Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, March 7, 2013
JIKA SEMUA PENDATANG FILIPINA DI SABAH ITU DIKUMPULKAN SETEMPAT, MEREKA BOLEH MEMENUHI KELUASAN NEGERI KEDAH
Berdasarkan census penduduk Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Satistik pada tahun 2010, jumlah penduduk ialah 28.3 juta. Peratus bukan warga negara ialah 8.2%, iaitu 2.3206 juta. Dikhabarkan terdapat seramai 800,000 orang pendatang Filipina di Sabah.
Kepadatan penduduk Malaysia ialah 86 orang bagi satu kilometer persegi. Keluasan ini termasuk sungai, tasik, hutan, bukit gunung dan lain-lain yang diperlukan untuk kehidupan manusia. Malaysia memiliki banyak kelebihan tersebut. Sudah tentu di kawasan maju kepadatan jauh lebih tinggi. Misalnya kepadatan penduduk Jepun ialah 349.66/km persegi.
Okay, kita gunakan kepadatan penduduk Malaysia sahaja untuk mengetahui berapa keluasan kawasan yang akan dipenuhi oleh pendatang (bukanwarga negara) seramai 2.3206 juta itu.
Pengiraannya begini:
86 orang menduduki 1 km persegi.
800,000 orang menduduki = (1/86) x 800,000 = 9302.33 km persegi.
2,320,600 orang menduduki = (1/86) x 2,320,600 = 26983.72 km persegi.
Hasil pengiraan berdasarkan kepadatan penduduk Malaysia, inferen yang didapati adalah seperti berikut:
Jika kesemua pendatang Filipina itu dikumpulkan setempat, mereka memenuhi kawasan seluas negeri Kedah. Ini kerana keluasan negeri Kedah ialah 9500 km persegi, lebih sedikit sahaja dari 9302.33 persegi.
Jika kesemua pendatang di Malaysia dikumpulkan setempat, mereka memenuhi kawasan hampir seluas Negeri Sembilan (6686 km persegi) + Perak (21035 km persegi) = 27721 km persegi, lebih sedikit dari 26,983.72 km persegi.
Walau bagaimanapun jika semua pendatang itu ditempatkan di bandar, yang kepadatan penduduknya lebih tinggi, mereka boleh memenuhi seluruh Kuala Lumpur, termasuk Gombak. Ini kerana jumlah penduduk bagi kedua kawasan tersebut adalah:
Kuala Lumpur (1,674,621) + Gombak (682,226) = 2,356,847 - Lebih sedikit sahaja dari bilangan pendatang, iaitu 2,320,600 orang.
Bagi yang tidak berapa faham statistik, fikir begini sahajalah:
Bilangan pendatang di Malaysia sama dengan bilangan penduduk Kuala Lumpur dan Gombak. Ini tidak termasuk PATI.
Pada mulanya pendatang ini dialu-alukan bagi memenuhi permintaan buruh di sektor perladangan, binaan dan sebagai pembantu rumah. Tetapi kini pendatang juga giat sebagai jurujual, tukang urut, peniaga dan apa-apa sahaja di bawah bulan dan matahari!
Kini kita menghadapai implikasi kehadiran pendatang yang tidak terkawal itu.
Kalau dulu implikasinya dari sosial, kesihatan dan jenayah terhadap individu (samseng), tetapi kini telah berubah kepada jenayah terhadap negara (pengganas).
Mungkin ada yang cuba mempertahankan dasar mengambilan warga asing sebagai sumber manusia bagi memenuhi permintaan sektor swasta. Ini kerana kononnya penduduk Malaysia enggan bekerja berat. Ini adalah alasan yang dangkal.
Sudah tentu skim pulangan yang rendah nilainya tidak dapat diterima oleh warga tempatan yang perlu memenuhi kos sara hidup yang tinggi. Berbeza dengan pendatang yang menghantar upah mereka ke negara asal yang kos sara hidup rendah, pekerja tempatan harus menanggung kehidupan keluarga mereka di sini, dengan mahal.
Ternyata kita memerlukan satu dasar baru mengenai sumber manusia yang menyeluruh, yang memastikan kedatangan pendatang tanpa diundang dan tanpa izin dapat dibendung dengan berkesan; dan sekaligos menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat dan kedaulatan Malaysia.
Ternyata penggubal dasar/undang-undang (law-makers) yang sedang memegang tampuk kerajaan sekarang gagal, bukan hanya dalam menangani masalah pendatang tanpa izin; pemegang kuasa juga gagal dalam dalam perancangan asas sumber manusianya.
Ingat! Kita belum bercakap lagi tentang Modal Insan.
Jangan keliru tentang sumber manusia (human resource) dan Modal Insan (Human Capital).
Konsep Modal Insan Pak Lah sudah lama tamat sejak Pak Lah tidak lagi menjadi PM. Sejak itu kita hanya ada entropi - keadaan yang sukar dijangka dan menjurus kearah kemusnahan.
#UmnoBN pengkhianat negara yang sebenar!!!
Credit to > Ohrakyat.org
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment