Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, March 14, 2013
Umno jadi dalang galakkan keganasan, ambil kesempatan peristiwa Lahad Datu
Mewakili kepimpinan KEADILAN, saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Umno dalam beberapa insiden terkini yang mengancam keselamatan orang ramai dan pimpinan KEADILAN.
Rusuhan yang diadakan oleh pengikut-pengikut Umno berniat jahat dan berunsur ganas dari awal, apabila mereka membaling telur, kayu dan kon lalulintas ke arah ibupejabat KEADILAN yang turut mengenai beberapa anggota KEADILAN yang berada di tempat yang sama. Keganasan ini adalah terancang kerana mereka membawa telur, kayu dan kon lalulintas semata-mata bagi tujuan ini.
Selain bertindak ganas, pengikut-pengikut Umno ini juga mengugut untuk membakar bangunan yang merupakan satu ancaman jenayah.
Sepanjang kejadian ini berlaku, tidak ada seorang anggota polis pun yang campur tangan untuk menghentikan perlakuan ganas yang melanggar undang-undang. Sangatlah memalukan apabila Balai Polis Tropicana hanyalah terletak dua pintu dari ibupejabat KEADILAN dan anggota polis hanya berpeluk tubuh sahaja.
Perkara yang sama berlaku di Melaka (yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan di depan pejabat Tian Chua di Jalan Ipoh (termasuk ugutan untuk mencederakan Tian Chua); kedua-duanya berlaku minggu lepas. Dengan perlakuan ganas yang mencederakan orang ramai, anggota polis tidak pun diberi arahan oleh ketua mereka untuk bertindak menahan pengikut-pengikut Umno yang biadap, melanggar undang-undang dan menjejaskan keselamatan awam.
Sebab itu KEADILAN meletakkan sepenuh tanggungjawab ekoran insiden-insiden keganasan ini di atas bahu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno/Barisan Nasional kerana ia sudah tentu mendapat restu dari pimpinan Umno/Barisan Nasional. Sehingga kini tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang tampil mengutuk kejadian keganasan ini.
Siri keganasan ini dipertingkatkan kebelakangan ini bersempena kempen fitnah yang cuba mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan KEADILAN yang lain kononnya sebagai dalang peristiwa pencerobohan di Lahad Datu. Selain propaganda di media perdana yang dimainkan saban hari, kumpulan-kumpulan samseng Umno digerakkan untuk mengugut dan menimbulkan kebencian melalui cara keganasan.
Saya yakin ini adalah perancangan tersusun Umno/Barisan Nasional yang mengambil kesempatan dari peristiwa pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik untuk menimbulkan kebencian terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Politik kebencian yang dimainkan Umno/Barisan Nasional ini dijadikan alasan untuk mengancam keselamatan pimpinan KEADILAN melalui siri keganasan yang berterusan.
Malah, saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan.
Saya menasihati pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil berat kejadian-kejadian keganasan yang makin meningkat dan mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang terlibat dan menjadi dalang. Pimpinan tertinggi PDRM juga wajiblah menolak sebarang anasir yang cuba mengambil kesempatan dari peristiwa pencerobohan di Lahad Datu untuk menekan lawan politik seperti yang berlaku sekarang.
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
k/daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment