Wednesday, August 22, 2012

Hudud: PAS terima sikap DAP, tidak bagi Umno

Pendirian PAS tentang sikap DAP menolak hudud dapat diterima, tetapi penolakan Umno yang terdiri daripada orang Islam terhadap hudud tidak dapat  diterma .                               
 PAS boleh membuat perjanjian dan bekerjasama dengan DAP yang tidak dapat menerima hudud tetapi tidak boleh bersetuju dengan Umno yang tidak menerima hudud.

Apakah sikap PAS itu munafik?
Tidak. PAS telah membuat sikap yang betul. Sikap PAS itu dibuat mengikut kaedah siasah syariyah yang menjadi pegangannya dalam mengendalikan politik di negeri ini.

Perutusan Aidilfitri DAP Kebangsaan: “Iktibar pemerintah adil,orang berpuasa dan orang yang dizalimi”

  
            DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menolak golongan yang rasuah dan menyalah guna kuasa sepertimana menjadi tradisi UMNO-BN.
              DAP juga percaya bahawa keamanan hanya boleh tercapai dengan persefahaman, kebenaran, keharmonian dan nilai murni antara kaum, mengecapi kemajuan dan menitikberatkan keadilan untuk seluruh rakyat .

Demikian amanat penting buat seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan rasmi Hari Raya Aidilfitri DAP Kebangsaan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Menurutnya, beliau amat tertarik dengan ajaran Islam yang ada menyatakan mengenai tiga golongan yang tidak ditolak doanya, iaitu pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.

Perpaduan bersama Umno buang masa

  
              PAS menyifatkan seruan pihak tertentu agar bersama Umno untuk menjamin perpaduan rakyat khususnya Melayu di negara ini hanya sebagai membuang masa.
               Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, rekod dan sejarah telah membuktikan bahawa Umno telah gagal menunjukkan perpaduan termasuk dalam parti itu sendiri.

Menurutnya, Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno.

Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan Umno dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja.

Monday, August 20, 2012

Angan-angan Dr Mahathir itu ibarat 'pungguk rindukan bulan'- Aspan Alias


              Dr Mahathir Mohammad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama. Pandangan terakhir Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.

Mahathir begitu jelas sebagai penentang hukum dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.

Sunday, August 19, 2012

Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan


             Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
            Justeru, katanya Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang.

Menurutnya, Umno cuba mencari pelampung agama dan berlagak juara pembela agama nombor wahid.

Pada hal, katanya sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

Saturday, August 18, 2012

'Tanda Putra' itu 'tanda UMNO terdesak' - Aspan Alias

 
               ‘Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah diterima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakkan diri daripada terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu.

Khalid : Umno Sanggup Guna Ulama Ciplak Serang Pakatan

    
           Demi hayat politik, Umno-BN sanggup melakukan apa saja termasuk mencipta tokoh agama supaya mengeluarkan fatwa yang mengguntungkan mereka, dakwa pemimpin PAS hari ini.
           Timbalan Pesuruhjaya Pas III Khalid Samad berkata ini jelas dilihat dengan pemberian RM 2 juta kepada pengasas Pondok Geting di Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah yang melabelkan DAP sebagai parti kafir harbi.

“Abdullah sanggup dipergunakan dan Umno-BN sanggup menggunakan Abdullah biarpun dia sebenarnya bukan bertaraf tok guru atau ulamak.

“Umno-BN sanggup menggunakan ulamak ciplak ini demi segalanya dan dia dibolehkan mengeluarkan segala hukum dan fatwa berkaitan agama.

Friday, August 17, 2012

Kecewa Tidak Bergabung Dengan Umno Punca Nasharuddin Minta PAS Keluar PR, Kata Khalid Samad

     

            Khalid Samad menyifatkan cadangan Nasharuddin Mat Isa agar PAS Keluar daripada Pakata Rakyat jika DAP menentang hudud disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat PAS bergabung dengan Umno-BN.
                 Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid berkata berkemungkinan Nasha mengharapkan impak besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.

