Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Sunday, April 28, 2013
PR sasar menang 33 kerusi di tiga negeri deposit tetap BN
Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Johor yang menjadi “deposit tetap” Barisan Nasional (BN) sebagai penentu PR memerintah dan mentadbir Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Calon PR Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, bagi mencapai sasaran itu, PR perlu memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kerusi Parlimen di setiap negeri berkenaan iaitu masing-masing sembilan kerusi Parlimen di Sabah dan Johor serta 11 kerusi di Sarawak untuk menjadikan 29 kerusi.
Selain itu, katanya, ia adalah tambahan kepada 80 kerusi Parlimen yang di Semenanjung yang dimenangi pada PRU 2008 bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 109 kerusi dan memerlukan tiga lagi kerusi untuk menang dengan majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Beliau berharap PR boleh memenangi 125 kerusi Parlimen, dengan PKR mendapat 45 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing dengan 40 kerusi bagi menghasilkan majoriti selesa 28 kerusi Parlimen (baki 12 kerusi datang daripada negeri lain selain Sarawak, Sabah dan Johor).
Pada PRU 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen berbanding 82 oleh Pakatan Rakyat, yang hanya memenangi tiga kerusi iaitu satu di setiap negeri iaitu Bandar Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah) dan Bakri (Johor).
“Tiga negeri deposit tetap BN itu penting untuk PR menjadi sebagai pemangkin untuk ke Putrajaya pada PRU-13, membentuk Kerajaan Persekutuan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Bagaimanapun, katanya, beliau mempunyai penanda aras yang lebih tinggi bagi Sarawak, Sabah dan Johor, dengan harapan boleh mencapai skor lebih tinggi daripada satu pertiga dan secara kolektif boleh memenangi 33 kerusi di tiga negeri berkenaan untuk menjadikan 113 kerusi bagi menduduki Putrajaya.
Kit Siang berharap PRU-13 ini akan mencatat sejarah penting kerana rakyat Malaysia akan membuat keputusan untuk perubahan kerajaan Persekutuan di Putrajaya, pada 5 Mei ini.
“Pertempuran PRU-13 adalah pertempuran antara politik masa depan yang diwakili PR berbanding politik masa lalu yang diamalkan BN lebih lima dekad lalu.
“Politik masa lalu adalah politik perkauman dan rasuah berleluasa, kronisme, penyalahgunaan kuasa besar-besaran, pencabulan hak demokratik dan manusia, ketidakadilan, pemusnahan alam sekitar, dan tidak telus, akauntabiliti dan tadbir urus tidak baik.
“Manakala politik masa depan bukan politik perkauman di mana rakyat Malaysia terdiri orang Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan bersatu padu bagi mewujudkan Malaysia yang lebih harmoni, adil, bebas, progresif dan makmur untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.
Sekarang apa-apa impian kerajaan persekutuan baru untuk menggantikan Umno / BN di Putrajaya, adalah tidak lebih satu Dream Mustahil tetapi nyata dicapai, mungkin dan mungkin.-Roketkini.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment