Friday, July 15, 2011

Sifatkan Anwar Pengkhianat, Bukti Ketakutan Perkakas Umno

              Mereka yang terpalit dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan berimej tidak bersih dalam menjalankan tugas, bukanlah orang yang paling layak untuk mengkritik orang lain, apatah lagi menggelarkan seseorang sebagai pengkhianat negara, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
              Hatta ujar beliau, perbuatan itu nyata keterlaluan dan jelas bersikap membuta tuli dalam membuat sesuatu tuduhan.

“ Bila tuntutan itu datang daripada orang macam Rahim Noor, Musa Hassan, memang tak boleh dipakailah. Macam Rahim Noor adalah seorang penjenayah dan tidak pernah ada Ketua Polis Negara yang masuk penjara kecuali Rahim Noor. Dan orang penjenayah macam ini kita tak ambil kisahlah.

" Dan sudah tentulah mereka ini akan menjadi orang yang lebih sudu daripada kuah apabila ia adalah usaha untuk menganiayai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab mereka banyak membuat kesalahan,"kata Rafizi.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik respon bekas pegawai-pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua bekas Ketua Polis Negara yang penuh kontroversi, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Kedua-dua mereka menggambarkan Anwar sebagai pengkhianat negara apabila memberi kenyataaan kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Musa adalah seorang pegawai penyiasat dalam kes liwat Anwar pada tahun 1998 dan Rahim adalah individu yang telah menumbuk Anwar sehingga menyebabkan mata kiri beliau lebam.

Menurut Rafizi, bekas pegawai tertinggi kerajaan itu hakikatnya merasa panas dan bimbang sekiranya Anwar mengambil tindakan ke atas mereka sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negara.

Sementara itu, mengulas tindakan Utusan Malaysia yang terus menggiatkan usaha menjatuhkan imej ketua Pembangkang, Rafizi berkata, tindakan itu pada akhirnya hanya akan merugikan Utusan dan Umno-Barisan Nasional.

“ Kalau tanya saya sepintas lalu, saya alu-alukan Utusan Malaysia nak teruskan sandiwara dan permainannya seperti ini. Sebab ia memberi keuntungan kepada kita,"kata beliau.

Tambahnya, Utusan Malaysia dan media perdana lain sudah memainkan peranan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sejak tahun 2008, namun tindakan mereka memberikan simpati rakyat terhadap Anwar.

“Tahun 2008 apabila makian yang melampau macam ini dalam media perdana terutama Utusan Malaysia, RTM dan TV3 itu menimbulkan kebencian rakyat. Dia timbulkan kebencian Anwar Ibrahim itu satu perkara, persoalan yang lebih besar masyarakat kita sudah berubah dan mahukan politik yang lebih bersih, lebih beradap.

"Jadi bila Utusan Malaysia menggila dengan cacian dan makian mereka. Dia memang menimbulkan simpati kepada Datuk Seri Anwar dan pada yang sama kebencian kepada Utusan Malaysia,"kata Rafizi.

Tindakan terdesak akhbar milikan Umno itu yang menjadikan masyarakat Melayu sebagai target pembaca mereka juga bercanggah dengan keperibadian pembacanya.

Katanya, masyarakat Melayu yang terkenal dengan kehalusan budi pekerti, bersikap lemah lembut dan berlapik dalam menyampaikan sesuatu perkara, tidak akan tertarik untuk membaca Utusan Malaysia.

“Kalau Utusan Malaysia teruskan buat macam ni, saya yakin makin ramai orang Melayu yang akan jelek dengan Utusan Malaysia dan Umno dan itu adalah kelebihan kepada kita,"kata beliau lagi.-Tvsxnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...