Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, March 28, 2013
DUN Negeri Sembilan DUN pertama terbubar tengah malam ini
Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi DUN pertama terbubar secara automatik bermula tengah malam ini, ketika Parlimen masih belum dibubarkan.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri kerana tiada pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff menyifatkan pembubaran automatik ini ekoran ketakutan Perdana Menteri membubarkan Parlimen awal untuk berhadapan PRU 13.
“Bukan saja dalam sejarah Negeri Sembilan, malah di Malaysia, tak pernah terjadi DUN terbubar dengan sendiri. Ini kerana Datuk Seri Najib Razak tidak yakin untuk memenangi pilihan raya.
“Mungkin tempoh lima tahun sejak 2008 masih tidak cukup untuk menunjukkan prestasi pemerintahan beliau (Najib),” sinis Rashid mengulas perkara itu.
Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN. Pada 2004, Pakatan Rakyat hanya menguasai dua daripada 36 kerusi di Negeri Sembilan iaitu Lobak dan Bahau.
Namun, pada PRU 2008, Pakatan menguasai tambahan 13 kerusi, sekaligus menafikan majoriti dua pertiga BN.
Kini pecahan kerusi DUN adalah – 21 milik BN dan 15 kerusi milik Pakatan Rakyat yang terbahagi kepada 10 kerusi milik DAP, 4 dikuasai KEADILAN dan satu dimenangi PAS.
Mengulas lanjut, Rashid berkata, sebagai kerajaan sementara, BN diingatkan supaya tidak menyalahguna kuasa dengan membuat keputusan serta dasar baru.
“Kerajaan sementara harus bersikap ‘gentleman’, urus mengikut had perlembagaan, bukan berlagak seolah-olah baru mendapat mandat dan buat keputusan besar. Sedarlah bahawa kamu (BN) hanya kerajaan menumpang bermula tengah malam ini,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Rashid memaklumkan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan cukup bersedia menghadapi pilihan raya.
“Jentera dan kerjasama antara parti dalam Pakatan cukup kuat dan erat. Saya yakin kita akan menempuh jalan mudah untuk menawan Negeri Sembilan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, T Kumar yang senada menyatakan pembubaran DUN Negeri Sembilan akibat ketakutan Najib yakin Pakatan Rakyat boleh menawan negeri itu pada PRU
nanti.
“Ini tandanya BN tak yakin menang. Mereka takut sokongan rakyat luar bandar dan bandar yang semakin baik kepada Pakatan.
“Kejayaan Pakatan tembus kubu kuat Umno di kawasan Felda menambah cemas Umno BN. Kita yakin dengan sokongan masyarakat yang ketara faktor penentu kejayaan Pakatan,” katanya – NS-Keadilandaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment