Sunday, August 14, 2011

Umno manipulasi keputusan fatwa untuk main sentimen politik kebencian


Pihak tertentu yang didalangi Umno sengaja memainkan sentimen kebencian terhadap kerajaan negeri itu bersifat anti-Islam, dengan memanipulasi keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang berkaitan suara bacaan al-Quran sebelum Subuh.

“Demi kepentingan politik sempit, pihak tertentu mengambil peluang mengekploitasi keputusan Majlis Fatwa. Pihak berkenaan pastinya menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam,” kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang, Abul Malik Kassim.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau menegaskan kerajaan negeri itu tidak campur tangan terhadap keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang penggunaan pembesar suara pada bacaan al-Quran pada Subuh.

Saturday, August 13, 2011

London rakyat mengamuk, Malaysia polis mengamuk


               Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai 'bodoh'.
         Sambil ketawa, beliau berkata, kedua-duanya sangat berbeza dari segi suasana dan matlamatnya.
        "Saya tak tahulah kebodohan tahap mana kenyataan timbalan ketua polis negara ini.

"Di London rakyat mengamuk tapi di Malaysia polis mengamuk," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos

         Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.


Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Jangan biar warga asing tentukan keputusan p'raya

             Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong terkejut dengan pendedahan Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar sebagai pengundi di beberapa kawasan utama negeri itu dalam sebuah akhbar harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang mendakwa jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan ke dalam satu-satu Dun dipercayai bagi memenangkan Umno dan Barisan Nasional.

Abdul Wahid menyebut, daripada 5,006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di Dun Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.

Friday, August 12, 2011

Umno terlibat manipulasi pilihan raya?

Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat (gambar) berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bukti pertama


Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.


Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.

Wan Ahmad bukti SPR tali barut Umno

             Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (gambar) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah.
            Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno.

“Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily.

“Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri”

Bersih 3.0 Kami Tunggu Respons Putrajaya, Kata Ambiga

          Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga memaklumkan bahawa pihaknya belum bercadang untuk menggerakkan gelombang Bersih 3.0 dalam masa terdekat ini.
         Sebaliknya, beliau berkata pihaknya kini hanya menunggu respons daripada Putrajaya berhubung lapan tuntutan Bersih 2.0 yang telah diketengahkan.

Ambiga berkata, walaupun kepincangan mengenai sistem pengurusan pilihan raya terus didedahkan dan diperkatakan namun pihaknya mengambil pendirian untuk “tunggu dan lihat” terhadap perkembangan terbaru yang akan diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam tempoh tiga bulan ini.

Thursday, August 11, 2011

Isu PR: KDN diberi masa 7 hari

Pemuda PAS merasakan tindakan menukar status taraf pemastautin tetap kepada warga negara adalah kerja politik untuk meneruskan kesinambungan tampuk kekuasaan parti yang memerintah.
                Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi masa tujuh hari kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat penjelasan berhubung isu penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dan didaftarkan sebagai pemilih.

                 Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, sekiranya KDN gagal berbuat demikian, pihaknya akan membawa perkara tersebut terus kepada Perdana Menteri.

Jabatan Pilihan Raya DPPM hari ini menyerahkan memorandum kepada KDN menggesa siasatan dilakukan ke atas pendedahan dan laporan media berhubung isu ini.

Memorandum tersebut menuntut KDN menjalankan penyiasatan ke atas isu ini secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan pengkhianatan terhadap negara.

Selain itu, KDN digesa memerangi tindakan ini semaksima mungkin dan tidak membiarkan tindakan in berlaku pada masa akan datang.

SPR Tiada Hak Untuk Daftar PR Sebagai Pemilih, Kata Suhaizan

              Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai hak dalam menentukan pemegang status pemastautin tetap (PR) dalam senarai daftar pemilih untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat.
              Malah tegas beliau, SPR hanya mengambil maklumat dari data JPN dan mereka tidak boleh memasukkan nama sesiapapun ke dalam daftar pemilih tanpa pengesahan JPN.

