Saturday, June 29, 2013

Dakwat kekal pewarna makanan, apa kata Dr Agus


Kelmarin saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya," tulis penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di facebooknya.

Hari ini, beliau terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Berikut tulisan beliau.

KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

Saturday, June 22, 2013

Tambang bas naik 10%, kerajaan BN lepas tangan



Keputusan yang dibuat ke atas kenaikan tambang bas sebanyak 10 peratus pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jelas menunjukkan kerajaan Umno BN tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin dengan nasib rakyat.

Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, sebaliknya, kerajaan Umno BN hanya berlepas tangan dalam perkara itu, sehingga memaksa pengusaha-pengusaha bas atau syarikat pengangkutan awam menanggung sendiri bebannya.

Menurut beliau, kenaikan harga tambang dengan kadar 10 peratus itu tidak boleh disalahkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan awam, malah ia selaras dengan keperluan dan kos semasa yang ditanggung oleh mereka.

Black 505 esok aman, bukan himpunan tentera Sulu


Insya Allah himpunan Black 505 pada 22 Jun ini (esok) ialah himpunan aman, bukan himpunan tentera Sulu yang menyerang Lahad Datu tempoh hari dengan senjata yang lengkap,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, himpunan itu dihadiri oleh rakyat yang mahu pilihan raya bersih daripada penipuan, tanpa bawa senjata.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal.

“Ini satu kenyataan seorang pegawai polis yang panik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakah Salleh pegawai baru yang berkhidmat di dalam negara ini sehingga tidak tahu apa yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam setiap himpunan aman.

Tuesday, June 18, 2013

Semua perlu sertai Black505 22 Jun - Husam


Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya agar turun ke Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir Black505.

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar).

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya.

Saturday, June 15, 2013

Mahathir masih belum puas jadi PM 22 tahun


Inilah watak kerakusan kuasa Tun Mahathir yang tidak pernah kenyang,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad .

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu sentiasa lapar dengan kuasa, tidak seperti Perdana Menteri yang lain, apabila bersara tidak banyak hendak campur tangan dalam pentadbiran negara.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang telah ‘berwasiat’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jangan memberi muka kepada pembangkang.

Wednesday, June 12, 2013

Mahathir, Utusan juarai isu perkauman



DAP menyifatkan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia sering membangkitkan isu-isu berbau perkauman di negara ini.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, tindak tanduk mereka selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu sengaja mengentengah isu tersebut, biar pun secara jelas berselindung di sebalik pembohongan dan kepalsuan bagi menakutkan orang Melayu terhadap Cina.

“Dalam blog terbarunya, Dr Mahathir menuduh orang Cina di Malaysia pada PRU lalu mahu menggulingkan kuasa politik Melayu bagi menguasai politik Malaysia.

Friday, June 7, 2013

Pemilihan: Mana demokrasi dalam Umno?


Cadangan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu akan datang mewujudkan persoalan adakah demokrasi dalam Umno kini sudah berkubur.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan seumpama itu hanya memperlihatkan bahawa Umno kini seperti mengamalkan autokrasi.

"Saya hairan bagaimana Umno sebagai sebuah parti politik yang diperkatakan mengamalkan konsep demokrasi tidak mahu bersikap terbuka dengan cadangan agar dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan.

Friday, May 31, 2013

Baiki sistem pilihan raya tindakan bunuh diri BN



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tidak akan melakukan pembaikan sistem pilihan raya kerana tindakan itu adalah tindakan bunuh diri kepada BN, demikian menurut satu analisis Reuters.

Perkara itu diakui oleh Bersih yang menyifatkan reformasi sistem pilihan raya yang dilakukan sama sekali tidak memadai.

Dengan keadaan sedemikian, badan itu terus enggan mengiktiraf keputusan pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini sehinggalah ia memastikan kesahihan ratusan tuduhan penipuan pilihan raya di dalam "tribunal rakyat".

Wednesday, May 29, 2013

UMNO bukan ‘tuhan’ orang Melayu!: Datuk Mohd Ariff Sabri



UMNO usah bersikap terlalu angkuh sehingga menganggap partinya begitu penting dan tempat bergantung bagi semua rakyat, terutama orang Melayu.

Gambaran kepada umum seolah-olah UMNO itu seperti “tuhan” yang menganggap dia pemberi rezeki kepada orang Melayu dan seolah-olah tanpa UMNO orang akan mati.

Buka setakat itu, malah seolah-olah tanpa UMNO, Raja Melayu akan hilang kuasa dan pupus dan agama Islam di negara ini akan terancam.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, UMNO juga menunjukkan keangkuhan menerusi media kawalan mereka membuka pekung sikap hipokrit dan pembohongan terhadap gagasan 1Malaysia tajaan Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

PRU13 terbit wajah hodoh kuasawan Melayu Umno


Hasil Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sesungguhnya menerbitkan warna-warna hodoh yang tersembunyi selama ini di dalam benak kalangan pemimpin dan kuasawan Melayu Umno.

"Begitu jelaslah mereka ini menganggap mereka sahajalah yang layak memerintah negara ini. Pada zahirnya, mereka ini seolah-olah mahu akan demokrasi tetapi batinnya tidak demikian," ujar Ketua Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera), Dr. Shaharir Mohamad Zain (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, sekalipun pilihan Raya Umum (PRU) diadakan hampir setiap 5 tahun, namun pada masa yang sama mereka ini, sang “politikus” ini, akan melakukan apa sahaja cara di luar kerukunan demokrasi itu sendiri seperti menjadikan media sebagai alat propaganda politik berat sebelah, menyalah-gunakan konsep menanam budi di musim pilihan raya, sehingga boleh ditafsir sebagai usaha merasuah secara halus, dan menggerrimander (melakukan persempadanan pengundian secara tidak adil) dan menyunglap atau bermain silap mata dengan kaedah PRU bagi memastikan kemenangannya.

Friday, May 24, 2013

UMNO cetus ketegangan kaum, klasifikasi Melayu tidak undi BN pengkhianat



UMNO tidak sepatutnya mengklasifikasikan lebih 50 peratus pengundi Melayu yang tidak memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, sebagai pengkhianat.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz sangat kecewa dengan sikap UMNO yang kononnya mendakwa membela Melayu sanggup berbuat demikian.

Katanya, UMNO juga menyangkal politik perkauman yang dimainkan sedangkan menuduh keputusan PRU-13 itu sebagai ‘Tsunami Cina’.

Teras kesal kenyataan biadap menteri




Pemimpin politik yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan perlu bertanggungjawab dengan kenyataan masing-masing dan tidak mengambil kesempatan dengan melemparkan kata-kata yang sensitif tetapi berselindung di balik kuasa yang ada di tangan mereka.

“Jika mereka berbuat demikian jelas ia memaparkan sikap politik yang sangat tidak matang dan tidak layak menempati barisan kepimpinan,” ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Katanya, adalah memalukan untuk mereka yang berstatus menteri dan bekas menteri bersikap demikian walaupun sudah lama berada di medan politik kerajaan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Friday, May 17, 2013

Rumah BN kian sempit kepada MCA


Perkauman melampau-lampau Umno menjadikan MCA dan Gerakan merasa rumah Barisan Nasional (BN) sudah begitu sempit untuk mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pada masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat pula semakin diyakini sebagai wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas bagi semua rakyat Malaysia.

Dengan apa yang dilalui oleh mereka, Salahuddin tertanya-tanya sehingga bilakah MCA dan Gerakan sanggup berada di dalam rumah BN yang semakin disempitkan kepada mereka dengan pelbagai sindiran dan kenyataan sinis Umno yang semakin menjadi abang besar yang takbur dan angkuh.

Sunday, May 12, 2013

Selepas dituduh kafir harbi, diajak masuk BN!


Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.

Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Saturday, May 11, 2013

SMS fitnah: Salahudin minta penjelasan Celcom


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa syarikat telekomunikasi, Celcom memberi penjelasan berhubung penggunaan nombor telefon beliau oleh pihak tertentu yang menyebarkan sms berbaur perkauman.

Tambah Salahuddin, beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa bukan calang-calang orang yang boleh melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya gesa Celcom untuk memberi penjelasan bagaimana nombor saya boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan sms berbaur perkauman, kelmarin, sedangkan ia bukan daripada saya," kata beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13: Bersih bentuk tribunal, tuntut SPR letak jawatan


Bersih 2.0 mempersoalkan keabsahan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan pelbagai pelanggaran sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Pengerusinya, Datuk S. Ambiga, berkata pelanggaran itu bukan sahaja berlaku sebelum tempoh pembubaran parlimen, tetapi turut berlaku ketika hari pengundian.

Bercakap pada satu sidang media hari ini, Ambiga berkata pihaknya menerima pelbagai laporan pelanggaran yang dilakukan sepanjang PRU13 ini.

Friday, May 3, 2013

JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi


Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas.

Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Wednesday, May 1, 2013

Dakwat “kekal” SPR luntur dalam masa beberapa jam saja


Dakwat “kekal” Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja!

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal kata,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Jangan buat silap kali ke 13, pilih Pakatan Rakyat, jangan pilih UMNO-BN


Rakyat diseru jangan lagi membuat kesilapan kali ke 13 dengan mengundi BN sebagai kerajaan persekutuan pada 5 Mei ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian sebagai menjawab saranan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang berkata Pakatan Rakyat tidak layak diberi peluang kedua untuk memerintah di negeri-negeri yang dimenanginya 2008.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertungkus-lumus lima tahun untuk mencari satu kesalahan pada pimpinan Pakatan Rakyat, tapi mereka gagal menjumpai apa-apa.
"Dengan SPRM yang terkenal dengan kecekapan dan kepantasannya dalam sebarang kes melibat pimpinan PR, PR sudah boleh dikira sebagai teramat bersih kerana tiada satu kes rasuah pun sehingga kini. Rakyat lebih pandai menilai,” kata Tuan Ibrahim.

Tuesday, April 30, 2013

Lebih 36,000 Pengundi Ragu Bakal Membanjiri Selangor


Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membanjiri Selangor dengan lebih 36,000 pengundi ragu dalam beberapa hari lagi bagi merampas Selangor daripada gagasan itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendakwa mereka akan dibawa masuk secara berperingkat melalui ‘charter flights’ (penerbangan tempahan khas) daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

Langkah itu mampu menguatkan kemampuan Umno-BN untuk merampas kira-kira 11 kerusi DUN yang dimenangi PR Selangor. Ini kerana kerusi tersebut dimenangi dengan majoriti kurang daripada 3,000 undi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...