“Beliau mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat jawatan tinggi seperti jawatan di kabinet,” katanya dalam sidang media di pejabat.

Tender semula untuk lupuskan hutang NFCorp?

  
              Tindakan kerajaan membuat proses tender semula terhadap NFC dibimbangi bakal melupuskan RM250 juta hutang keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
              Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru.

Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 membuat kenyataan bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan.

Menurut Rafizi, sehingga kini, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut:

Thursday, August 16, 2012

R desak JPM keluar laporan kewangan wang ehsan


              Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengeluarkan iklan khas bagi menjelaskan ke mana wang ehsan dibelanjakan yang berjumlah RM61.8 juta sehingga 31 Julai 2012.
              Berdasar kepada iklan yang disiarkan dua akhbar harian daripada jumlah tersebut agihan yang dibuat sebanyak RM41.4 juta. Ini bermakna sebanyak RM20.4 juta belum lagi diagih.

Iklan khas tersebut dikeluarkan kemugkinan menjawab surat dan memorandum dihantar anak-anak muda yang bernaung di bawah Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R) baru-baru ini.

Presiden R, Nazri Deraman (gambar atas) berkata, sepatutnya pihak terbabit menjawab secara rasmi surat dihantar R mengenai laporan kewangan yang diaudit pada 2010, 2011 dan sehingga 31 Julai 2012.

Wednesday, August 15, 2012

Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok

(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah)

                 Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.
                 "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

Tuesday, August 14, 2012

BN cemas rakyat Sabah sokong Pakatan

 

              Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menghadapi situasi cemas terhadap perubahan politik di Sabah terutama selepas kemasukan beberapa wakil rakyat daripada parti itu ke dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).
                Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, rakyat sekarang semakin bijak untuk menilai sama ada manisfesto yang diutarakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘gula-gula’ politik atau sebaliknya.

“Rakyat sekarang bukan seperti zaman 60-an atau 80-an dulu, mereka sudah sedar dan bijak,” kata peneraju Pakatan Perubahan Sabah (PPS) itu ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan kononnya kedatangan Anwar di Sabah hanya untuk menabur ‘gula-gula’ kepada rakyat di sana.

Hudud: Mengapa tidak tegur Abdullah Saamah?

  
                  Majlis Fatwa Kebangsaan digesa bersidang dan bukannya berdasarkan kenyataan peribadi satu dua mufti dan tidak membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana menolak pelaksanaan hukum Hudud.
                   Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata ini kerana Umno dan MCA juga jelas menolak hukum hudud sebagaimana yang disebut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 September 2011 yang lalu.

Katanya, PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia minggu lepas.

“Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat dalam pelbagai blog.

Parlimen bubar jika PAS, DAP berpecah

   
            Parlimen dibubar jika PAS, DAP berpecah, inilah yang ditunggu. Nampaknya skrip yang dimainkan oleh media Umno terutama Utusan dan RTM tidak menjadi,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
               Sepatutnya, kata beliau Pilihan raya Umum ke-13 sudah berlangsung tahun 2011 tetapi suasana tidak mengizinkan kerana tidak menyebelahi pihak BN.

Beliau menegaskan, hubungan PAS dan DAP semakin kukuh walaupun diasak, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat yang bijak menyelesaikan di meja perundingan.

Justeru, ujarnya BN sedar jika gagal memecahkan perpaduan kedua parti itu, maka mimpi buruk akan menjadi kenyataan yang mana kerajaan Pusat akan tumbang pada PRU13.

Monday, August 13, 2012

Sudah nak berak baru menggali lubang - Aspan Alias


Pepatah Melayu ada berkata. ‘dah nak berak baru gali lubang’. Itulah hakikatnya dalam isu pernubuhan RCI berhubung dengan isu kebanjiran pendatang haram di Sabah yang telah menjadikan BN ibarat telor di hujung tanduk. Semalam Najib telah menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI) berhubung dengan kedatangan ratusan ribu pendatang tanpa izin yang telah menjadi masalah besar kepada negeri Sabah.

Suruhanjaya ini (RCI) jika benar-benar menjadi kenyataan dan dilaksanakan dengan seratus peratus ketelusan, ia akan menjadi igauan kepada BN. Tetapi dalam pengumuman Najib semalam beliau tidak menyentuh satu pun dari lapan ‘term of reference’ yang telah dipersetujui itu. Apa yang terpenting di dalam penyiasatan RCI ini nanti ialah siapa yang bertanggungjawab terhadap pemberian kad-kad pengenalan itu serta pemberian kerakyatan kepada pendatang tanpa izin dengan begitu banyak itu.

Tak yakin dengan Najib punca Senator BN Sabah sertai Pakatan

    
           Senator Datuk Maijol Mahap tidak yakin terhadap kewibawaan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang diumum Datuk Seri Najib Razak, pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
               Bercakap di perhimpunan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Kota Marudu, beliau berkata, rakyat Sabah menunggu bertahun-tahun lamanya tetapi masalah pendatang tanpa izin tidak pernah selesai.

Justeru, katanya, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu mengisytihar keluar BN kerana tiada sebab untuk beliau yakin dengan pengumuman pada saat-saat akhir yang dibuat Perdana Menteri itu.

Sunday, August 12, 2012

Mat Sabu seru kuningkan ambang Merdeka

  

              Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menyeru semua pihak memakai baju kuning dan keluar bersantai beramai-ramai di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos ini.
                "Bukan tunjuk perasaan. NGO akan adakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dengan keluar bersantai sambil pakai baju kuning.

"Kita semua meriahkan sambutan Merdeka dan keluar bersantai pakai baju kuning di Dataran Merdeka.

"Bukan tunjuk perasaan... (tetapi) bersantai pakai baju kuning," katanya dalam ceramahnya di sini malam tadi.

Tarif air naik 70 peratus jika Umno dapat rampas Selangor – Anwar

    
           Jika Umno BN memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum ke-13, tarif air di negeri itu akan meningkat sehingga 70 peratus, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
               “Saya dah tengok perjanjian. Inilah syarat yang dibuat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas),” katanya dalam ceramah di Dataran Kak Yam, Kampung Sekolah Lenggong, Perak malam tadi.

Menyentuh polemik air di Selangor yang dimulakan proksi Umno BN dalam Syabas, Anwar berkata peranan kerajaan ialah mengurus dan mentadbir manakala keuntungan wajar dipulangkan kepada rakyat.

Tamrin keluar Umno, serah borang sertai PAS


              Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.
              Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Saturday, August 11, 2012

Umno kempen umpama pelampau agama

 
                  Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan, laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram mengundi DAP umpama kempen pelampau agama untuk mengekalkan kedudukannya.
                  "Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, UMNO kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka.

"Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar," kata Ketua Penerangan PKR, Dr Mohamad Nor Manuty.

Bagi beliau, adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, Umno terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung.

"Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas," katanya.

Janji Bersih bukan politikkan Merdeka - Pak Samad


            Datuk A.Samad Said menyangkal dakwaan pihak polis kononnya program 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka 30 Ogos ini sebagai cuba mempolitikkan sambutan Merdeka.
               Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu berkata, perkara itu tidak timbul kerana program itu dibuat bersama 26 kelompok NGO yang mahu janji Bersih lalu ditunaikan.

"Memang tidak wujud (mempolitikkan sambutan merdeka), oleh kerana Bersih sendiri itu pun bukan badan politik, apa lagi dengan gabungan badan-badan yang lain.

Janji Bersih: BN fobia kuning di Kuala Lumpur

 
  
            Kerajaan Barisan Nasional (BN) didapati terlalu fobia dengan warna kuning sejak ia membanjiri seluruh pelusuk Kuala Lumpur (KL) pada Himpunan Bersih 28 April lalu.
                Ketakutan itu sangat menyerlah apabila Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar melarang pemakaian baju kuning di himpunan Janji Bersih pada sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos nanti.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin meminta agar polis tidak perlu terlalu fobia dengan warna kuning kerana mahkamah telahpun mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sah mengikut undang-undang.

Fatwa kafir harbi umpama ajak perang


                Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata tindakan membuat 'fatwa' bahawa DAP adalah 'kafir harbi', boleh membawa kesan mendalam seolah-olah meminta orang Islam berperang.
               "Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia," katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

Friday, August 10, 2012

Apa hukum MCA, Umno tolak hudud?

(MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud) 

                 "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."
                Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.
Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam.

(Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA)

Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud.

"Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan. Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Banyak pihak ragui Jawatankuasa Khas royalti

  
              Jawatankuasa Khas bagi pengurusan wang tunai hasil petroleum dianggap sesuatu yang aneh, luar biasa, meragukan dan tidak mempunyai asas undang-undang.
               Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang dibentuk daripada gabungan 50 NGO menyifatkan cadangan penubuhan jawatankuasa itu di luar pemikiran rasional dan terdedah manipulasi.

Pengerusi GEGAR, Dr Abdul Halim Yusof berkata, implementasi perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit sudah berjalan bertahun-tahun dengan kaedah yang jelas.

Baiah kerajaan dan polis: Taktik Najib untuk jaga kepentingan BN

  
             Perdana Menteri diminta menghentikan manipulasi terhadap polis dan menarik balik gesaan beliau supaya pasukan itu dan kerajaan BN berbaiah antara satu sama lain.
               Pengarah Latihan KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak wajar mengeluarkan arahan sedemikian kerana ia melanggar etika profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) 
yang seharusnya memberikan khidmat mereka kepada rakyat, bukannya menjaga kepentingan Umno BN.

“Baiah antara Umno dan PDRM juga membayangkan hubungan yang kurang sihat. Ia juga membuktikan bahawa Najib sentiasa mahu mengawal dan memastikan PDRM berada di dalam kawalannya.

Merdeka: Negeri Pakatan guna tema, logo sama

Empat negeri Pakatan Rakyat menyatakan persetujuan menggunakan logo dan tema yang sama pada sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat telah dibuat dan akan mengguna pakai tema dan logo yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat.

"Keputusan telah kita buat hari ini mengenai tema dan logo bagi sambutan Hari Kemerdekaan nanti.

"Dalam pada itu empat negeri Pakatan iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah bersetuju menggunakan tema dan logo yang sama seperti mana yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat," jelasnya pada sidang media di Ibu Perjabat PKR selepas mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, hari ini.

Thursday, August 9, 2012

Kenyataan Najib Lebih Biadap Dari DAP Berhubung Hudud

  
                Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN tidak akan melaksanakan hukum hakam berlandaskan syariat Islam (hudud) di negara ini adalah lebih biadap dan menghina kesucian Islam jika dibandingkan dengan DAP yang tidak bersetuju perlaksanaan hukum hudud.
                 Demikian kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya berhubung isu adalah haram dan berdosa menyokong DAP seperti yang dipaparkan dalam akhbar pro Umno-BN hari ini.

“Kalau beliau benar-benar mengikuti kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek lebih biadap daripada DAP dalam menghina hudud dan memberi amaran keapda Umno-BN sendiri sehingga Perdana Menteri, Najib Razak sanggup dan terpaksa buat kenyataan bahawa Umno-BN tidak melaksanakan hudud.“

Tak perlu baiah, kata bekas pengarah JSJ


                Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu sehingga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan kerana tugas anggota polis sememangnya menjaga keselamatan awam dan negara.
                Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, jika anggota polis memahami kerja mereka satu ibadah, mereka harus bekerja dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh.

"Itu hak perdana menteri untuk membuat seruan tapi sememangnya penjawat awam khususnya anggota polis yang faham konsep ibadah, mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Namun katanya, anggota polis harus faham bahawa mereka hanya bertanggungjawab terhadap kerajaan dalam soal tugas namun berhak membuat pilihan untuk memilih parti mana untuk menerajui kerajaan.

