Kalau tidak kerana pembangkang yang menyuarakan suara rakyat ini, rakyat tidak akan dapat tahu kehilangan dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dari berbagai-bagai bentuk projek, seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang yang menelan RM12.5 bilion serta pembaziran dalam projek-projek lain contohnya MRT dan Empangan Bakun.
Kehilangan wang rakyat berbillion ini melambangkan Barisan Nasional tidak telus mentadbir negara. Hanya pentingkan projek dan tender untuk dapatkan komisyen biarpun projek-projek itu tidak begitu penting untuk rakyat. Asalkan aku dan kroni aku kaya raya ..
Kerajaan BN semakin 'tidak senang duduk' kerana Pakatan Rakyat konsisten berperanan sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran negara, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).
Beliau berkata, selagi bergelar pembangkang, Pakatan Rakyat akan terus mengkritik segala kesilapan yang dilakukan BN demi mewujudkan negara maju yang mengutamakan kebajikan rakyat.
"Selagi kami menjadi pembangkang, kami akan terus membawa matlamat menyemak dan menyeimbangan kerajaan.
"Segala kesilapan kerajaan sama ada dari sudut dasar atau pelaksanaan kami akan terus mengkritik dan kadang kala mengecam. Oleh sebab itu mereka (BN) berasa panas, rimas dan lemas," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam
