan raya yang telus lagi adil.

"Ini merupakan satu tindakan memang tiada alasan yang wajar dan munasabah, tak mahu Bersih berhimpun kerana boleh menyebabkan kesesakkan lalu lintas, menyusahkan rakyat dan sebagainya tapi dia (polis) buat sekatan merata yang menyebabkan kesesakkan lalu lintas juga," ujarnya.

Polis Rabu lalu mengadakan sekatan jalan raya di ibunegara yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk dan menyebabkan ramai pekerja terlewat untuk ke tempat kerja.

Polis menjelaskan sekatan jalan raya itu dibuat kononnya bagi mengesan aktiviti menyeludup masuk senjata ke ibu negara sekaligus menggerakkan fahaman Komunis melalui himpunan BERSIH 2.0.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...