Khalid Samad menyifatkan cadangan Nasharuddin Mat Isa agar PAS Keluar daripada Pakata Rakyat jika DAP menentang hudud disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat PAS bergabung dengan Umno-BN.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid berkata berkemungkinan Nasha mengharapkan impak besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.
“Beliau mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat jawatan tinggi seperti jawatan di kabinet,” katanya dalam sidang media di pejabat.