Tuesday, March 22, 2011

Lelaki Dalam Video Fitnah Bukan Saya – Anwar

Najib melihat hanya Anwar yang menjadi batu penghalang untuk beliau terus mengnekalkan kuasa. Untuk berlawan atau berdepan dengan Anwar secara jujur dan demokatik, tentu Najib tak mampu kerana Anwar dilihat lebih hebat dan karismatik  sebagai seorang pemimpin. Terpaksa Najib dan juak-juaknya mereka cipta satu isu yang boleh menghalang Anwar dari terus mencabarnya. Samada cara jahat atau baik biar aku terus berkuasa terpaksa menyekat Anwar.

Maka terciptalah cerita liwat II yang tidak masuk akal dalam pembicaraan lintang pukang. Begitulah politik negara ini bukan untuk berdepan secara kebijakan dan kecerdikan sebagai seorang  pemimpin yang intelek. Tapi hanya mampu dalam bentuk fitnah dan jahat. Segala-galanya kerana Umno ketandusan modal politik. Yang ada pada pemimpin-pemimpin Umno hanyalah mengekalkan kuasa samada kuasa itu dapat secara baik atau jahat, itu bukan persoalannya asalkan dapat kuasa untuk mencari pulus dan kekayaan dari titik peluh rakyat yang memilih mereka.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.

Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.

“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.

Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, beliau sedang membalas twitter dengan penyokong.

Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 malam dan bertarikh 21 Februari 2011.
“Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong,” katanya.

Monday, March 21, 2011

Kes Liwat Tuduhan Palsu Konspirator Jahat- Mohd Rashidi Hasan


Sejak dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.
Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Demo DNA : Cubaan Tutup Pendakwaan Songsang

Siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Datuk Seri Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua pembangkang itu.

Peguambela Anwar, R. Sivarasa berkata hakikat yang cuba disembunyikan oleh pemimpin Umno dan media arus perdana adalah wujud bukti terang-terangan mengenai usaha memalsukan keputusan ujiani DNA terhadap Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat dua.

“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ...
“Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana,” katanya.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang di bawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan," kata Sivarasa.

Cadang Usul Tergempar Siasat Kekayaan Luar Biasa Taib Mahmud

Rakyat Sarawak seharusnya berani melakukan perubahan dengan menyingkirkan Taib Mahmud dan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.. Banyak sudah pembongkaran demi pembongkaran yang telah dibuat oleh Sarawak Report dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyedarkan rakyat Sarawak tentang kekayaan Taib Mahmud . 
Hampir 30 tahun rakyat Sarawak dihimpit kemiskinan sedangkan negeri Sarawak mempunyai alam semulajadi yang luas, mempunyai minyak dan hasil pembalakan yang terbesar, namun hakikatnya rakyat hidup dalam keadaan susah dan daif.. Demi kehidupan yang lebih sempurna, rakyat Sarawak perlu menolak Taib dan Barisan Nasional yang banyak melakukan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Baca artikel selanjutnya di bawah ini
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dicadang membuat usul tergempar di Parlimen mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat semua pendedahan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Pengerusi Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.

“Pendedahan Sarawak Report dan badan bukan kerajaan (NGO) lain mengenai kekayaan beliau (Taib Mahmud) sesuatu yang tidak boleh dinafikan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Semalam, Presiden Transparency International (Malaysia), Paul Low menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan, segera menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud bagi mengelakkan Malaysia berada dalam kedudukan corot dalam indeks rasuah dunia.

Mengalu-alukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Isnin ini, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, berkata rakyat Sarawak mesti berani melakukan perubahan dengan menyingkirkan Taib Mahmud dan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.

Sunday, March 20, 2011

Faekah: UMNO Tersepit Lidah Pula Bercabang

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam
Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan dan adu domba yang mereka lakukan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran. Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan. Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi tercengang-cengang. Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Apakah sebenarnya pendirian UMNO? Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

Jawapan saya mudah. 

Pilihan Raya Sarawak: KEADILAN Sudah Lama Bersedia- Baru Bian

Rakyat Sarawak harus berani bangkit membuat perubahan. Berilah kepercayaan kepada setiap calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kali ini, sekaligus memberikan peluang untuk perubahan dasar secara menyeluruh dilaksanakan di negeri Sarawak  melalui agenda Buku Jingga Pakatan rakyat. 
Hanya rakyatlah yang boleh membebaskan sarawak daripada belenggu pemerintahan rasuah dan penyelewengan Barisan National yang hanya memperkayakan kroni dan keluarga, sedang Sarawak adalah negeri yang mempunyai kawasan hutan yang luas dengan aktiviti pembalakan yang besar dengan penghasilannya. Tapi rakyat Sarawak terus menempuhi liku-liku hidup dalam kemiskinan akibat amalan rasuah dan penyelewengan Barisan Nasional.  
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ...
KEADILAN sudah lama bersedia dan sentiasa bersedia untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak pada bila-bila masa, kata Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian.
Baru mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.
Bercakap kepada Suara Keadilan, Baru menjelaskan, tahap kesiap siagaan parti itu kali ini lebih baik berbanding pilihan raya negeri 2006.
“Kita baru sahaja selesai mengadakan Konvensyen KEADILAN dan gerak kerja aktif dalam kalangan parti diteruskan. Mudah-mudahan kita mampu melakukan kejutan kali ini,” katanya kepada Suara Keadilan.

Saturday, March 19, 2011

Bergantung Kepada Dubur Untuk 'mileage' Politik - Aspan Alias

Umno ketandusan modal politik, maka ...
Saya terpanggil untuk memberi komen pendek tentang isu DNA Anwar yang hangat diperkatakan terutamanya oleh penggiat politik dan pertubuhan yang berkait dengan politik. Anwar telah dihadapkan ke mahkamah dan apa juga yang diperkatakan oleh sesiapa di luar mahkamah adalah salah daripada segi undang-undangnya.

Biarkanlah mahkamah menyelesaikan isu itu dan lebih baik di sisi undang-undang dan di sisi etikanya agar pihak yang lain tidak masuk campur dalam menentukan Anwar menyerahkan DNA beliau atau tidak. Undang-undang ada untuk menyelesaikannya.

Berdemonstrasi di jalanan untuk memaksa Anwar menyerahkan DNAnya itu secara automatik akan dianggap sebagai tindakan politik yang murahan dan 'desperate'. Takkanlah kita guna isu dubur untuk mendapatkan atau untuk mengekalkan kuasa? Elok kita tunggu dan biarkan pihak mahkamah untuk melakukan apa yang sepatutnya.

Taib Undur Selepas Pilihan Raya Sarawak, Dijangka Umum Hujung Minggu


Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib.  Akibat amalan rasuah dan nepotisme  menjadikan beliau dan keluarga beliau kaya raya. Rakyat Sarawak seharusnya bangkit dan membuat perubahan dengan menolak kepimpinan Taib yang merajui Sarawak  hampir tiga dekad.   .
Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.Sungguh pun kekayaan bumi Sarawak tidak dapat dinafikan tapi kehidupan keseluruhan rakyatnya penuh kemiskinan 
Kepimpinan Taib sejak kebelakangan ini telah mengundang banyak kritikan ekoran keengganannya untuk meletakkan jawatan atau melahirkan pengganti beliau.
Selain itu beliau juga berhadapan dengan gelombang dakwaan rasuah dan nepotisme termasuk Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala tuduhan terhadap pemimpin berambut putih itu.
.Baca Artikel selanjutnya di bawah ini ..

Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting, yang bakal mengejutkan banyak pihak, hujung minggu ini — tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri.

Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Barisan Nasional (BN) bagi mengurangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin veteran itu selain mahu menggunakannya sebagai peluang memperoleh kemenangan mudah kali ini.

The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat, akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu, yang hampir sama besar dengan Semenanjung.

Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa “tunggu hingga esok.”

Friday, March 18, 2011

Pakatan Konsisten, BN Tak Senang Duduk

Kalau tidak kerana pembangkang yang menyuarakan suara rakyat ini, rakyat tidak akan dapat tahu kehilangan dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dari berbagai-bagai bentuk projek, seperti skandal  Zon Bebas Pelabuhan Klang yang menelan RM12.5 bilion serta  pembaziran dalam projek-projek lain contohnya MRT dan Empangan Bakun. 
Kehilangan wang rakyat berbillion ini melambangkan Barisan Nasional tidak telus mentadbir negara. Hanya pentingkan projek dan tender untuk dapatkan komisyen biarpun projek-projek itu tidak begitu penting untuk rakyat. Asalkan aku dan kroni aku kaya raya .. 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Kerajaan BN semakin 'tidak senang duduk' kerana Pakatan Rakyat konsisten berperanan sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran negara, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).

Beliau berkata, selagi bergelar pembangkang, Pakatan Rakyat akan terus mengkritik segala kesilapan yang dilakukan BN demi mewujudkan negara maju yang mengutamakan kebajikan rakyat.

"Selagi kami menjadi pembangkang, kami akan terus membawa matlamat menyemak dan menyeimbangan kerajaan.

"Segala kesilapan kerajaan sama ada dari sudut dasar atau pelaksanaan kami akan terus mengkritik dan kadang kala mengecam. Oleh sebab itu mereka (BN) berasa panas, rimas dan lemas," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam

Kelantan Dukacita Kerajaan Pusat lulus lesen Judi

Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

“Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Zaid Cuba Pecah Belah Pakatan Sebab Dendam Pada Anwar

Zaid yang hipokrit serta munafik ..
Zaid yang mempunyai guaman sendiri dan terlatih dalam bidang undang-undang sepatutnya dapat memahami keadaan sistem kehakiman negara selepas krisis 1988 
 tiba-tiba percaya dengan ketulusan pembicaraan ini. Sebagai seorang peguam beliau perlu melihat ketelusan dan keadilan dalam pembicaraan bukan mendendami  Anwar sebagai seorang musuh politiknya. Janganlah kerana mendendami Anwar,  prinsip keadilan yang beliau perjuangkan selama ini digadaikan. Begitulah sifat manusia yang munafik hidup tanpa keimanan
Baca selanjutnya di bawah ini ...
Percubaan Datuk Zaid Ibrahim untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat termasuk melepaskan dendamnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim  sehingga mengorbankan maruahnya sendiri menggambarkan kejahilan beliau.

“Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke
tahap serendah Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia) dan GAPS
(Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) dalam meneruskan dendamnya
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN,
Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media kepada Keadilan
Daily.com.
Menurut Nik Nazmi, campur tangan Zaid yang juga bekas Menteri Undang-
undang dalam perbicaraan Fitnah II berhubung permohonan pihak pendakwa
yang mahu DNA Anwar diserahkan kepada mahkamah membuktikan beliau mudah lupa dengan prinsip keadilan walaupun pernah bersama KEADILAN dalam tempoh singkat.

Fitnah II: Gapet Anjur Demo Sokong Anwar, Lawan Gaps

Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet) akan mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada Anwar dalam menghadapi kes Fitnah II.
Perhimpunan aman tersebut dijangka berlangsung di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada hari Isnin 21 Mac, 2011.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan menolak bukti yang diperoleh secara muslihat dan tipu helah dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa,(gambar atas) sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily.com berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai isyarat jelas dari rakyat bahawa Anwar mendapat sokongan padu segenap rakyat dalam menghadapi fitnah tersebut.

“Kita dengan tegas mahu mereka tahu bahawa Anwar bukan sahaja tidak perlu memberikan sampel DNA-nya kepada mahkamah tetapi kes itu juga perlu digugurkan dengan segera,” kata Fariz.
Menurutnya lagi, berdasarkan risikan yang diterima Gapet, NGO perkauman Melayu iaitu Gabungan Anti

Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pekida dijangka turun berdemo untuk menimbulkan huru-hara pada masa dan tempat yang sama.

Oleh itu, Fariz berharap ahli KEADILAN dapat hadir seramai yang mungkin bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar pada hari Isnin depan.-K/Daily

 Orang Cina Di Kelantan Faham, Kelantan Haram Premis judi


DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.
”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Thursday, March 17, 2011

A Doctor In The House- Didakwa 'Didalangi' Penulis Hantu

Apa yang ditulis  Mahathir menerusi buku "A Doctor in the House" dengan fakta yang bercelaru itu bertujuan untuk melonjakkan karier politik anak nya, Mukhriz selain mengipas isu-isu basi yang banyak dengan cerita-cerita dongeng berkaitan dengan Anwar yang penuh penipuan adalah bermotifkan politik untuk kepentingan diri sendiri. Dendamnya terhadap Anwar mungkin sampai ke lubang kubur ..
Baca selanjutnya di bawah ini..
Pendedahan berani Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi buku "A Doctor In The House", disyaki 'didalangi' penulis hantu untuk menjayakan agenda politik tertentu, kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Aziz, memoir dengan fakta yang bercelaru itu bertujuan untuk melonjakkan karier politik anak Mahathir, Mukhriz selain mengipas isu-isu basi yang tidakbertepatan dengan cerita asal, adalah bermotifkan politik.

"Apa yang dikatakan sebagai memoir ini ada satu pembohongan dan saya syak bahawa ada penulis upahan atau penulis hantu yang menulis buku ini, kerana perkara-perkara yang disebut tidak betul.

"(Mahathir) cuba menyelamatkan Umno dalam keadaan yang getir sekarang, secara tidak langsung melonjakkan karier politik anak beliau, jadi penulisan buku ini dan di dalam blog beliau sengaja dibuat untuk mengipas isu-isu basi supaya rakyat tertumpu kepada isu-isu ini," kata Aziz.

Wednesday, March 16, 2011

Umno-BN 'Cabul' Sistem Perlembagaan Negara- Anwar Ibrahim

Dengan memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Ahmed Sukarno bahawa "Perlembagaan suatu yang murni namun yang murni itu bisa dilacurkan"

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan senario itu tidak ubah seperti di Malaysia apabila sistem Perlembagaan negera 'dicabul' kerajaan Umno-BN.

"Perlembagaan itu suatu yang murni, Sukarno pernah menyebut sesuatu yang murni itu bisa dilacur, kalau seseorang itu melacur, kita larang tetapi kalau ekonomi itu dilacurkan, mereka hanya berkata,"itu bisa pak...asalkan bayar"," ujar Anwar ketika berucap pada wacana Ekonomi di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Wacana Ekonomi di Shah Alam, hari ini.

Ujar Anwar, Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini harus dipatuhi dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan tertentu.

Ummi Hafilda Takkan Buat Sesuatu Tanpa Dibayar – Baginda

Seorang perempuan sundal yang unggul ...
Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut Malaysiakini, Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.
Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Laporan itu menyebut, beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar

Pendakwaan Malang Anwar Ibrahim

Pembicaraan yang berlandaskan politik
Kerajaan Malaysialah sebenarnya pihak yang kalah dalam suatu perbicaraan yang bersifat parodi.
Bahkan setiap seseorang rakyat Malaysia yang sudah lali dengan selok-belok skandal seks luar tabii, Mohamed Saiful Bukhairy Azlan mungkin telah memberikan makna baru kepada ungkapan “go f**k yourself.”

Saiful, 25, tahun bekas pembantu kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim, adalah saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan marathon sodomi Anwar. Dr Seah Lay Hong, seorang ahli kimia dan saksi pendakwaan, telah dipaksa oleh peguambela semasa berada di kandang saksi pada penghujung Februari lalu untuk mengakui bahawa DNA yang ditemui di bahagian dubur Saiful boleh berasal dari 10 orang yang berbeza - termasuk dirinya sendiri.

Saiful telah melaksanakan satu tugas yang cukup bagus untuk kerajaannya, negaranya dan juga Anwar. Hal ini kerana kes ini telah menjadi sesuatu yang mengaibkan, membawa kembali kenangan kes liwat Anwar yang pertama tahun 1998, yang mendapat perhatian umum dicap sebagai parodi oleh pertubuhan antarabangsa hak asasi manusia. Kesilapan yang dibuat terhadap bukti DNA yang sepatutnya konklusif dalam perbicaraan yang telah lama berjalan ini telah menimbulkan pertanyaan apakah bukti-bukti tersebut boleh bertahan di sebuah mahkamah undang-undang yang rasional. Testimoni yang lain pula menunjukkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, antara lain, mungkin telah memainkan peranan peribadi dalam membawa kes ini ke mahkamah.

Tuesday, March 15, 2011

Demonstrasi DNA Bukti Kes Liwat Bermotif Politik


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, demonstrasi yang didalangi Umno bagi menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA membuktikan bahawa isu liwat mempunyai kepentingan politik.

Katanya, isu tersebut sengaja ditimbulkan pihak tertentu berdepan pilihan raya umum akan datang.

“Demonstrasi itu jelas bahawa kes ini adalah kes politik yang diwujudkan bukan satu hakikat sebenar, tetapi agenda politik berdepan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.

Beliau mengulas demonstrasi yang disertai 50 orang yang mendakwa mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya baru-baru ini.

Mereka mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, bagi membantu kes liwat yang diadu bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes Anwar : Campur Tangan Politik Makin Jelas, Kata Karpal

Campur tangan politik dalam kes fitnah liwat 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah dengan cubaan pasukan pendakwaan memanipulasi peruntukan undang-undang untuk memaksa beliau memberikan sampel DNA - Peguambela Karpal Singh.
Baca selanjuta di bawah ini ..
Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden hari mendesak Hakim Zaibdin Mohamad Diah untuk mengarahkan Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA sungguhpun tidak ada undang-undang sedemikian, tambah Karpal.

Peguam veteran itu berkata Yusuf kini berusaha untuk "membina" semula kes terhadap Anwar menerusi ujian DNA setelah Pegawai Penyiasat Jude Pereira mengesahkan beliau memberi keterangan yang bercanggah dan mencurigakan.
"Memang kes ini dipolitikkan. Malah tidak syak lagi DPP (Yusof) telah digunakan dan dieksploitasi oleh ahli politik. Dia juga turut mahu tutup kes selepas pegawai penyiasat (Jude) memberi keterangan.

"Dia mengajukan perkara itu kepada mahkamah. Kami terkejut apabila dia kembali dan mahu membuat dua permohonan. Jadi sudah tentu ada seseorang yang wujud di tengah untuk bertujuan politik. Kes ini dieksploitasi oleh ahli politik," jelasnya.

Pakatan Rakyat Lancar Kempen DNA ‘Datuk-Najib-Altantuya’


Pakatan Rakyat akan menggerakkan kempen yang dinamai ‘DNA Najib-Altantuya’ sebagai reaksi terhadap tohmahan pimpinan dan media kawalan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu sampel DNA.

“KEADILAN akan menggerakkan kempen bertema ‘DNA Najib-Altantuya’. Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini

Bercakap pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.
“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, demonstrasi yang diadakan ahli Umno BN menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai suatu tindakan politik yang pincang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...