Tolak Umno-BN, demi kebenaran dan Keadilan ...
Tuan Guru Nik Aziz mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi untuk ubah nasib kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, tolak Umno-BN parti sekular yang bertindak zalim terhadap rakyat, merosakkan sistem demokrasi serta mengamalkan rasuah dikalangan pemimpinnya. Maka ubahlah kepercayaan kita kepada PAS -PAKATAN RAKYAT. Bukan Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, contohnya boleh dilihat negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Perjuangan PAS juga sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.
Baca selanjutnya di bawah ini, Apa kata Nik Aziz ..
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat negara ini khususnya para pengundi perlu “mengubah daripada kepercayaan” bahawa hanya Umno-BN boleh memerintah dengan turut memberikan peluang kepada PAS-Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Kelantan membuat seruan ini ketika pengundi Merlimau dan Kerdau bersiap sedia untuk menuju peti undi sempena pilihan raya kecil serentak Ahad ini.
Malah wujud spekulasi negara akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini manakala rakyat Sarawak pula akan menyaksikan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang, kemungkinan awal April.
Pakatan Rakyat mencatatkan prestasi terbaik dan membentuk gabungan formal selepas pilihan raya umum 2008.