Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Friday, March 15, 2013
Porak-peranda: Muhyiddin dicabar dedah dokumen
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan PR berusaha menggagalkan Pilihanraya Umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda.
“DPPM menganggap tuduhan TPM terlalu berat dan fitnah serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan Muhyiddin boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai dari kalangan masyarakat.
“Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau?
“Apa akan jadi sekiranya masyarakat negara ini benar-benar mempercayai kenyataan beliau dan akan terus mengambil langkah negatif terhadap PR seperti membuat provokasi atau tindakan-tindakan ganas yang lain?” tanya Riduan.
Katanya lagi, apakah tidak mungkin terjadi kenyataan itu menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi.
Menurutnya, dalam keadaan negara sedang diancam dengan masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan sesama rakyat serta sindrom ketakutan kepada rakyat.
Beliau berkata, TPM sepatutnya berusaha mententeramkan rakyat serta memberi dorongan supaya rakyat dapat bersama-sama menyuburkan demokrasi di negara ini.
Tambah beliau, pilihanraya adalah suatu proses yang mesti disertai oleh semua rakyat dan ia pula melibatkan parti-parti politik yang bertanding bagi menentukan kepimpinan negara.
Katanya, kenyataan itu akan memberi reputasi yang buruk ke atas PR dan pemimpinnya dan menjadi kempen buruk terhadap PR serta penyokongnya.
Beliau menambah, Muhyiddin juga telah menghina jutaan rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka dengan kenyataan sedemikian.
“Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut melalui dokumen yang dipercayainya seperti dakwaannya, DPPM mencabar TPM untuk mendedahkan butiran dokumen tersebut.
“Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada usaha PR untuk mencetuskan suasana porak peranda DPPM tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau,” ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment