Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Tuesday, November 6, 2012
Anak pemimpin Umno ada saham dalam AES?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat anak bekas pimpinan Umno Johor antara yang mengendalikan saman Sistem Peguatkuasaan Automatik (AES).
Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Chang Lih Kang berkata salah satu syarikat yang mendapat projek AES adalah Beta Tegap Sdn Bhd dimana pemegang saham terbesar syarikat itu adalah anak bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong.
Katanya, ibu pemilik saham syarikat berkenaan merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.
Rafizi ke Hong Kong minggu depan siasat skandal RM40 juta
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ke Hong Kong minggu depan untuk bertemu Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) bagi mendapat keterangan lanjut berhubung kes pemberian RM40 juta oleh jutawan balak Sabah, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datul Seri Musa Aman.
“Saya akan ke Hong Kong minggu depan atau minggu berikutnya. Kita nak dapatkan jawapan ICAC kerana sehingga kini tidak ada apa-apa kenyataan rasmi. Pada masa sama pihak (di Malaysia) berminat untuk dapatkan maklumat.
Monday, November 5, 2012
Pakatan Rakyat Heret Pemimpin Umno-BN Rasuah Ke Mahkamah Sekiranya Menang Putrajaya (+ video)
Pakatan Rakyat (PR) akan mengheret ke mahkamah mana-mana individu atau pemimpin Umno-BN yang pernah terlibat dengan rasuah sekiranya diberi peluang menerajui kerajaan.
Mereka yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral akan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan.
Demikian ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Seremban Jaya malam tadi.
Penyelewengan daftar pemilih SPR bukti Umno BN penipu nombor 1
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
Berucap pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun.
“Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa,” katanya di hadapan lebih 12,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan contoh penipuan Umno melalui skrin layar.
Pecah Berita! Hanya 30 orang saja hadir perhimpunan kebangkitan rakyat - Berita Harian
Pecah Berita Hanya 30 orang saja hadir perhimpunan kebangkitan rakyat - Berita Harian
Kuala Lumpur - by @tiewnama.
Seperti yang di ketahui umum, media media milik kerajaan Barisan Nasional suka berbohong
dan menipu dalam menyampaikan berita kepada rakyat malaysia, sudahlah dengan rakyat mahu
di tipunya, dengan Tuhan pun media Barisan Nasional mahu tipu juga, media UMNO cuba
menggoreng pemikiran warga emas tetapi akan di gorengkan oleh warga muda, insyaallah.
Sunday, November 4, 2012
Pemuda diajak jatuhkan BN Negeri Sembilan
Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuka tirai Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat dengan mengajak generasi muda menjatuhkan Kerajaan Umno BN negeri itu.
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Kharil Anuar Wafa berkata, hanya melalui undi pada Pilihan Raya Umum (PRU ) ke-13 nanti.
"62 peratus undi orang muda menjadi penentuan dalam PRU.
"Kebangkitan golongan muda mencorakkan Malaysia baru. Perubahan di tangan golongan muda.
BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar
Rakyat wajib menukar kerajaan yang ada pada hari ini memandangkan Umno BN tidak bersedia membuat perubahan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik.
"BN tak bersedia buat perubahan jadi kita wajib mengubah kerajaan hari ini.
"Rakyat boleh mengadili pemimpin-pemimpin. Di Britain misalnya, bila pemimpin buat silap rakyatnya hukum dengan menukar kerajaan.
Saturday, November 3, 2012
Himpunan PR saksikan kebangkitan rakyat N9
Biarpun hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak jam 5 petang tadi, namun ianya tidak menghalang ribuan rakyat hadir ke pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini malam ini.
Dianggarkan sehingga jam 9.30 malam, 10,000 orang dari pelbagai kaum memenuhi ruang padang dihadapan pentas dan jumlahnya semakin bertambah menjelang ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat di penghujung program malam ini.
“Charade of Justice” Kupas Kepincangan Sistem Kehakiman Negara
Peguam, Pawancheek Marican yang pernah menulis buku mengenai perbicaraan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa tahun lalu, kini kembali lagi dengan penulisannya yang terbaru berjudul ‘Charade Of Justice, Anwar’s Third Trial’.
Buku terbabit memaparkan pelbagai kisah sekitar perbicaraan kes-kes mahkamah Anwar sejak 1998 dan analisa yang diutarakan oleh peguam dan kenyataan hakim.
Buku yang berhalaman kira-kira 200 muka surat itu merupakan buku kedua sambungan daripada ‘Charade Of Justice, Anwar’s Trial’ yang diterbitkan dua tahun lalu yang telah menjual 6,000 naskah.
Skandal Tanah N9: Tiga lagi Syarikat milik Umno-BN Akan Di Dedah
PKR akan mendedahkan tiga lagi syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan berhubung skandal Hutan Simpan di Negeri Sembilan yang dipercayai dimiliki oleh pimpinan-pemimpin Umno-BN.
Hari ini PKR mendedahkan nama sebuah syarikat swasta yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal hutan simpan di negeri itu yang dikaitkan dengan Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.
Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR,Pengarah Straterginya, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa tanah tersebut tidak pernah dipindahmilik kepada syarikat swasta kerana kekal dimiliki Yayasan Negeri Sembilan adalah tidak benar.
Dedah kaitan Nazri-Chia, Rafizi sedia disaman
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersedia diambil sebarang tindakanberhubung pendedahannya mengaitkan keluarga Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan jutawan balak, Michael Chia.
"Saya tidak takut dan kalau Nazri kata itu fitnah, beliau boleh ambil tindakan ke atas saya ataupun saman saya.
"Malah saya tidak pernah berselindung dengan kekebalan parlimen untuk pendedahan ini, kerana saya yakin dan pasti apa yang dilakukan ini adalah betul bukan fitnah," tegas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini.
Friday, November 2, 2012
Mahfuz : Minta Penjelasan Menteri Syarikat Konsesi AES Menyamar JPJ
Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).
Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.
“Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ.
Jangan guna 'alasan kartun' naik harga barang
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan kerajaan supaya menggunakan alasan munasabah untuk menaikkan harga barang dan bukan "alasan kartun".
Dengan mengambil contoh alasan kerajaan untuk menaikkan harga gula, beliau mempersoalkan "apakah dengan menaikkan harga gula, kita boleh mengurangkan penyakit kencing manis?"
"Alasan yang diberikan oleh kerajaan bahawa ini baik untuk kesihatan kerana apabila harga gula mahal, orang kurang makan gula.
Pulau Pinang Luluskan Undang-undang ‘Anti Lompat Parti’
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 untuk membanteras budaya lompat parti di negeri itu.
Undang-undang tersebut memperuntukan bahawa seseorang ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keahliannya, atau berhenti daripada menjadi ahli parti politik atas apa-apa jua sebab.
Ia juga menyatakan seorang ahli yang dipilih sebagai calon bebas hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia menyertai suatu parti politik.
Anak Nazri Aziz guna kereta mewah milik Michael Chia
Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menikmati manfaat terus dari Michael Chia, ahli perniagaan yang terbabit dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah.
Dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen hari ini, Nedim Nazri menggunakan kenderaan mewah jenis Hummer berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Chia.
“Kenderaan itu berharga RM459,000…hak miliknya boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
Thursday, November 1, 2012
Lembah Sireh: Ombak hanya setaraf dengan Najib
Saya menyifatkan tindakan sebuah Pertubuhan badan bukan kerajaan pro UMNO, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) yang menggesa Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakub melepaskan jawatan beliau berhubung isu Lembah Sireh hanyalah merupakan satu retorik dan bertujuan untuk mengalihkan isu terhadap kegagalan UMNO mengurus tadbir beberapa projek di negeri Kelantan.
Sekalipun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan oleh pihak kerajaan negeri, Ombak kelihatan masih berdegil untuk meraih publisiti dengan mengadakan perhimpunan haram di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Isnin lepas bersama-sama Pemuda Umno Kelantan yang jelas menjadi tulang belakang kepada pergerakan Ombak.
KASE sedia peguam selesai saman AES
Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman tidak perlu khuatir dan disarankan tidak membayar saman tersebut.
"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.
Wednesday, October 31, 2012
TGNA adalah diantara pemimpin yang paling sihat - Aspan Alias
Tok Guru Nik Aziz (TGNA) berkata di Kelantan semalam yang beliau tidak akan meletakkan jawatan dan berundur kerana desakan dari pihak-pihak yang tidak kena mengena dengan PAS. Beliau akan berundur jika desakan itu datangnya dari PAS. TGNA mengulas desakan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, yang meminta TGNA berundur kerana kesihatan beliau tidak membolehkan beliau mentadbir negeri Kelantan.
TGNA berkata beliau akan hanya mempertimbangkan untuk berundur jika PAS mendesak beliau untuk meletakkan jawatan dan jawapan TGNA ini kepada saya adalah jawapan yang tepat dan benar. Di Kelantan yang menentukan siapa yang menjadi MB itu adalah PAS kerana rakyat Kelantan telah memandatkan PAS untuk mentadbir negeri Kelantan sejak tahun 1990 dahulu dan parti-parti serta pihak-pihak yang lain tidak ada hak untuk menuntut beliau meletakkan jawatan itu.
Bekas timbalan menteri jangka BN tewas PRU13
Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.
Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)
Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini sasar 50,000 peserta
Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini.
“Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan,” kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.
Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

