Wednesday, July 14, 2010

Najib Yang Kini Tidak Dapat Tidur Lena.


Oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim
Baru-baru ini saya mendengar khabar angin bahawa Datuk Seri Najib Razak, seorang individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak dapat tidur lena. Adalah amat tidak adil terhadap dirinya jika kita menganggap Najib mampu tidur lena seperti bayi. Ini kerana pertamanya, beliau bukannya seorang bayi. 
Kedua, saya diberitahu Najib kini berasa amat bimbang. Saya pun akan berasa begitu jika berada dalam keadaan seperti beliau. Agak memeranjatkan jika Najib mampu tidur langsung.
Najib seorang yang amat resah ketika ini. Apa tidaknya dengan segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya, umpamanya menjadi kaitan kepada kes pembunuhan yang berlegar disekitar beliau. 
Saya pun akan merasa begitu juga. Saya berasa kasihan terhadap beliau kerana walaupun memegang tampuk kekuasaan, ada sahaja warga Malaysia samada di dalam atau luar negara yang tidak menghargai jasa baik serta budinya dan tidak mahu meninggalkan beliau dalam aman. 
Kenapa mereka amat nekad untuk menelanjangkan peribadi sebenar Najib dan mendedahkan segala apa yang mereka percayai sebagai kejahatan Najib?
Raja Petra Kamarudin, blogger tersohor Malaysia  kini bergabung tenaga dengan orang kuat KEADILAN dan peguam terkemuka, Datuk Zaid Ibrahim untuk menumbangkan pengaruh dan kedudukan Najib. Tidak cukup dengan itu sejumlah warga Malaysia yang berhemah juga turut mendesak Najib untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka. 
Sebagai warga Malaysia yang taat, mereka berhak untuk mengharapkan, walaupun sedikit, kebenaran dari Perdana Menteri mereka.
Setakat ini mereka telah dikecewakan kerana walaupun dengan kewujudan bukti kukuh, ditambah pula dengan akuan bersumpah Bala, Najib dan Rosmah terus menerus membisu seribu bahasa dan menonjolkan adegan mereka teraniaya.
Zaid menuduh Najib takutkan RPK dan Bala kerana apa yang mereka tidak tahu tentang pembunuhan Altantuya sebenarnya tidak langsung bernilai. Maka adakah sesuatu yang mengejutkan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyoal Bala di London? Ya, kita melihat sedikit drama yang dimainkan oleh SPRM untuk mengaburi mata masyarakat dunia yang memerhati. 
Dengan menggunakan beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal, SPRM mempastikan kebenaran tidak akan terbongkar. Bagaimana SPRM boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat jika inilah alasan terbaik mampu mereka rekacipta?  Dan untuk PDRM, tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita katakan
Seolah-olah siapa yang menyimpul perumpamaan Inggeris yang berbunyi, 'sesiapapun boleh terlepas selepas membunuh' nampaknya memikirkan mengenai Malaysia memasa menciptanya. Tindakan Khairy Jamaluddin mendakwa pihak polis lembab mengambil tindakan terhadap RPK cukup untuk memnggutakan lagi teori konspirasi saya. Adalah jelas bahawa Khairy dan Najib sememangnya menunjukkan sikap permusuhan yang nyat terhadap RPK. 
Ditambah pula dengan apa yang Bala tahu mengenai pembunuhan Altantuya sudah cukup untuk menamatkan riwayat politik Najib sementara Khairy pula seorang yang dalam keadaan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita politiknya. Saya harap dia tahu apa yang beliau sedang lakukan, demi kebaikan dirinya sendiri.
Jadi sekarang apakah pilihan yang ada pada Najib?  Walau pun pilihan yang bakal dibuat pahit dan sukar ditelan, Najib tidak punyai jalan lain kecuali menyerahkan nasib kepada penelitian dan siasatan rapi pihak berkuasa bagi membersihkan namanya. Bersandarkan kepada keyakinan bahawa kebenaran akan akhirnya terbongkar, mungkin beliau ada sedikit peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. 
Kalaulah caranya begitu, beliau bukan sahaja akan disayangi dan dihormati oleh warga Malaysia tetapi dalam proses itu akan menguatkan lagi tuntutan moral dan etika untuk memimpin negara. Adakah Najib memiliki kekuatan dan integriti karakter sebegitu untuk mempertahankan namanya dan maruah beliau dalam mahkamah? 
Saya harap atas nama kebaikan sejagat Perdana Menteri kita memiliki kekuatan moral untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan mengenai nasibnya. - S.K

Tuesday, July 13, 2010

Anwar agen CIA: Umno makin gila, kata PKR

Li Fook Gao

 Para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketawa besar dengan usaha terkini mengaitkan penasihat partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan agensi perisik Amerika Syarikat, Central Intelligence Agency (CIA) melalui tulisan blogger yang jarang dikenali umum.

"Pemimpin Umno dan media menuduh Anwar sebagai agen Amerika dan Yahudi, tetapi juga memetik tulisan bahawa CIA dan Mossad ingin membunuhnya. Mereka sudah gila," kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali melalui laman perhubungan komuniti, Twitter.

Mingguan Malaysia, telah menyiarkan satu berita mengenai seorang blogger dari New York, bernama "Elaine Meinel Supkis" yang tidak dikenali umum yang menuduh Anwar adalah "agen CIA" di dalam sebuah tulisan yang dipaparkan di blognya.

Walaupun suratkhabar tersebut menggambarkan blogger itu sebagai "seorang yang menonjol", namun tiada sebarang maklumat tambahan yang dapat diperolehi daripada siasatan Harakahdaily pada beberapa enjin carian mengenai nama penulis mahupun blog miliknya.

Namun begitu, perkara tersebut tidak menghalang para pemimpin Umno melengahkan masa untuk mengutuk Anwar berdasarkan laporan tersebut, dengan Rais Yatim, salah seorang ahli Majlis Tertinggi parti itu, menyatakan kepercayaan beliau terhadap blogger tersebut kerana beliau yakin blogger tersebut telahpun melakukan siasatan yang secukupnya sebelum menulis artikel tersebut.

"Diharapkan penulis blog berkenaan mempunyai asas-asas yang menyokong dakwaan tersebut, tetapi saya percaya apa yang diterbitkan itu tentulah sudah disiasat oleh penulisnya dan bukan hanya tulisan kosong," kata Rais yang memuji blogger tersebut.

Manakala, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pula enggan mempercayai sebarang hujah mengenai keakraban Anwar dengan CIA, tetapi beliau memberikan amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Anwar, sekiranya terbukti, Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara.

"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar," katanya kepada wartawan.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR dan ahli parlimen Batu, Tian Chua tidak menolak kemungkinan bahawa ada satu perancangan oleh kerajaan untuk menahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA.

Tian Chua berkata Perdana Menteri Najib Razak seharusnya mengetahui perkara tersebut dengan lebih baik daripada mempercayai kebodohan Utusan dengan kempen fitnahnya.

"Utusan-Umno semakin bodoh. Siapa-siapa, minta tolong hantarkan kepada Najib Razak, seorang propagandis yang lebih cerdas. Bukan ke kontrak APCO telah dipanjangkan?" seloroh beliau sambil merujuk kepada perunding imej Najib, APCO Worldwide yang telah dikritik keras baru-baru ini atas pertalian erat syarikat tersebut dengan para pemimpin Israel.- harakahdaily

Monday, July 12, 2010

Umno mimpi perpaduan selepas hilang majoriti

M Faqih

KOTA BHARU, 11 Julai: Mengapa pemimpin Umno baru sekarang beriya-iya benar mengharap perpaduan dengan PAS, sedangkan sebelum Mac 2008 perkara itu tidak pernah berbangkit.

Malah ketika itu tidak timbul langsung soal perpaduan Melayu seperti cuba diketengahkan hari ini.

Merungkai persoalan tersebut, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Umno baru bermimpi untuk berpadu dengan PAS selepas mereka kehilangan kuasa dua pertiga pada pilihan raya umum lalu.

“Sedangkan sebelum ini Umno tidak memerlukan PAS. Jadi kita hendak tanya perpaduan yang dihulur sekarang ikhlas atau tidak.

”Kalau beriya-iya benar hendak perpaduan mengapa dalam masa yang sama kerajaan pusat menafikan hak rakyat Kelantan ke atas royalti petroleum.

”Mengapa perlu diwujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri ini. Begitu juga pengerusi Majlis Keselamatan Negeri di negeri Pakatan tidak diketuai Menteri Besar,” katanya pada Wacana Perdana di Balai Islam malam tadi.

Wacana tersebut mengetengahkan dua pemimpin muda Umno iaitu Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Malaysia, Effandi Yusof dan exco pergerakan itu, Lokman Nor Adam.

Selain itu bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, manakala Prof Madya Dr Muhamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.

Wacana tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan negeri.

Dr Mujahid berkata, kalau benar perpaduan Melayu diharapkan pemimpin Umno tentunya mereka tidak menyinsihkan Kelantan kerana bilangan penduduk Melayu lebih 95 peratus.

”Namun berdasar kepada apa yang berlaku sekarang di mana diskriminasi terhadap Kelantan berterusan jadi kita tidak nampak perpaduan yang disebut pemimpin Umno sebagai ikhlas,” katanya. Hujah itu mendapat sokongan orang ramai yang hadir.

Wacana tersebut seringkali terganggu apabila orang ramai tidak dapat menahan emosi terhadap banyak hujah yang diutarakan Effandi dan Lokman.

Malah kedua-dua panel Umno tersebut diperlekehkan penonton apabila cuba membawa mesej perpaduan dengan PAS.

Lokman agak emosi apabila banyak kali mencelah ketika Dr Mujahid sedang membentangkan hujahnya.

Effendi juga ditegur Dr Asri apabila cuba menghurai maksud ayat al Quran yang agak terkeluar dari konteksnya.

Dr Mujahid yang juga anggota parlimen Parit berkata, perpaduan dalam Islam bukan sekadar melibatkan satu bangsa sahaja, malah ia merangkumi semua kaum.

Effandi selepas itu menjelaskan pendiriannya seperti pemimpin-pemimpin Umno lain iaitu Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Bagaimanapun penjelasannya itu tidak diterima penonton sehingga ramai yang menjerit-jerit. Suasana menjadi benar-benar hangat.

”Perpaduan adalah tuntutan Islam. Kalau perpaduan di antara Umno dan PAS menjadi kenyataan, Umno tidak ada masalah hendak sokong draf hudud apabila dibentang di parlimen.

”Tetapi sekarang PAS sukar hendak melaksanakan Islam kerana kelihatan seperti takut kepada DAP dan Keadilan,” kata Effandi.

Menjawab isu tersebut Dr Mujahid mempersoal mengapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada kerajaan Kelantan selepas meluluskan enakmen hudud pada 1993.

Memperjelaskan kekeliruan dalam isu perpaduan Dr Asri berkata, perpaduan hanya boleh berlaku apabila Islam menjadi prasyarat.

Kata beliau sekiranya hanya diperjuangkan bangsa Melayu dalam lanskap politik di negara ini, bagaimana pula kaum-kaum lain.

”Macam mana kita hendak ajak orang Cina dan India mendekati Islam, sedangkan orang Melayu hanya memperjuangkan bangsa sendiri seperti dilaungkan pemimpin Umno sekarang,” katanya.

Menjawab soalan moderator mengapa beliau tidak menyertai Umno bersama 40 ulama muda baru-baru ini katanya, buat masa ini tidak ada cita-cita untuk menyertai parti itu.

”Saya sahkan tidak akan masuk Umno buat masa sekarang. Cukup dengan pemimpin yang ada dalam Umno. Saya pun tidak pernah kata mahu masuk Umno.

”Kalau ada orang sebut saya hendak masuk kena tanya orang itulah kerana saya tidak ada cita-cita begitu,” kata Dr Asri.

Sebelum ini riuh rendah diperkatakan bekas Mufti Perlis itu disebut-sebut akan bersama-sama 40 ulama muda menyertai Umno- harakahdaily

Zahrain Pengkhianat Yang Tidak Bermaruah


Surat Terbuka Americk Sidhu Kepada Zahrain Hashim
Zahrain,
Pertama sekali, cuba fahami beberapa fakta yang akan dibincangkan.
Anda dipilih sebagai Ahli Parlimen oleh majoriti pengundi di kawasan pengundian anda yang bersetuju dan menyokong manifesto parti yang anda wakili pada masa itu. 
Ini bermakna majoriti pengundi di kawasan parlimen anda mengundi untuk parti pembangkang bagi mewakili mereka, dan jelas mereka tidak mahu Barisan Nasional mewakili mereka.
Itulah intipati yang sebenar dan bukan susah sangat untuk memahaminya, dan saya harap anda dapat terus bersabar mendengar penjelasan saya.
Tetapi sebaliknya, anda telah mengkhianati kepercayaan para pengundi yang memenangkan anda dengan meninggalkan kesemua prinsip yang anda dokong dahulu dan mengalih sokongan anda kepada BN. 
Anda lakukan demikian tanpa meminta izin daripada pengundi yang mengundi anda di kawasan anda. Alasan bahawa anda adalah ahli parlimen bebas yang menyokong BN tidak menjustifikasikan kenyataan bahawa anda telah meninggalkan pengundi yang memilih untuk mewakili mereka, dengan mengabaikan keperluan dan aspirasi mereka ke arah sebuah bangsa dan masa hadapan yang lebih baik.
Biar saya beritahu anda apa seorang yang bermaruah sepatutnya lakukan dalam keadaan ini. Seorang individu yang mempunyai maruah sudah tentu akan mengosongkan kerusinya dan meminta pengundi kawasannya untuk memutuskan siapa patut mewakili mereka, walaupun individu itu telah mengkhianati pengundinya.
Anda tidak berbuat demikian, jadi pada pandangan saya, anda seorang yang tidak bermaruah. Anda kini hanya seorang ahli parlimen dengan alasan palsu. 
Pada hakikatnya, anda langsung tidak harus menduduki kerusi di Parlimen kerana Ahli Parlimen patutnya mereka yang berintegriti dan mempunyai kehormatan diri, selain menjadi wakil sah yang dipilih oleh majoriti pengundi di kawasannya.

Sunday, July 11, 2010

Najid Gantung Permit "Suara Keadilan", Takut Anwar Jadi PM.


 Perdana Menteri kini dalam keadaan ketakutan apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu mengambil alih kepimpinan negara pada bila-bila masa sehingga terpaksa mengambil keputusan menggantung penerbitan Suara Keadilan bagi menyekat lebih banyak pembongkaran skandal dan penyelewengan di buat.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Najib tidak mempunyai apa-apa pilihan kecuali "membunuh" satu-satunya saluran rasmi parti untuk menyampaikan maklumat kepada ahli dan rakyat.
"Najib sudah sampai tahap cukup takut dan gerun berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar sudah cukup bersedia untuk menerajui negara pada bila-bila masa.
"Sebab itu, Najib tidak ada pilihan dan apa yang beliau nampak adalah dengan cara membunuh rangkaian tersebut dengan tujuan untuk menyekat pergerakan Ketua Umum KEADILAN berbagai tuduhan dan fitnah seperti liwat, pengkhianat bangsa dan tidak cukup setakat itu, Suara Keadilan pun mereka mahu haramkan," kata Abdullah Sani kepada Suara Keadilan
Sehubungan tindakan Najib mengumumkan Felda akan meneruskan niat menyaman RM200 juta terhadap lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan amat mengejutkan yang mencerminkan seolah-olah tidak ada 'second liner' yang bercakap bagi pihak kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Abdullah Sani berkata apabila kenyataan sedemikian dibuat oleh seorang pemimpin yang bertaraf Perdana Menteri mengambarkan beliau tidak mempunyai kelas sebagai seorang pemimpin tinggi negara sehingga terpaksa mencampuri isu ini.
Ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka dan perasmian Maktab Rendah Sains Mara di Felda Trolak 7 Julai lalu, Najib berkata Felda akan tetap menyaman akhbar itu ekoran laporan bertajuk "Felda Bankrap" dalam keluaran 237, 22-29 Jun lalu.
"Ini menunjukkan bahawa Najib sudah ketandusan idea dan ada niat jahat terhadap Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN."Tindakan beliau ini tidak mencerminkan beliau sebagai pemimpin tertinggi di dalam negara, sebagai Perdana Menteri beliau tidak sepatutnya bercakap demikian.
"Isu Felda ini sepatutnya dibahaskan di Parlimen kerana dalam kandungan artikel 'Felda Bankrap' di dalam akhbar KEADILAN itu menyebut Felda akan bankrap bermakna pemimpin Umno-BN takut dengan bayang-bayang mereka sendiri kerana kuasa pembeli yang mahu membaca Suara Keadilan," kata Abdullah Sani.
Tambah Abdullah Sani, akhbar parti itu diikuti oleh generasi muda dan digeruni oleh pihak lawan dan cara yang paling senang adalah dengan membunuh terus Suara Keadilan supaya pimpinan Umno-BN yang mengelumang dengan pelbagai skandal dan rasuah boleh terus bermaharajalela.
Katanya lagi, KEADILAN akan terus menerbitkan lidah rasmi parti itu kerana dengan cara itu parti boleh menyampaikan terus informasi kepada rakyat- SK

Tuan Guru Nik Aziz - Semua Penyokong PR Agar Memulau Akhbar Arus Perdana.


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat memulau akhbar arus perdana yang menyokong Umno-Barisan Nasional secara besar-besaran kerana tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bersifat berat sebelah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan dan Harakah.
"Harapan saya agar Harakah dan Suara Keadilan disambung permit pengeluarannya, jika kedua-duanya selaku lidah rasmi parti-parti di dalam Pakatan rakyat tidak disambung permit.
"Saya mencadangkan agar arahan rasmi dikeluarkan kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat agar memulakan boikot dan pemulauan secara besar-besaran terhadap semua media massa pro Barisan Nasional," kata Nik Aziz melalui laman web sosialnya 'facebook' semalam. 
Sebelum itu KDN telah mengambil tindakan mengantung permit penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan berhubungan dengan aktikel 'Felda Bankrap' selain ketidak puashatian terhadap jawapan surat tunjuk sebab yang telah diberikan oleh Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib.
Pembongkaran yang dilakukan terhadap penyelewengan di dalam Felda itu sebenarnya sebagai tanda keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap agensi tersebut yang banyak membantu golongan peneroka sejak awal penubuhannya. 
Pembongkaran yang diharapkan agar Felda mengambil tindakan segera memperbetulkan pentadbirannya agar tidak terus dipergunakan oleh pemimpin Umno demi politik mereka. 
Disebabkan Felda yang merupakan tali hayat Umno dalam politik mereka maka arahan telah diberikan kepada KDN agar permit terbitan Suara Keadilan tidak dilanjutkan, selain melakukan pemantauan terbitan terhadap akhbar terbabit.
Selain tindakan kepada Suara Keadilan, akhbar rasmi PAS, Harakah juga diberi surat tunjuk sebab dengan alasan akhbar terbabit gagal menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar.-S.K

Saturday, July 10, 2010

Benar separuh tapi Raja Petra dipercayai, mengapa?

Oleh : Dr. G. Manimaran

Sejak gerakan reformasi bermula 12 tahun lalu Raja Petra Kamarudin bukan satu personaliti yang asing dalam arena politik tempatan. Dengan pembabitannya, anggota kerabat diraja Selangor ini sudah pun dikenali sebahagian besar rakyat negara ini ketika itu.

Ketika itu, yang mengenali beliau sebahagiannya berada dalam lingkungan pendukung gerakan reformasi. Oleh itu “popularity” Raja Petra terhad di kalangan mereka.

Populariti Raja Petra meningkat sedikit selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) buat kali pertama pada April 2001 bersama 11 yang lain. Ketika itu namanya sudah mula muncul dalam akhbar-akhbar perdana negara ini.

Raja Petra terus mencipta nama menerusi tulisan-tulisan bahasa Inggeris.

Beberapa minggu sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat yang pertama, Raja Petra memulakan portal Malaysia Today dan menjadi perhatian apabila menyiarkan satu tulisan “panas” — meramalkan Anwar akan dibebaskan, kandungannya memihak ketua umum Pakatan Rakyat itu, yang merayu keputusan mahkamah terdahulu.

Sekali lagi penulisannya menjadi perhatian pada penghujung tahun 2005 — kali ini mengenai Khairy Jamaluddin, yang kini merupakan Ketua Pemuda Umno. Ketika tulisan itu dihasilkan Khairy merupakan orang kuat Pejabat Perdana Menteri atau tingkat empat Putrajaya.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengikutnya melancarkan serangan hebat terhadap pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2006 sehingga selepas pilihan raya umum ke-12, Raja Petra menjadikan Malaysia Today platform untuk melancarkan serangan-serangan itu.

Laman web itu juga pernah menyiarkan secara langsung ceramah Dr Mahathir yang mengecam keras Abdullah dan Khairy.

Raja Petra terus menyiarkan tulisan-tulisan yang mencuri perhatian dan fokus ramai.

Dua hari sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-12, Raja Petra sekali lagi menjadi perhatian apabila mengeluarkan pendapat bahawa lima negeri diterajui Barisan Nasional (BN) akan jatuh pada 8 Mac 2008. Bukan semua negeri yang disenaraikan menepati jangkaan, tetapi “kedudukan” mereka diganti oleh dua negeri yang lain. Bermakna hamper 60 peratus maklumat terbitan Raja Petra tepat.

Tulisan itu bukan yang terakhir dihasilkan menerusi Malaysia Today. Beliau terus menulis sehingga kini.

Memandangkan tulisannya yang pedas, keras, menyakitkan dan menyinggung sesetengah pihak, Raja Petra berhadapan dengan “hukuman” secara langsung dan tidak langsung sejak itu. Portal telah digodam beberapa kali, tetapi ia terus muncul dengan artikel-artikel yang diminati kumpulan sasarannya.

Raja Petra ditahan di bawah ISA sekali lagi pada 2008.

Banyak pihak yang menjadi sasaran tulisan beliau. Pemimpin-pemimpin politik utama dikecam, dibidas dan dikritik Raja Petra — mereka termasuklah Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir, Abdullah dan juga Anwar sendiri walaupun awalnya Raja Perta didakwa menyokong kuat bekas timbalan perdana menteri.

Raja Petra pernah melabelkan Anwar tidak layak memimpin selepas pelan 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan. Tulisan ini menyebabkan pengikut Anwar kecewa dengan Raja Petra.

Ini realiti dunia! Semua orang mahukan penulisan yang cantik dan model! Raja Petra tidak terkecuali daripada reaksi balas.

Raja Petra pernah menulis awal tahun lalu. Oleh kerana tidak disukai ramai khususnya dalam lingkungan kerabat diraja, maka akan berada dalam buangan sementara waktu sebagaimana pernah disaksikan satu ketika dulu.

Realiti dialami Raja Petra ini berterusan sehingga ke hari ini. Isnin lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan hanya separuh daripada kandungan rencana tulisan Raja Petra adalah berdasarkan fakta manakala selebihnya sengaja ditokok tambah.

Menurut Mukhriz, Raja Petra mengakui perkara itu dalam satu perjumpaan mereka beberapa tahun lepas.

“Saya tanya dari mana anda dapat fakta berkenaan dan berkata secara selamba bahawa rencana tulisannya hanya mengandungi 40 peratus fakta dan selebihnya beliau tokok tambah,” kata Mukhriz, anak Dr Mahathir.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah tahun lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri melalui portal berita Malaysia Today.

Pandangan Mukhriz itu mengekori kenyataan Najib sehari sebelum itu bahawa rakyat tidak wajar menerima bulat-bulat apa saja dakwaan dibuat Raja Petra.

“Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik... jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya,” katanya.

Raja Petra menjawab dari London. Sekiranya kewibawaan beliau dipertikaikan bagaimana dengan maklumat media perdana dikuasai dan dimiliki parti-parti politik macam Umno-BN.

Mengambil kira pandangan Mukhriz bahawa apa yang diperkatakan dan dilaporkan Raja Petra hanya separuh sahaja yang benar, tetapi dalam realiti semasa maklumat-maklumat yang disajikan beliau nampaknya sudah cukup untuk khalayak yang mahukan perkembangan dan maklumat semasa.

Perkembangan negara sepanjang satu dekad lalu banyak berkisar kepada senario politik. Kumpulan yang meminati politik secara langsung sebahagian besar merupakan golongan yang berpendidikan tinggi dan mempunyai akses luas kepada kemudahan ICT.

Golongan berpendidikan ini merupakan mereka mempunyai akses kepada kemudahan ICT untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan bebaskan. Malah, golongan ini juga merupakan mereka yang sudah mengetepikan maklumat yang disampaikan oleh media arus perdana tradisional.

Malah golongan ini juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan keputusan pilihan raya umum lalu.

Mengapa mereka mengetepikan sumber maklumat yang menjadi harapan mereka selama ini? Mengapa mereka membuat pilihan baru?

Selain penulis sendiri yang perlu menentukan maklumat yang disandarkan itu benar-benar berwibawa, satu lagi pihak yang menentukan aspek kewibawaan ialah khalayak mereka sendiri.

Setiap individu harus mempunyai keupayaan untuk menentukan sahih atau tidak maklumat-maklumat diterima sebelum mereka membuat penilaian dan kemudian membentuk persepsi mereka.

Dalam dunia maklumat semasa, kita seringkali mengakui bahawa rakyat khususnya pengundi sebenarnya bijak dalam membuat keputusan. Tidak siapa yang boleh memaksa seseorang menerima maklumat disampaikan oleh seseorang.

Khalayak akan mencari sumber lain sekiranya sumber semasa sudah tidak lagi kredibel, tidak boleh dipercayai dan tidak meyakinkan minda mereka.

Raja Petra berada dalam kedudukan ini. Ini kerana sebahagian besar tulisannya gagal dibalas dengan empirikal kecuali Raja Petra dikritik semata-mata.

Mengapa ramai khususnya generasi muda tertarik dengan tulisannya dan mengapa mereka terus mempercayainya?

Sama ada disukai atau tidak, penulisan Raja Petra diikuti sebahagian besar mereka yang meminati politik tanah air — tidak kisah mereka ini penyokong BN ataupun Pakatan Rakyat. Blog Malaysia Today menjadi “hidangan” sebahagian besar pengunjung blog-blog domestik.

Komen dan kritikan terhadap Raja Petra juga meletakkan beliau sebagai seorang penulis yang masih relevan walaupun kita berkeras bahawa hanya hampir separuh daripada maklumatnya benar dan sahih. Raja Petra juga mendapat publisiti percuma sejak sedekad lalu sehingga seolah-olah dijadikan ikon politik tanah air sejak kebelakangan ini. Bermakna walaupun separuh sahaja fakta tulisan beliau betul, tetapi nampaknya tulisan Raja Petra terus diterima pengundi sebagai bahan alternatif.

Ini realiti persepsi politik yang tidak boleh dinafikan. Selagi pihak-pihak yang menjadi sasaran penulis blog ini gagal membalas tulisan Raja Petra dengan fakta dan jawapan yang meyakinkan, selagi itu Raja Petra akan terus menjadi idaman pengikut maklumat dan media alternatif.






TheMalaysianInsider

Friday, July 9, 2010

Mungkin Harakah Pula Akan digantung?

Tanda-tanda Umno-Barisan Nasional semakin terdesak berikutan pembonkaran skandal dan penyelewengan dana awam oleh Pakatan Rakyat semakin ketara, apabila timbul desas desus organ rasmi PAS, Harakah juga bakal menerima nasib yang sama dengan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya mulai i Julai lalu.
Pendekatan yang sama digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri apabila mendesak penjelasan berhubung penghantaran lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.
Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya memberitahu beliau tidak pernah diberi apa-apa surat termasuk surat tunjuk sebab oleh KDN sewaktu pertemuan dengan pihak kementerian Isnin lalu.
"Surat (tunjuk sebab) pun tidak ada, hendak jawap macam mana?" soal Taufek kembali ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengabaikan arahan kementerian itu.
KDN hari ini dilaporkan memberi tempoh tujuh hari mulai kelmarin kepada Harakah bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan, termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.
Menurutnya, agenda pertemuan itu hanya berkisar kepada perbincangan biasa berhubung isu yang dilapor Harakah dan beberapa ingatan dari KDN agar pihak akhbar itu berhati-hati dalam melaporkan isu yang dianggap sensitif.
"Isu surat tunjuk sebab dan permit penerbitan Harakah tidak pernah timbul dalam perbincangan tersebut. Saya tidak pernah menerima apa-apa surat dari KDN untuk tunjuk sebab.
"Saya hadir hanya memenuhi jemputan untuk berbincang dengan KDN.
"Dalam pertemuan itu, Harakah diminta "lebih berhati-hati' terutama ketika melaporkan "isu-isu sensitif" seperti isu lesen judi sukan, isu Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) dan isu Jemaah Islamiah," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam yang mendakwa Harakah telah diberi surat tunjuk sebab berhubung beberapa isu termasuk kegagalan mengahantar lapan salinan kepada KDN setiap kali dicetak.
Menurut Mahmood, kegagalan membuat penjelasan dalam tempoh tujuh hari bermula kelmarin akan membawa masalah kepada pembaharuan permit penerbitan akhbar itu.
Turut hadir ialah Datuk Zaitun Ab Samad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran.-S.K

Thursday, July 8, 2010

Kebebasan Media, Malaysia Tak Layak Menduduki Kerusi PBB.


Pada hakikatnya Malaysia tidak layak menduduki kerusi majlis hak asasi manusia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana sentiasa memperlekehkan serta mengekang hak kebebasan media di negara ini.
Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff (gambar) berkata realiti dasar kerajaan Umno-Barisan Nasional terhadap isu hak kebebesan bersuara dan media boleh dilihat secara jelas dalam isu pengantungan permit penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan amaran Kementerian Dalam Negeri kepada akhbar Harakah milik PAS.
"Mana mungkin Malaysia boleh berdiri sebagai ahli di kerusi hak asasi manusia di bawah PBB di mana di rumahnya sendiri dibebani dengan isu yang tidak mengambarkan hak asasi manusia.
"Kerajaan Umno-Barisan Nasional perlu menunjukkan sikap yang berbeza di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana sejak 50 tahun sebelum ini menunjukkan sikap anti demokrasi.
"Kalau di bawah pimpinan Najib masih lagi menunjukkan sikap yang sama, Malaysia tidak layak duduk di kerusi hak asasi manusia,"  katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Tambah Yusmadi, isu kebebasan media penting terutama dalam kerangka model ekonomi baru yang diwar-warkan oleh Najib kerana negara maju hanya akan datang melabur di negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan dan jika kerajaan gagal merealisasikan dasar ini yang rugi adalah rakyat Malaysia.
Katanya lagi, apa yang ditakuti oleh pimpinan Umno-BN adalah kerana kepentingan mereka tergugat kerana jika kebebasan media benar-benar dilaksanakan, rakyatlah sebenarnya yang mendapatkan keuntungan.- S.K

Sunday, July 4, 2010

Campur Tangan Politik menyebabkan FELDA Musnah.


Pendedahan mengenai kepincangan dalam Felda yang dimuatkan oleh Suara keadilan banyak berpaksi kepada kenyataan bekas  Timbalan Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong.(gambar)
Antara lain beliau ditugaskan untuk bertanggungjawab atas isu-isu Felda yang dibangkitkan di Parlimen. Justeru beliau mempunyai banyak contoh mengenai campur tangan politik dalam urusan Felda dan salah urus wang perbadanan itu.
Seperti yang kita maklum rizab tunai Felda susut dari 4.08 billion ringgit pada tahun 2005 kepada 1.35 billion ringgit, penurunan lebih 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Salah satu isu yang dikaitkan dengan salah guna wang Felda ialah pembinaan bangunan baru Felda yang menelan belanja 622 juta ringgit.
Dalam wawancara dengan TV Selangor,  Datuk Dr Tan menjelaskan latar belakang di sebalik keputusan Felda membina ibu pejabat baru di segi tiga emas Kuala Lumpur. Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dan adalah contoh terbaik campurtangan Umno dalam urusan Felda.  
“Sebelum Najib ambil alih, Felda adalah merupakan satu organisasi yang sangat kuat. Selepas Najib ambil alih tanggungjawap Felda, itu mulanya hancur semua aspek Felda," tegas Dr Tan.
“Pada masa sekarang pun, pentadbiran di dalam Felda itu tiada masalah. Apa masalah besarnya ialah pemimpin kuat Umno campur tangan sebab itu Felda sudah jadi masalah besar lain," tambah beliau.
Bekas Menteri BN ini memberi contoh bagaimana campurtangan politik mempengaruhi projek pembinaan bangunan baru yang mencecah RM220 juta.
“Satu contoh lagi kita difahamkan pada 2006, Felda ada satu cadangan membina satu bangunan sendiri di atas tanah sendiri di kawasan jalan Semarak sebeleh Felda ada banyak rizab tanah di Jalan Felda. Pada masa itu, pelan asal sudah lulus untuk merobohkan satu bangunan lama untuk membina satu bangunan baru 21 tingkat guna wang RM220 juta dan juga pada masa itu sebelum Najib campur tangan sendiri itu kontrak untuk merobohkan bangunan lama sudah dipanggil. Itu makna bila awak dipanggil, pelan merancang sudah dipanggil DBKL," kata Tan.
"Dan juga pada masa itu, Perdana Menteri, Pak Lah sudah bagi satu tarik untuk sambut pada masa itu dan selepas itu, Najib buat satu menyuarat khas di pejabat beliau di Putrajaya. Pada masa itu, dia hanya panggil dua orang, Allahyarham Tan Sri, Pengerusi Naza TTDI dan Datuk Baki. Mesyuarat ini kalau betul-betul rasmi dan telus tidak dimaklumkan kepada Pengerusi Felda dan kepada Ketua Pengarah Felda," jelas beliau.
"Bila pengerusi Felda pada pagi itu dengar berita, Pengerusi dan Ketua Pengarah Felda dengar berita, beliau dan empat pegawai dari Felda masuk kereta cepat-cepat pergi Putrajaya dengan harapan untuk kekalkan pelan lama dan ada menyelamatkan Felda, tapi itu sudah lewat. Sekarang sudah ada pelan baru dimasukkan ke kawasan KLCC di mana kos tanah termahal di seluruh Malaysia," tambahnya lagi.-S.K.

Saturday, July 3, 2010

Lim Kit Siang - Pengantungan Permit "Suara Keadilan" Satu Tindakan Pilih Kasih.


Pergantungan permit penerbitan Suara Keadilan perlu dibatalkan segera kerana ia akan menggambarkan keihklasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan pentadbiran terbuka dan sistem yang lebih toleran serta bertanggungjawab.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap organ rasmi KEADILAN itu sebagai satu tindakan pilih kasih sedangkan akhbar seperti Suara Perkasa yang bersifat menghasut dan berbaur perkauman dibenarkan penerbitannya.
Beliau merujuk kepada penerbitan Suara Perkasa beberapa hari lepas dengan tajuk muka hadapannya meminta kerajaan mengambil tindakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) terhadap Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap Suara Keadilan merupakan satu kemenangan kepada kumpulan pelampau perkauman seperti Perkasa yang diterajui oleh pemimpinnya, Datuk Ibrahim Ali.
Katanya, penggantungan permit Suara Keadilan bercanggah dengan jaminan perdana menteri kononnya untuk mewujudkan pentadbiran telus dan terbuka, sedangkan penerbitan bersifat perkauman dan menghasut seperti Suara Perkasa dibiarkan edarannya secara meluas.
"Pergantungan permit organ KEADILAN,  Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlu dibuat secara munasabah kerana ia bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri untuk mewujudkan satu sistem yang lebih terbuka, toleran, telus dan bertanggungjawab dalam pentadbirannya," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.
Tegasnya, memandangkan Felda telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan, adalah tidak wajar bagi pihak KDN meneruskan intimidasinya terhadap akhbar itu kerana perkara itu telah di bawa ke mahkamah.
"Satu daripada isu yang digunakan untuk menjustifikasi penggantungan Suara Keadilan ialah laporannya mengenai status kewangan Felda. 
"Bagaimanapun, oleh kerana Felda telah memulakan saman RM200 juta dan tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan mengenai laporan itu, ia tidak sepatutnya menjadi asas untuk mana-mana tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata Kit Siang lagi. - sk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...