Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini.
“Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan,” kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.
Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.