Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Saturday, March 30, 2013
Biar Dun terbubar sendiri, PR sudah congak taktik BN
Tindakan BN membiarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor terbubar sendiri semalam sememangnya sudah dijangka, biarpun ianya sedikit pelik dalam sejarah politik Umno BN.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pakatan Rakyat dari awal sudah bersedia berdepan dengan taktik BN ini yang turut memungkinkan Perdana Menteri juga akan membiarkan parlimen terbubar secara automatik.
Sebab itu katanya, Selangor membuat ketetapan untuk membubarkan Dun pada tarikh 22 April iaitu tarikh terakhir Dun Selangor penggal ini.
Tarikh itu menurutnya dipilih dengan membuat beberapa pertimbangan, khususnya berdepan taktik Umno BN itu sendiri.
“Kita telah melihat 'permainan' Kerajaan Negeri Sembilan iaitu dengan membiarkan Dun terbubar sendiri dan bukannya dibubarkan. Keputusan ini telah menimbulkan beberapa persoalan.
"Keputusan Selangor menetapkan tarikh 22 April untuk pembubaran Dun adalah tempoh yang tepat dan menghampiri pembubaran automatik Parlimen 28 April," katanya seperti dilapor media semalam.
Bagaimanapun katanya, sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh terbubar automatik, Selangor tiada masalah untuk menyertainya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pilihan raya umum ke-13 ini akan berlangsung serentak antara parlimen dan Dun melihat kepada perkembangan semasa.
Pakatan Rakyat juga ujarnya sudah bersedia untuk ke arah itu.
“Oleh sebab itu, PR berpendapat kita akan lakukan serentak setelah memahami taktik dan strategi yang dilakukan oleh kerajaan pusat," katanya.
Terbubar automatik
Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membayangkan kemungkinan Najib akan membiarkan parlimen terbubar secara automatik.
Menurutnya, tindakan itu kemungkinan diambil Najib ekoran perdana menteri itu mungkin berasa 'belum cukup masa' kerana hanya mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun Abdullah Badawi pada 2009 iaitu setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
“Jika beliau mahu menggunakan lima tahun (penggal penuh) itu sudah tentu tidak boleh. Jadi beliau memerlukan masa lebih panjang untuk melaksanakan dasar-dasar yang dirancang dalam tempoh itu,” katanya dipetik Sinar Harian Online.
Wan Junaidi juga berkata, disebabkan mengambil alih tugas setahun selepas pilihan raya 2008, Najib telah kehilangan masa satu tahun untuk membuktikan kemampuannya.-Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment