Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai hak dalam menentukan pemegang status pemastautin tetap (PR) dalam senarai daftar pemilih untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat.
Malah tegas beliau, SPR hanya mengambil maklumat dari data JPN dan mereka tidak boleh memasukkan nama sesiapapun ke dalam daftar pemilih tanpa pengesahan JPN."Sebenarnya kita tak nak bertanya kepada SPR sebab SPR akan ikut maklumat daripada JPN, jadi kita bertanya kepada JPN bagaimana boleh berlaku sebegitu (kes Mismah) dan jawapan standard SPR adalah SPR memang akan teruskannya sebagai pemilih kerana dia telah menjadi warganegara (diiktiraf JPN)."
