Saturday, July 9, 2011

Bersih : Rakyat berhimpun di 24 bandaraya

              Bersih 2.0 Global meminta rakyat Malaysia di seluruh dunia supaya turut berhimpun pada masa yang sama esok, sebagai tanda sokongan kepada tuntutan untuk pilihan raya yang bersih dan adil.
              Bersih 2.0 Global dalam satu kenyataan menggesa agar perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika.

“Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih
dan adil di Malaysia,” kata wakil gerakan global itu.

Bersih 2.0 Global berpendapat negara ini perlu mengamalkan demokrasi terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman adalah satu norma dan bukannya pengecualian.


“Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenangnya kerana berpakaian kuning.

“Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong Bersih 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian),” kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk “memenuhi tugas dan tanggungjawabnya” dengan mengakui “kehendak rakyat” supaya membenarkan himpunan itu diadakan secara aman.-K/Daily

2 comments:

rubijum said...

TUAN INI ADALAH TUNTUTAN KETUA YANG TUAN SANJUNG.. CUBA FIKIRKAN DAN KALAU RASA INSAF BERTAUBATALAH

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC (TAK MASUK AKAL!!!!)

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

Martoiriat said...

kalau saya memyokong Ambiga bukan kerana saya berperanguh dengan keperibadiannya. Bukan masalah Islam atau tidak atau menyokong Najib kerana dia Islam. Saya menyokong beliau kerana ada sebabnya.. kerana beliau berani dan berprinsip dengan mengunakan akal. Beliau hanya membuat tuntutan pembaharuan yang tidak adil dalam sistem piliharaya yang berat sebelah. Jadi saya lihat oleh kerana tuntutan itu baik untuk semua, saya harus menyokong bukan menyokong agama yang beliau anuti. Kita ada akal yang dianugerah tuhan, jadi kita harus berfikir mana yang benar atau salah.

Malah lapan tuntutan itu jika dilihat keseluruhanya adalah untuk memperbetulkan Sistem Suruhan Pilihan Raya (SPR)yang double standard dan berat sebelah yang tidak adil dan hanya sebagai alat kepada UMNO-BN. Tuntutan itu bukan untuk dirinya tapi untuk keseluruhan rakyat jelata. Tuntutan itu bukan saya seorang yang menyokong malah beratus ribu anak muda atau mahasiswa2 yang memberi sokongan terhadap Ambiga. Jadi maksud anda orang yang menyokong Ambiga kesemuanya bodoh dan tak berakal? atau akan dikeristiankan?

Apakah semuanya anak muda ini akan terpengaruh dengan Agama yang beliau anuti? Jika pandangan2 beliau tentang Islam menyakiti atau anti Islam, memang kerana beliau bukan muslim tapi bagaimana pulak UMNO yang diwakili melayu muslim yang terang2 menolak hudud (hukum islam) dengan mempersendakan Islam, malah ketika itu Mahathir sebagai PM mengeluarkan kenyataan, jika hudud dilaksanakan di kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan. Justeru itu ada pula daripada pemimpin2 UMNO yang buat kenyataan , jika hudud dilaksanakan maka ramailah kudung tangan dan tangannya pula boleh lah dijadiksn sup. Malah apabila mereka bertemu dengan kaum cina dan MCA , mereka sentiasa memberi gambaran- gambaran yang negatif terhadap Islam kerana untuk mengelakkan kaum bukan Islam menyokong PAS.. Apakah itu bukan anti Islam?

Walaupun kita orang melayu, janganlah dibangkitkan isu perkauman kita penuh emosi tanpa menilaikan nas-nas kebenaran yang dihadapi.Kalau melayu jujur, kita harus sokong..kalau Cina Jujur kita juga harus sokong, dan begitu juga dengan kaum India. Janganlah kerana kita suka melayu UMNO, kita bangkitkan isu perkauman untuk dapatkan milleage politik sempit. kalau anda memerharti dengan jujur dan ihklas terhadap apa yang berlaku di negara ini, pemimpin hanya untuk mengekalkan kuasa, yang rasuah tidak diambil tindakan. Semuanya untuk memperkayakan diri dan kroni. Menghalalkan cara meskipun bertentangan dengan ketelusan dan kedaulatan undang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...