"Sebenarnya kita tak nak bertanya kepada SPR sebab SPR akan ikut maklumat daripada JPN, jadi kita bertanya kepada JPN bagaimana boleh berlaku sebegitu (kes Mismah) dan jawapan standard SPR adalah SPR memang akan teruskannya sebagai pemilih kerana dia telah menjadi warganegara (diiktiraf JPN)."

Daftar Kg Baru Sebagai Pengundi, Tindakan Jijik

Alasan-alasan yang diberikan SPR sebagai kesilapan teknikal hanyalah dongeng dan tipu helah politik untuk menuntup kesalahan mereka malah itu adalah perancangan jahat dan jijik untuk mengekalkan UMNO berkuasa..
           Tindakan mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi sah di negara ini dianggap menjijikkan dan perilakuan yang tidak boleh diterima oleh rakyat sekali gus menyifatkan kecuaian tersebut sebagai tindakan terdesak merencana undi hantu.
            Mengulas lanjut perkara tersebut Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencipta sejarah apabila mendaftarkan Kg Baru sebagai pengundi dengan kad pengenalan bernombor 830527115422 serta dilahirkan pada 27 Mei 1983 semakin hilang kredibiliti untuk mengendalikan pilihan raya di negara ini.

Malah katanya, tindakan itu juga jelas memperlihatkan kepincangan SPR menzahirkan konspirasi terancang memusnahkan amalan demokrasi di negara ini.

"Sekarang ini dia(SPR) sedang merencanakan untuk menzahirkan undi hantu. Undi yang tidak masuk dalam kelayakan. Itu bukan kesilapan, itu perancangan.

Wednesday, August 10, 2011

Warganegara: BN sedang menjual negara

UMNO, SPR DAN JPN  memusnahkan kedaulatan negara. Pengkhianatan ini tidak boleh dimaafkan.
            Tindakan kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi merupakan tindakan bahaya kerana menjual negara sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), berkata kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN.

Menurutnya, warga asing yang datang ke negara ini berbagai jenis serta latarbelakang hidup yang berbeza.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi.

Lagi pengundi berganda ditemui

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa menemui lima lagi pengundi bertindih di parlimen itu dalam semakan terbaru mereka melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kesemua mereka mempunyai dua kad pengenalan baru yang nombornya berbeza namun mempunyai nombor kad pengenalan lama yang sama.

Antaranya individu bernama SA'AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki dua kad pengenalan baru iaitu 380913105681 dan 510913105553 tetapi nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu 1479323.

Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Kes kedua membabitkan seorang wanita SHODAH BINTI ABDUL RAHMAN juga memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 550620055800 dan 560620055412 tetapi nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu 4802777.

'Ke mana perginya wang zakat kita?'

              Apabila membicarakan bab zakat didalam negara kita, ramai yang telah merasa mual mengenainya. Pengurusan pengutipan wang zakat daripada umat Islam dinegara ini dilakukan dengan cukup sistematik dan bersungguh-sungguh. Namun begitu, pengurusan agihannya pula tidak serancak dan seghairah kutipan wang zakat tersebut.
              Asnaf yang layak menerima agihan wang zakaf, telah lama mengeluh akan hal ini. Hak mereka diremehkan. Mengapa begitu?

Mari kita dengar pendapat Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai perkara ini. 

Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Pemuda PAS Kelantan desak Najib ke mahkamah

          Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Rosmah hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi memenuhi permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar), ketika dihubungi memberitahu Najib dan Rosmah amat wajar ke mahkamah sebagai saksi demi untuk menegakkan keadilan terhadap kes liwat Anwar yang sedang dibicarakan sekarang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan dua permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Najib dan Rosmah bagi kes perbicaraan liwat yang sedang dihadapinya.

MyKad-JPN, SPR Dan Konspirasi Terkotor?-Dr Syed Azman Syed Ahmad

               Banyak yang di perkatakan oleh pelbagai pihak apabila berlakunya pendedahan isu yang cukup membimbangkan sebahagian besar rakyat di negara ini serta mengancam keselamatan negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
               Paling terkini beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan secara terdesak oleh pimpinan tertinggi negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Bagi saya, pendedahan persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN bukanlah suatu yang 'mengejutkan' kerana ianya 'isu lama' telah sejak sekian lama wujud di negara kita. Pendedahan penipuan serta manipulasi pilihan raya inilah yang menjadikan demokrasi di negara kita berjalan dalam keadaan yang penuh kepincangan dan tempang.

Tuesday, August 9, 2011

Akhbar jadi 'gengster' tanpa media alternatif

Tidak menjadi suatu kerugian jika tidak membaca media arus perdana kerana laporannya hanya menyokong kerajaan. Semua laporan dan ulasannya walaupun tak betul sentiasa betul. Pembangkang sentiasa salah. Ini yang harus dibetulkan. Anak-anak muda agar berani melakukan perubahan dengan menukar kerajaan BN yang sudah lama dibiarkan bermaharajalela di negara ini.
             Rakyat khususnya golongan muda diseru menyokong sumbangan media alternatif yang memberikan gambaran sebenar mengenai situasi di negara ini.
          Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, kewujudan media alternatif dapat menjadi pengekang kepada media arus perdana yang semakin 'samseng'.

"Saya fikir sumbangan akhbar alternatif ini mesti disokong kerana hanya melalui akhbar alternatif kita mendapat gambaran yang lebih berimbang, memungkinkan kita untuk menentukan apa sikap kita.

"Saya dapati bahawasanya tanpa media alternatif, akhbar arus perdana akan menjadi gengster," kata beliau sewaktu berucap merasmikan pelancaran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini, petang semalam.

Monday, August 8, 2011

Ambiga : SPR Hanya Akan Buat Perubahan Bila Ditekan

           Selepas mendapat sokongan meluas daripada ribuan rakyat pelbagai lapisan masyarakat pada perhimpunan 9 Julai lalu, Bersih 2.0 meneruskan tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.
          Namun, pada dua perdebatan di antara pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dengan timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini, tidak menunjukkan ada tanda-tanda SPR mempunyai komitmen bagi mengusahakan sebarang pembaharuan atas alasan suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa perundangan bagi berbuat demikian.

Justeru, ramai penyokong Bersih 2.0 mencadangkan supaya gabungan itu memindahkan fokus mereka kepada kerajaan BN yang memiliki kuasa majoriti di parlimen bagi meminda undang-undang sebelum pembaharuan boleh dijalankan.

Pilih tuntutan Bersih atau 'kerajaan Mismah'

Rakyat Malaysia yang bermaruah hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menuntut lapan tuntutan 'Bersih' itu dilaksanakan atau berada di bawah  'kerajaan Mismah' yang dipilih oleh rakyat asing malah negara kita akan menuju kearah kehancuran. Apakah kita sanggup melihat maruah dan kedaulatan negara kita ditentukan oleh rakyat asing?
           Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
          "Jika diambil kira trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan pentadbirannya di Selangor.

"Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya.

'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sidang tergempar esok: PAS serah surat pada PM

Isu daftar pemilih ini pernah dibuktikan di mahkamah dan nampaknya sehingga kini kerajaan tidak pernah berhenti mendaftarkan warga asing untuk mengundi
         Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok meminta sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu keselamatan negara.
         Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya ekoran pendedahan media minggu lalu mengenai pendaftaran pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari.

"Esok jam 12 tengahari di bangunan Parlimen saya bersama ahli Parlimen Pakatan yang lain akan menghantar surat kepada Perdana Menteri meminta sidang khas Parlimen ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, isu ini perlu dibincangkan secara serius kerana ia merupakan pengkhianatan kepada negara.

Sunday, August 7, 2011

Pakatan: Bersih 3.0 susul jika Najib gagal bersihkan daftar pemilih

 Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar.”. Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.

            Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih.

           Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...