Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang telah meninggal dunia malam ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman. Al-Fatihah untuknya..
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Monday, July 18, 2011
Sunday, July 17, 2011
Bersih 2.0: Imej kerajaan kini buruk di mata dunia - Marina Mahathir
Kegagalan menangani dengan baik perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Datin Paduka Marina Mahathir.
Marina, anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad itu berkata, berbeza dengan kerajaan, "dunia" tidak mempunyai tanggapan yang buruk terhadap rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka berjuang menegakkan hak mereka - menuntut pilihan raya yang adil dan bebas."Ada juga orang yang mendakwa bahawa dunia kini memberikan tanggapan yang buruk kepada Malaysia kerana media asing (dan juga media tempatan) melaporkan hanya mengenai tindakan menembak gas pemedih mata dan meriam air," kata Marina dalam blognya pada 10 Julai lalu. "Saya rasa orang keliru di antara kerajaan dengan rakyat.
TERKINI DARI LONDON!! VIDEO!! LAGI RAKYAT MALAYSIA MALUKAN NAJIB !!
TERKINI!!
LONDON, UNITED KINGDOM - 1830 HRS JUMAAT
LAUNGAN "SHAME ON YOU NAJIB!!" BERGEMA SEMPENA "SAMBUTAN TERAKHIR" NAJIB ALTANTUYA DI HOTEL INTERCONTINENTAL LONDON, JAM 630 PETANG WAKTU LONDON SEMALAM (130 PAGI TADI WAKTU MALAYSIA)
LONDON, UNITED KINGDOM - 1830 HRS JUMAAT
LAUNGAN "SHAME ON YOU NAJIB!!" BERGEMA SEMPENA "SAMBUTAN TERAKHIR" NAJIB ALTANTUYA DI HOTEL INTERCONTINENTAL LONDON, JAM 630 PETANG WAKTU LONDON SEMALAM (130 PAGI TADI WAKTU MALAYSIA)
LAUNGAN "SHAME ON YOU NAJIB!!" BERGEMA SEMPENA "SAMBUTAN TERAKHIR" NAJIB ALTANTUYA DI HOTEL INTERCONTINETAL LONDON, JAM 630 PETANG WAKTU LONDON SEMALAM (130 PAGI TADI WAKTU MALAYSIA)
KETIBAAN NAJIB ALTANTUYA DI HOTEL BERKENAAN DIIRINGI ROSMAH MANSOR DAN MENTERI LUAR, ANIFAH AMAN SERTA DELEGASI MALAYSIA DISAMBUT DENGAN PEKIKAN DAN SORAKAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA
Saturday, July 16, 2011
Pentadbiran Najib Dipenuhi "Golongan Pengampu"-Dr Asri
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan terlalu ramai "golongan pengampu" dalam pentadbiran Umno-Barisan Nasional sehingga menyebabkan parti itu mungkin kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.
Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan Bersih 2.0 , menyaksikan Dr Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-Barisan Nasional dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa.
Maria Chin : Rombak Sistem Atau Tiada Pilihan Raya
SPR mempunyai kuasa untuk merombak sebarang peruntukan yang diyakini dapat menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini memandangkan agensi itu terletak di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.
Dalam perbincangan antara Bersih 2.0 dan SPR, kita sudah jelaskan mereka ada kuasa untuk merubah undang-undang dan mengemukakan kepada kabinet. Tapi mereka menghadkan peranan dengan mengatakan mereka hanya pentadbiran.
Jadi inilah (sebenarnya) empat tuntutan yang utama (dalam aspek) pentadbiran. Membersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan tempoh berkempen selama 21 hari. Ini tidak perlu ubah undang-undang. Jadi saya rasa sekarang mereka tidak ada alasan (untuk tidak) melakukan dalam tempoh tiga bulan
Artikel penuh kenyataan Marina Chin Abdullah ..
Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mahu mengambil pendekatan untuk berubah, maka tidak perlu adakan pilihan raya."
Demikian kenyataan ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah seraya mendesak suruhanjaya itu mempertimbangkan empat tuntutan utama bersabit rombakan sistem pilihan raya yang boleh dilaksanakan oleh suruhanjaya itu dengan kadar segera.
Kuning: Najib terima tamparan di London
Najib perlu tahu, beliau tidak boleh berbohong . Seluruh pemimpin dunia dapat melihat kezaliman Najib terhadap rakyatnya melalui youtube dan laman-laman web di alam siber. Di sini mereka dapat mengambarkan bagaimana Kerajaan Malaysia bertindak terhadap rakyatnya dalam isu himpunan bersih dengan tidak demokratik dan masih lagi bersifat Jakun dan tidak bertamaddun, tidak melambangkan sebuah negara yang merdeka.
Sebelum ini, pemimpin-pemimpin dunia menganggap kerajaan BN adalah kerajaan yang rasional, tetapi kekerasan polis terhadap para peserta himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu telah mengubah pandangan pemimpin-pemimpin dunia terhadap pemimpin BN.Kekerasan polis dalam menyuaraikan perhimpunan itu ternyata telah mendatangkan kejutan kepada pemimpin-pemimpin dunia terhadap kerajaan BN yang dianggap rasional sebelum ini, tetapi sebenarnya bertindak keras terhadap rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima tamparan hebat dalam kunjungannya ke London, hari ini apabila turut disambut puluhan penunjuk perasaan berbaju kuning yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan asing yang menyokong perjuangan Bersih 2.0.
Mereka berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Lebih hebat lagi, semalam, Ratu Elizabeth turut memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.
Manakala Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London.
Friday, July 15, 2011
Sifatkan Anwar Pengkhianat, Bukti Ketakutan Perkakas Umno
Mereka yang terpalit dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan berimej tidak bersih dalam menjalankan tugas, bukanlah orang yang paling layak untuk mengkritik orang lain, apatah lagi menggelarkan seseorang sebagai pengkhianat negara, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Hatta ujar beliau, perbuatan itu nyata keterlaluan dan jelas bersikap membuta tuli dalam membuat sesuatu tuduhan.“ Bila tuntutan itu datang daripada orang macam Rahim Noor, Musa Hassan, memang tak boleh dipakailah. Macam Rahim Noor adalah seorang penjenayah dan tidak pernah ada Ketua Polis Negara yang masuk penjara kecuali Rahim Noor. Dan orang penjenayah macam ini kita tak ambil kisahlah.
" Dan sudah tentulah mereka ini akan menjadi orang yang lebih sudu daripada kuah apabila ia adalah usaha untuk menganiayai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab mereka banyak membuat kesalahan,"kata Rafizi.
PAS Sokong Cadangan Bersih, Kuning Setiap Sabtu
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong penuh pelaksanaan program 'rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu' sebagai usaha berterusan menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini seperti yang dicadangkan Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata usaha tersebut selari dengan pendirian parti yang mahukan proses pilihan raya yang bersih dan adil dapat dizahirkan di negara ini.
"PAS menyokong penuh usaha itu dan sebelum ini pun kita telah berkongsi pendapat seumpama ini kepada umum bahawa setiap sabtu masyarakat dan warganegara seluruh negara ini agar mengenakan pakaian atau apa sahaja yang berwarna kuning pada tubuh mereka," kata beliau.
Thursday, July 14, 2011
Bersih 2.0 : Perbaiki Kebebasan Bersuara, Kata Timbalan Menteri Umno

Saya berjuang untuk membawa cara baru dalam pemikiran politik berasaskan kewibawaan, rangka kerja kerajaan baru dan pemikiran politik progresif serta amalan demokrasi berinovatif.
Pihak berkuasa dan unsur-unsur di dalam Umno sebelum ini dilihat mengambil pendirian kuku besi terhadap Bersih. Belum pun perhimpunan itu diadakan Sabtu lalu,
Artikel penuh kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah
Seorang Timbalan Menteri hari ini menggesa Barisan Nasional mengambil iktibar daripada perhimpunan Bersih Sabtu lalu untuk memperbaiki ruang kebebasan bersuara di negara ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Komen tajam Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah itu menjadikannya ahli Kabinet pertama mempersoalkan pendekatan kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut sistem pilihanraya adil dan telus itu.
Nik Aziz sokong Bersih 3.0 jika tidak berubah
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.
Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.
Wednesday, July 13, 2011
Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.
Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.
Kuning setiap Sabtu
Polis bukan jaga keselamatan rakyat tapi jaga Umno BN, mereka lebih bersifat agen kepada Umno.
Polis hendaklah jaga keselamatan rakyat, bukan keselamatan Umno. Kalau Umno jatuh polis tak jatuh. Mereka tetap berkhidmat di bawah pemerintah baru tapi kalau polis dilihat jaga Umno, bila Umno jatuh, dengan ketua polis jatuh sekali.
Apa yang kita tuntut apabila Bersih menganjurkan perhimpunan aman ia mesti dikendalikan oleh polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan bukan mengambil ruang untuk mengganas dengan arahan menteri.
Artikel penuh kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu...
PAS mendakwa pihak polis terlebih dahulu didoktrin soal perkauman berdasarkan corak tangkapan yang dilakukan pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, media milik Umno BN dari awal lagi memainkan peranan menggambarkan seolah-olah wujud sentimen perkauman di sebalik penganjuran perhimpunan ini.
"Peringatan kepada media, jangan api-apikan soal perkauman, soal kononnya DAP memperalatkan orang itu, orang itu memperalatkan orang ini, dan sebagainya
Tuesday, July 12, 2011
A Samad Said ajak golongan muda ubah negara
Saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi oleh itu, kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang.
Dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. "Kita ini adalah insan."
Message ini jelas kita berikan kepada PM bahawa rakyat ingin menuntut pilihanraya yang telus dan bersih. Artikel penuh kenyataan Saterawan Negara A.Samad Said...
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan.
“Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan Bersih Sabtu lepas.
Majoriti Senyap sudah Bersuara, Mahu Najib Letak Jawatan
Hanya 48 jam selepas identiti itu diwujudkan, sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka).
Malah jumlah itu sudah melepasi sasaran 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.
Najib semalam berkata, ramai rakyat yang digelarkannya sebagai "majoriti senyap" itu mendiamkan diri dan hanya bertindak sebagai pemerhati.
Sekarang Zaman Siber Tapi Najib Masih Guna Cara Lama Tipu Rakyat
Pembohongan yang dicipta dan direka oleh Najib adalah cara lama yang hanya sesuai di zaman Jakun atau zaman Pak Pandir untuk menutup kelemahan kerajaan serta menipu rakyat yang kurang maklumat di daerah pendalaman, sedangkan bagi rakyat yang terdedah dengan maklumat IT, semuanya ada di hujung jari mereka.
Sedangkan himpunan 'Bersih' ini yang digambarkan Najib cuma 6,000 orang hanya untuk menyedap diri Najib sendiri sedangkan hakikatnya Najib sendiri tahu. Najib harus gunakan akal dan fikiran yang dianugerah tuhan. Janganlah guna pegawai-pegawai yang hanya pandai melaporkan untuk menyedapkan Najib. Lihatlah sendiri berapa banyak di 'youtube' dan di dinding 'Facebook' tentang himpunan itu. Segala-galanya tidak dapat dibohongi.Janganlah Najib menipu diri sendiri dan rakyat, sedangkan zaman ini adalah zaman teknologi maklumat yang canggih, yang sudah tersedia ada. Malah jika berada di Negara-Negara mana pun, jauh dari Tanah Air mereka akan tahu apa yang berlaku di sini. Hari ini berlaku, hari ini juga mereka tahu apa pun berita dan peristiwa yang boleh dilihat di Youtube, Facebook, Malaysiakini, TV Selangor, Malaysia Today dan semua media alternatif yang boleh di akses dengan sekelip mata di alam siber. .
Artikel penuh kenyataan Khalid Samad ..
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih menggunakan cara lama hanya untuk mengaburi mata rakyat Malaysia yang tinggal di kampung- kampung tanpa menyedari beliau hakikatnya memalukan diri sendiri ke seantero dunia.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, meskipun mengetahui akan keganasan yang dilakukan polis pada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu sehingga mengakibatkan kecederaan dan seorang
Umno usah berbohong tentang Bersih
| (Bukti yang diberikan seorang blogger terhadap pembohongan polis kononnya tidak ada tembakan gas pemedih mata di perkarangan sebuah hospital bersalin di Jalan Pudu) Pemimpin dan media pro Umno perlu menghentikan pembohongan dan putar belit berhubung himpunan Bersih 9 Julai lalu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad. Menurutnya, kenyataan pemimpin Umno dan laporan medianya khususnya Utusan Malaysia sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas. |
Media umno pula ujarnya cuba memburukkan himpunan Bersih seolah-olah berlaku keganasan.
Monday, July 11, 2011
PAS bangga dengan kebangkitan rakyat

Kita akan tunjukkan pada mereka, kita berhimpun dengan aman, baik sopan..kita berani keluar ke jalan raya untuk menuntut keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia agar sistem perjalanan pilihanraya mesti berjalan dengan jujur, tulus dan bersih.
"Agong telah bertitah agar kerajaan diminta jalankan sistem pilihanraya dengan adil, tulus dan saksama. Agong juga telah bertitah kerajaan mesti dengar suara rakyat tetapi sekarang Najib langgar perintah Agong, Umno-BN langgar perintah Raja, mereka derhaka kepada Raja dan Negara".
PAS merasa bangga dengan kebangkitan rakyat apabila melihat rakyat jelata puluhan ribu orang yang berbilang bangsa tanpa mengira peringkat umur telah berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 yang diadakan petang semalam dalam keadaan berhujan.
(Penulis merakamkan ucapan Husam di perkarangan Stadium Merdeka)
Saya Tidak Pernah Rasai Pilihan Raya Bebas Di Malaysia - Nik Aziz
Meneruskan sokongan kepada tuntutan Bersih 2.0, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata sejak menyertai pilihan raya lebih empat dekad lalu, beliau tidak pernah merasai satu persekitaran pilihan raya yang benar-benar bersih di negara ini.
Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan tindakan polis menyekat kebebasan demokrasi dengan menghalang Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) daripada mengadakan perhimpunan secara aman di ibu negara semalam menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.“Kenapa polis nak sekat? Yang datang semalam adalah orang yang meminta pilihan raya yang bersih,” kata Mursyidul Am PAS selepas menziarahi keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai perhimpunan Bersih 2.0 petang semalam.
“Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya.
Sunday, July 10, 2011
Bersih 2.0: Kebenaran Sentiasa Mengatasi Kekejaman-Wira Arjuna
Penganjur Bersih petang tadi mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihanraya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi di tembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.
Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Seri Padukan Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ratusan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, Bersih 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihanraya disanubari kita semua.Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai Bersih 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.
Secara ringkas berikut adalah “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
· 1,401 orang ditahan termasuk Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
Husam: Episode Bersih 2, BN terluka parah
SPR, keluar dari eiposod BERSIH 2, sebagai kaldai tunggangan UMNO/BN. Izin Agong lantik SPR baru.
Akhirnya, kami sampai di kawasan bersebelahan bangunan sebuah tokong Budha di sebuah jalan menghala Stadium Negara.
Ribuan berhimpun. Tidak lama, ia menjadi belasan ribu, kalau pun tak puluhan ribu.Sungguh pun ada barisan FRU menghalang jalan itu ke Stadium Negara, perhimpunan berjalan aman betul-betul bersebelahan sekatan FRU.
Pak Samad Said di situ. Saya melihat mata kanannya merah. Terkena semburan gas pemedih mata di KL Sentral sebelum ke sini. Diserbu FRU bersama pimpinan Bersih dan PR ketika mereka mula nak bergerak dari sana.
Ustaz Hadi ditahan. Pimpinan lain juga.
Ada yang cedera. Salah seorang adalah pengiring Datuk Seri Anwar Ibrahim. Luka parah dengan lumuran darah di pipi kanan beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