Wednesday, August 8, 2012

Pua: Kronisme Tegar Di Era Transformasi Najib

                Tindakan kerajaan menganugerahkan projek LRT Ampang kepada George Kent adalah bukti ketegaran amalan kronisme dalam kerajaan BN selain menyerlahkan lagi kegagalan konsep transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.
                Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berkata, ketika Najib Razak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 2010,beliau telah mengisytiharkan untuk menghapuskan amalan ‘rent-seeking’ dan naungan.

Namun,penganugerahan projek kepada George Kent itu tidak menggambarkan kenyataan yang cuba dilaksanakan Najib Razak.

Royalti: Rakyat Kelantan jangan terpesona

   
               Rakyat Kelantan diingat tidak ‘terpesona’ dengan penubuhan jawatankuasa khas pembayaran tunai hasil petroleum kepada kerajaan negeri kerana ianya belum pasti akan berlaku.
                 Apa lagi jawatankuasa itu diumumkan ketika Negara akan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, berkata penubuhan jawatankuasa itu bukan pemutus bayaran tunai akan dibayar terus pada kerajaan negeri, apa lagi enam bulan tempoh jawatankuasa itu bersidang.

“Selepas itu, ianya akan diproses selama 80 hari, kita nak pilihanraya dah tak lama, jawatankuasa ini masih bersidang, jadi mana untung dan baiknya untuk rakyat?

Kelantan juga guna 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'


             Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menggunakan tema Hari Kemerdekaan yang dicadang Pakatan Rakyat iaitu “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” berbanding tema “Kelantan Menerajui Perubahan” yang diputuskan kerajaan negeri sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami merujuk kepada kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mengenai Tema Hari Kebangsaan.

Monday, August 6, 2012

Royalti: Kenapa menjelang pilihan raya? - Husam Musa...

   
            Saya mendarat di KLIA sekitar jam 3 petang ini, pulang dari mengerjakan umrah. Satu dari niat saya mengerjakan umrah ialah untuk mendoakan perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum menjadi kenyataan.
                Setiba di KLIA, saya menerima panggilan dari pemberita memintakan komen mengenai pengumuman PM mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji pembayaran royalti/bayaran tunai petroleum yang akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad boleh dilihat positif dan juga sebaliknya.

Saya memohon tempoh untuk meneliti kenyataan PM sepenuhnya sebelum memberikan komen saya.

Sebelum saya memberikan ulasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan, saya ringkaskan apa yang tertera dari pengumuman PM;

JK Royalti: Kenapa sekarang - TG Nik Aziz


               Walaupun bersyukur dengan keputusan Kerajaan Pusat mahu mengkaji bayaran royalti petroleum untuk Kelantan namun Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Aziz mempersoalkan 'kenapa sekarang'.
               Ini kerana, ia sudah lama patut diberikan dan bukannya memberikan janji pula menjelang pilihan raya ini.
               "Mengapa Perdana Menteri baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti?" soal beliau kepada media petang semalam.

Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghantar surat kepada Tuan Guru Nik Aziz meminta beliau menamakan wakil Kelantan untuk membincangkan isu royalti/bayaran tunai kepada negeri itu.

Sunday, August 5, 2012

Royalti: Jangan rasa terhutang budi pada perompak

   
            PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak.
               Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Isu royalti minyak Kelantan: 'suspect everybody and trust nobody' - Aspan Alias .

   
            Semalam (Jumaat) Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, telah menerima surat dari Perdana Menteri Najib meminta kerajaan Kelantan menghantar wakil untuk berbincang tentang royalti minyak yang menjadi tuntutan rakyat negeri itu sejak beberapa lama yang lalu. Jumlah tuntutan tertunggak ialah sebanyak RM7.4 billion dan sampainya surat ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan merupakan rakyat yang faham tentang apa yang mereka inginkan sebagai rakyat sebuah negeri yang menjadi sebahagian dari sebuah negara Persekutuan ini.

Saya secara peribadi menerima berita ini dengan perasaan yang agak lega walaupun kita belum tahu lagi keputusan perbincangan itu jika ia benar-benar diadakan. Kita berharap perbincangan ini benar-benar melaksanakan slogan ‘janji ditepati’ yang juga dengan rasa tidak malu menggunakannya sebagai slogan hari kemerdekaan negara tahun ini.

Maklumat sulit: Najib mahu lindungi 'perompak BN'

               Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar segala maklumat sulit kewangan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya untuk melindungi 'perompak-perompak BN'.
               Pengarah Stratregi PKR, Mohd Rafizi Ramli ketika dihubungi Harakahdaily, berkata ini kerana kebanyakan undang-undang yang berada di bawah BN hanya bertujuan untuk melindungi pihak tertentu.

Sedangkan, jika diimbas di awal pendedahan beliau berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC), Rafizi berkata pihaknya telah memberi tempoh selama tiga minggu kepada Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dan pihak berkaitan untuk memberi penjelasan, sebelum satu laporan kepada SPRM.

Saturday, August 4, 2012

Selesai Shahrizat, Nong Chik beralih untuk 'menamatkan' Nurul: DENGAN APA JUA CARA!



                    Sejak dakwaan mengejutkan bekas Pegawai Pilihanraya yang bertindak berat sebelah, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah menghantar aduan bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan atas kebimbangan ini mungkin mengancam peluangnya pada pilihan raya umum akan datang. Tetapi sehingga kini beliau belum lagi menerima sebarang maklum balas.
                   Ini telah mengalihkan perhatian kepada Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak popular tetapi bercita-cita tinggi untuk mencabar Nurul untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai yang popular itu.

Dahagakan kuasa selepas menjadi menteri

Malah, spekulasi bertiup kencang bahawa Nong Chik telah menyalahgunakan kuasa menteri dan bermain kotor untuk memastikan Nurul kalah dalam pilihan raya umum ke-13. Dia dituduh memberi arahan kepada seorang pegawai SPR penyangak - untuk menyokong cita-cita politiknya, akan dilantik untuk mengetuai proses pilihan raya di Lembah Pantai pada pilihanraya yang akan datang, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Artikel Penuh di SINI >Selesai Shahrizat, Nong Chik beralih untuk 'menamatkan' Nurul: DENGAN APA JUA CARA!

Royalti: Umno risau hilang undi orang muda


            PAS Kelantan yakin kesediaan Umno Kelantan untuk menyelesaikan tuntutan royalti minyak sebelum pilihan raya umum ke-13 disebabkan kebimbangan terhadap kebangkitan anak muda yang menyokong tuntutan tersebut.
             Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, Umno Kelantan berasa ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat negeri itu dan berusaha mengambil hati mereka semula.

"Umno Kelantan rasa rugi kalau tak turut serta dalam isu ini. Apatah lagi bila melihat mood orang muda yang menyokong NGO menuntut royalti minyak ini dikembalikan. Umno fikir mereka kena beri perhatian isu yang mendapat sokongan pengundi muda," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Friday, August 3, 2012

Anwar timbang saman Puad Zarkashi isu fitnah peletakan jawatan Lajim


              Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbang untuk menyaman Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi jika beliau gagal memohon maaf dalam tempoh 48 jam berhubung fitnah isu peletakan jawatan oleh Datuk Seri Lajim Ukin.
              Tuntutan ini dikemukakan Ketua Pembangkang itu menerusi peguam N Surendran yang juga Naib Presiden KEADILAN hari ini.

Ia berikutan kenyataan Puad dalam Sinar Harian Selasa lalu bertajuk ‘Lajim ikut nasihat Anwar’. Puad juga menuduh Anwar membayar Lajim untuk meletak jawatan dalam Umno.

