Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, April 4, 2013
Najib bubar parlimen kerana desakan dalaman
PAS percaya pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dibuat selepas beliau mendapat tekanan hebat dari pihak dalam Umno BN sendiri.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Najib sebenarnya tidak berhasrat untuk membuat pembubaran parlimen awal namun kerana ada desakan dan beberapa faktor yang dilihat 'sesuai' untuk pembubaran, maka pembubaran akhirnya dibuat hari ini.
"Saya mendapat info sebenarnya Njib tak berhasrat untuk membubarkan parlimen awal. Tapi sebab dia dapat desakan dari dalam dan dia melihat seolah-olah ada sedikit kekecohan dalam Pakatan Rakyat soal pembahagian kerusi.
"Jadi dia menggunakan kesempatan ini untuk membubarkan parlimen," katanya yang dihubungi Harakahdaily.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, jika Najib membubarkan parlimen atas maklumat bahawa hubungan Pakatan Rakyat 'retak' ekoran pembahagian kerusi, telahan Najib tersebut ternyata silap.
"Tapi sebenarnya Najib silap kerana soal pembahagian kerusi Pakatan dah selesaikan awal.
"Kerjasama pakatan kekal malah semakin utuh dan kita dapat selesaikan pembahagian kerusi secara cepat," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman pembubaran parlimen oleh Najib yang disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Dengan pembubaran tersebut juga, Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
Semalam, Mustafa membayangkan kemungkinan PRI13 hanya akan berlaku selewat-lewatnya akhir Mei memandangkan Najib dilihat tidak bersedia.
Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan semua parti khususnya BN supaya dapat bertanding secara gentleman, bersih, dan tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi prinsip pilihan raya.
"PAS harap pimpinan-pimpinan BN dapat bertindak scara gentlemanlah.
"Kepada semua ahli, kita bersiap sedia menghadapi PRU semaksima mungikin untuk memenangkan PAS dan Pakatan," katanya.-Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment