PAS dilihat semakin berpotensi menggantikan Umno kerana displin dan keteguhan ahli serta kepimpinan parti itu dalam mengharungi pelbagai cabaran, kata Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Pada saat Umno dan Barisan Nasional dilihat semakin hampir dengan ambang kejatuhannya, PAS semakin dilihat berpotensi untuk menggantikan UMNO. Disiplin, thiqah, dan keteguhan pimpinan dan ahli-ahli PAS adalah syarat yang perlu dipatuhi,” kata beliau ketika merasmikan Dewan Muslimat di Shah Alam malam tadi.“ Atas syarat inilah, kerajaan PAS di Kelantan mampu bertahan walaupun dengan majoriti satu kerusi sahaja. Prestasi ini dipandang tinggi oleh rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat. Tinggal lagi adakah kita bersedia menerima persepsi setinggi itu dan bersiapkan kita sebagai parti yang akan berada di Putrajaya kelak?” kata beliau.
Datuk Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata parti itu berjaya menunjukkan visinya dalam menangani isu-isu panas termasuk penyertaan wanita sebagai calon dalam pilihanraya di peringat DUN mahupin Parlimen serta pada pemilihan parti sendiri.