Najib terdesak, lakukan kesilapan demi kesilapan

        
         Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus melakukan kesilapan demi kesilapan dalam keadaan beliau yang cukup terdesak.
                 Kenyataan tersebut diutarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) ketika mengulas tentang pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli semalam.

"Kami dalam Pakatan Rakyat terus memerhati kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Perdana Menteri.

"Tindakan pendakwaan ini merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh Najib dalam masa beliau menjanjikan perubahan tranformasi di negara ini," jelasnya.

Thursday, August 2, 2012

Najib ‘korban’ Shahrizat demi George Kent – Rafizi

 
   
          Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli percaya, penangkapannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berunsur politik bertujuan mengalih pandangan umum dari skandal projek LRT Ampang melibatkan syarikat Konsortium George Kent Berhad.
              Menurut Rafizi, tangkapan tergesa-gesa itu jelas membuktikan hubungkaitnya dengan berita kejayaan George Kent mendapatkan kontrak LRT Ampang semalam.

“Najib sanggup korbankan (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil) demi menutup kes rasuahnya dengan George Kent. Sebab itu tergesa-gesa tangkap saya supaya semua orang akan lupa pada skandal LRT dan marah pada Shahrizat,” jelasnya.

Penahanan Rafizi petanda ketakutan regim BN – AIC Malaysia

    
        Kelab Anwar Ibrahim percaya penahanan Pengarah Strategi PKR, Sdr Rafizi Ramli dibawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) adalah satu pentafsiran positif bahawa nyawa Barisan Nasional sebagai rejim tunggal di Asean ini bakal berakhir tidak lama lagi.
              Rafizi yang didakwa pagi tadi di Mahkamah Seksyen Shah Alam sebelum diikat jamin RM 15 ribu, didapati mendedahkan maklumat tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail, yang dipercayai terlibat dalam salahguna pinjaman mudah kerajaan dalam projek penternakan lembu fidlot tersebut.

AIC yakin anak-anak muda tidak akan goyah malah akan terus berani untuk menyatakan kebenaran dan bersolidariti atas keberanian Rafizi Ramli yang begitu konsisten untuk membongkar salahguna kuasa dan pecah amanah yang selama ini menjadi barah dalam negara kita.

Tangkapan Rafizi untuk tutup penyelewengan Umno BN – Anwar

TANGKAP
     
         Penahanan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) pagi ini menggambarkan politik dendam kerajaan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
             Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, motif penangkapan Rafizi jelas berunsur politik bertujuan mendiamkan beliau daripada terus mendedahkan dokumen melibatkan pimpinan Umno BN.

“Sejak pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) tahun lalu, beliau mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan gunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.

“Saya yakin penangkapan ini adalah berkaitan dengan skandal NFC dan juga George Kent yang baru diberi kontrak (LRT Ampang) jutaan ringgit,” kata Ketua Pembangkang itu dalam satu kenyataan.

Wednesday, August 1, 2012

Slogan ‘Sayangi Selangor’ candu tipu rakyat

    
           Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, slogan ‘Sayangi Selangor Yakini BN’ sudah terlambat yang mana rakyat menganggap ia hanya candu untuk menipu mereka.
               Beliau merujuk kepada slogan itu yang telah diperkenalkan selepas Umno kalah di Selangor di dalam PRU12.

Malahan, kata beliau yang paling lucu slogan itu telah direka untuk dijadikan lirik lagu di dalam program yang melibatkan pegawai kerajaan.

KEADILAN rancang hapus beri AP, buka bidaan pada umum

AP

              KEADILAN memperkenalkan formula untuk mengimbangi penurunan cukai jualan kenderaan dan eksais iaitu dengan menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat bermula 2013.
              Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, sementara AP dimansuh sepenuhnya menjelang 2015, jualan AP pula akan dibuka kepada bidaan umum.

Menurutnya, bidaan akan bermula dengan harga tertentu mengikut kategori kenderaan dan penggunaan bahan api, bertujuan menggalakkan lebih banyak kenderaan jimat bahan api diperkenalkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...