Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Tuesday, April 30, 2013
Pengundi pos diarah mengundi di hadapan boss?
Mungkinkah Umno sudah benar-benar terdesak apabila ada ketua-ketua jabatan dikatakan mengarah pengundi pos dalam kalangan kakitangannya membuang undi di hadapannya.
Beberapa pengundi pos dalam aduan kepada Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Dewan Pemuda PAS Kelantan mendakwa mereka dipaksa berbuat demikian.
Pengerusi LUHAM, Mohd Abd Rashid Yah berkata, pengadu mendakwa ketua jabatan mereka mengarahkan supaya pengundi pos memangkah kertas undi di hadapan ketua jabatan.
“Malah ada juga pengadu memberitahu ketua jabatan mereka mengarahkan kertas undi pos tersebut diserahkan kepada boss untuk dipungut.
“Tindakan dan arahan yang dikeluarkan ketua jabatan tersebut adalah tidak sah dan melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini.
Esok merupakan proses pengundian awal bagi pengundi pos yang akan dijalankan di seluruh negara.
Menurut Abd Rashid juga pengundi pos yang membuat aduan tersebut datang daripada beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri di Kelantan.
“Saya dengan ini menegaskan tindakan tersebut menyebabkan undi tidak lagi menjadi rahsia. Ia juga menyekat kebebasan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan terhadap warganegara Malaysia mengundi sesiapa sahaja calon disukai,” ujarnya.
Oleh beliau mengingatkan semua ketua jabatan tidak berbuat demikian kerana LUHAM sedang mengumpulkan bukti untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu terbabit.
Menurutnya ia juga bagi menjamin ketelusan dan hak warganegara sebagai pengundi.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia difahamkan memasuki beberapa kem di sini bagi mempengaruhi pengundi pos.
Satu sumber memberitahu hari ini perjumpaan dengan anggota-anggota tentera diadakan di Kem Desa Pahlawan dalam kawasan parlimen Ketereh.
Calon PAS Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, tidak sepatutnya pegawai kanan tentera menggunakan kuasa yang pada mereka ada bagi mempengaruhi anggota tentera.
Seorang anggota tentera pula yang enggan namanya didedahkan berkata, tidak sepatutnya pegawai kanan tentera mempengaruhi anggota bawahannya mengundi mana-mana parti kerana ia hak mereka.
Manakala di Pengkalan Chepa isteri calon BN juga difahamkan dibenar memasuki kawasan kem bagi mengadakan perjumpaan dengan isteri-isteri anggota tentera.
Menurutnya pada perjumpaan itu baru-baru ini isteri calon dikatakan cuba mempengaruhi isteri anggota tentera supaya menyokong BN.-Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment