Friday, March 19, 2010

AMK CABAR BERDEPAN DENGAN ZAHRAIN

Oleh Muhammad Faizal Zakaria
KUALA LUMPUR 18 Mac - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Zahrain terhadap Ketua Umum KEADILAN semalam sesuatu yang cukup biadap dan ia mengambarkan sikap dan peribadinya yang sebenar."Pendedahan ini bagi saya sangat kurang ajar dan cukup biadap, saya mencabar Zahrain bagi membuktikan skrip yang dikemukakan itu adalah darinya sendiri. Apa yang saya tahu skrip tersebut disediakan oleh Umno, apa yang kita tahu sebelum ini beliau tidak pernah mengeluarkan alasan tersebut."Tuduhan yang dikemukakan oleh beliau itu adalah bukan satu tuduhan atas dasar atau polisi, tuduhannya adalah rekaan cerita yang dibuat bagi menuduh kita berlaku zalim kepada rakyat. Kita memang bersungguh untuk mengambil alih negara pada 16 September dalam membela hak rakyat."Kita lihat sebelum 16 September Barisan Nasional telah mengambil tindakan dengan meyerang kita dengan melempar segala fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Suara Keadilan.Shamsul menyifat BN telah menggunakan tindakkan yang tidak demokratik dengan mengambil tindakan menahan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN takut untuk mengambil tindakan keluar parti."Saya tegaskan disini kita tidak pernah mendengar maklumat yang dikatakan Zahrain dan inilah kali pertama mendengar daripada di dalam Parlimen dan saya percaya teks ini telah disediakan oleh BN untuk menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin lain."Bagi saya ini bukan perkara yang remeh dan Zahrain menggunakan Parlimen dalam menaikkan profilnya. Saya sekali lagi mencabar Zahrain berdepan dengan AMK agar membuktikan apa yang beliau katakan itu betul bersama bukti-bukti yang ada," tegasnya lagiBeliau menjelaskan rakyat boleh menilai tindakan Zahrain yang keluar parti lebih-lebih lagi pengundinya di Bayan Baru yang tahu masalah sebenar beliau hadapi dan juga skandal berkenaan syarikat RM2 bagi tender Bukit Jambul Country Club. -kerabubersuara.blogspot

Wednesday, March 17, 2010

MUSA LIABILITI KEPADA NAJIB,PERLU LETAK JAWATAN


Tan Sri Musa Hassan akan digantikan sebaik sahaja kontrak beliau sebagai Ketua Polis Negara tamat September depan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata proses peralihan telahpun bermula.
"Saya tahu siapa yang akan menggantikan KPN. Saya juga tahu siapa yang akan menggantikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Saya juga tahu siapa yang akan menggantikan siapa, maka dengan itu tidak perlulah kita berspekulasi," kata Hishammuddin di Parlimen 15 Mac lalu.
Sabtu lepas, Musa terpaksa menafikan laporan akhbar China Press yang mendakwa beliau meletak jawatan.
Tindakan berkenaan menguatkan spekulasi terdapat usaha terancang menyingkirkan beliau sebagai Ketua Polis Negara.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata perkara itu berlaku kerana kegagalan Musa dalam membanteras kadar jenayah yang semakin tinggi dan hubungkait Musa yang dikatakan terlibat dalam kegiatan jenayah serta kongsi gelap.
"Saya percaya adanya usaha daripada pihak kerajaan supaya beliau dipecat daripada tugasnya sebagai Ketua Polis Negara dan perkara ini dikuatkan dengan pendedahan serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya baru-baru ini yang menemui sejumlah besar wang. Sehingga sekarang perkara ini tidak dinafikan Musa," ujarnya.
Kata Shamsul penafian itu merupakan strategi Musa untuk kekal berkuasa sebagai KPN supaya segala perlakuan rasuah dan jenayah yang dilakukan selama ini tidak diketahui umum.
Perkara itu dikuatkan lagi dengan pembebasan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen daripada dakwaan tiga kes gagal mengisytiharkan harta miliknya.
Beliau dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 saham Permaju Industries Berhad dan hartanah pejabat bernilai RM1,032,840.
Hakim M Gunalan memutuskan pendakwa raya telah gagal dalam membuktikan kes prima facie terhadap Ramli apabila dituduh dan digantung perkhidmatan pada 2007.
Ramli, 58, yang juga pegawai ketiga tertinggi dalam hirarki Polis Di Raja Malaysia sebelum ini mengaitkan Musa dalam kegiatan jenayah dan kongsi gelap.
Pada 2007 Ramli mendakwa beliau dan pegawainya menjadi mangsa konspirasi setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat kongsi gelap dan kegiatan bawah tanah membabitkan ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku yang turut dikaitkan dengan Musa.
Menurut Shamsul bukan satu kebetulan apabila Musa menafikan beliau meletakkan jawatan, sehari selepas Ramli Yusuf dibebaskan daripada tuduhan tersebut.
Dalam perkembangan yang sama, dilaporkan Ramli akan melapor diri untuk bertugas dalam masa terdekat. - SK

MEMORANDUM GEGAR RAKYAT MENUNTUT ROYALTI

KENYATAAN MEDIA GEGAR HIMPUNAN 10 000 RAKYAT MENYAMBUT KEBERANGKATANDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONGDAN PERSEMBAHAN MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT ROYALTI Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin sekali menegaskan bahawa matlamat utama GEGAR ialah mendapatkan hak bayaran tunai atau royalti kepada kerajaan dan rakyat negeri berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.
Sehingga matlamat ini tercapai, GEGAR akan terus menganjurkan berbagai kempen dan usaha bagi menyemarakkan dan menggerakkan sokongan padu rakyat.
Sehubungan ini, GEGAR telah merangka berberapa siri penerangan. Terdekat, GEGAR akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.
Dan, dua hari selepas itu, pada 20 Mac, GEGAR akan mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatn baginda DYMM ke Terengganu. Persembahan ini dijangka pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. GEGAR menyeru rakyat Terengganu dan Kelantan hadir ke acara-acara ini.
KONVOI RAKYAT KELANTAN PERSEMBAHKAN MEMORANDUM KEPADA YDPA
Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, YAB Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac 2010.
Rakyat Kelantan dijemput menyertai konvoi ini dengan mengibarkan bendera negeri Kelantan dan berpakaian baju berwarna merah sempena warna bendera negeri Kelantan.
Kibaran bendera Kelantan ini juga bersempena menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang dan bagi menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menjangkakan lebih 10 000 rakyat akan bersama dalam program ini.
Sementara itu, GEGAR mengingatkan rakyat bahawa pada bulan Mac ini genaplah 10 tahun Negeri Terengganu dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat.
GEGAR dengan ini menegaskan lagi bahawa royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada undang-undang, fakta dan sejarah dan kerajaan Persekutuan mesti menghentikan ketidakadilan ini.
Sebaliknya, kezaliman kini telah dilanjutkan pula kepada rakyat dan Negeri Kelantan dengan menafikan bayaran royalti dengan beralasan Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969. Walhal, ordinan ini telah dimansuhkan. Akta Ordinan Darurat 1969 ini tiada kena mengena dengan tanggungjawab PETRONAS untuk membayar kepada negeri.
Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang boleh diguna pakai kerana Seksyen 13 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 telah pun memansuhkan Ordinan Darurat 1969 seperti Perkara 13 dalam Akta 216 : Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979:
13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan.
Penafian hak negeri ini membuktikan semangat federalisme yang dimeterai sejak kemerdekaan negara telah dinodai oleh Kerajaan Persekutuan walhal dalam amalan federalisme, negeri mempunyai hak mentadbir urus hal-hal yang di bawah bidang kuasa negeri. Melalui hak dan perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.
GEGAR percaya usaha menuntut hak rakyat ini akan terus berkobar bukan sahaja dari GEGAR tetapi dari seluruh rakyat sepertimana sokongan yang telah dibuktikan melalui Himpunan 100,000 Rakyat Menuntut Royalti pada 28 Januari 2010 lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.
GEGAR akan terus komited dalam perjuangan murni ini bersama rakyat jelata menuntut hak royalti.
“ROYALTI HAK RAKYAT”
Terima kasih.
Dr Abdul Halim Bin YusofMohamad Fauzi Bin Abu SamahPengerusi Bersama, Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

Sumber; jiwo kelate

Tuesday, March 16, 2010

KUASA RAKYAT MENGATASI KUASA UMNO-BN


Jika kita mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk menentang kezaliman Umno-Bn yang suka buat draf dan perancangan yang menyusahkan rakyat Umno -Bn akan fikir dua kali untuk meneruskannya. Dalam laporan Malaysiakini- Dilema Najib: Cukai atau hilang undi menyatakan;Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.
Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.Baca lagi di sini.Sudah banyak ketidakadilan BN terhadap rakyat dilakukan sehingga rakyat yang bencikan kezaliman BN turun dijalanraya seperti demo Bersih, Gerakan Mansuhkan Isa,demo harga minyak, demo Bahasa Melayu tetapi kerajaan hanya memekakkan telinga dan ramai pejuang-pejuang rakyat telah ditangkap dan disumbat kedalam lokap dan penjara.Kita rakyat mempunyai kuasa untuk mengajar BN bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak betul dengan kuasa undi yang ada pada kita dalam pilihanraya. Umno-Bn sedar semua itu kerana rakyat semakin bijak membuat keputusan dalam pilihanraya.BN tidak lagi boleh mendabik dada bahawa apa saja yang mereka buat akan diterima rakyat bulat-bulat.Segala masalah ekonomi yang dihadapi negara tidak boleh dihalakan kepada rakyat untuk menanggungnya kerana segala masalah berpunca daripada pemerintah bukan kita.Orang miskin dan hidup melarat sekalipun mampu jatuhkan kuasa Umno-Bn jika mereka ada kesedaran politik yang tinggi jika pandai memakan umpan yang diberi tetapi tidak memakan mata kail yang hendak menelannya . - Misai merah.

Monday, March 15, 2010

LEBIH BAIK LOMPAT DARIPADA KEKAL JADI BARAH


Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekali lagi adalah lebih baik kehilangan Ahli Parlimen atau Exco daripada mengekalkan anggota yang bermasalah dan seterusnya merosakkan masa depan parti.
"Kalau kita nampak Exco goyang macam di Kedah, Exco itu daripada KEADILAN, saya minta Datuk Seri Azizan (Menteri Besar) panggil dia dan bagi amaran. Keluar fail hari ini, panggil dia tunjuk fail minggu depan dia lompat, lebih baik lompat daripada kekal menjadi barah dalam parti kita. Jadi kita tahu sebab apa dia lompat sebab dia ada kes.
"Saya minta maaf sebab ada calun-calun kita yang macam itu tapi Azizah (Presiden KEADILAN) kata ini adalah pembersihan," kata Anwar merujuk kepada langkah beberapa bekas Ahli Parlimen KEADILAN yang lompat parti menjadi anggota Bebas termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh.
Berucap kepada lebih 8,000 penyokong yang hadir pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat di kampung Air Tawar di Mersing, Johor malam tadi, Anwar mengaitkan dengan keadaan politik negara masa kini dengan pelajaran hijrah yang di bawa oleh Rasulullah SAW.
Kata Ketuam Pembangkang itu masyarakat Islam yang pertama diwujudkan di Madinah oleh Rasulullah SAW dianggap sebagai "ecumenical community par excellence" oleh sarjana Islam, Allahyarham Dr Ismail Faruqi iaitu komuniti Islam yang bertaut kepada tauhid serta mengamalkan ajaran serta nilai Islam sebenar dalam kehidupan mereka..
"Ini bermakna Rasulullah telah mewujudkan masyarakat Islam yang bertaut kepada tauhid bukannya hanya bercakap mengenai Islam tapi kaut kekayaaan berbilion ringgit, cakap pasal Islam tapi rasuah, berarak dan bersalawat ke atas Nabi SAW tapi melakukan kezaliman, mengaibkan orang dan sebagainya. Islam apakah ini?
"Sebab itu pelajaran daripada hijrah Nabi SAW ialah apabila kita hendak memilih pemimpin mestilah pemimpin yang mempunyai akhlak yang baik," tekan Anwar.
Tambah Anwar dalam menyampaikan dakwah serta menyedarkan masyarakat mestilah dituruti dengan amal soleh.
"Kalau tidak orang berarak kita berarak, orang faham kita tidak faham, tahap kemaksiatan masih banyak, kita bicara pasal Islam tapi rasuah masih banyak, kita berbicara pasal Islam tapi kita tindas rakyat sendiri, kita bercakap pasal Islam tapi kita kumpul kekayaan untuk diri dan keluarga kita.
"Islam itu hebat tetapi ketinggiannya di mana - pada bicaranya atau amalan? Kita minta pemimpin DAP umpamanya supaya hormat kepada orang Melayu dan Islam tetapi hormatnya di mana - kerana kita ada kuasa, kerana kita ini Melayu dan ini negeri kita ataupun kerana akhlak dan kekuatan moral kita?" tegas Anwar lagi.
Sambil mengambil iktibar daripada sejarah Hijrah Anwar berkata Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia dengan berpaksikan kepada "uswatun hassanah" iaitu kekuatan aqidah dan keperibadian baginda.
"Baginda tidak membezakan antara yang di bawah dan yang di atas, hukum itu hukum yang satu, salah bagi menteri salah bagi rakyat, curi salah bagi orang besar salah juga bagi orang biasa, rasuah RM50 yang diambil oleh polis salah, RM500 juta yang diambil oleh menteri pun salah. Itulah yang dikatakan kekuatan "uswatun hassanah".
"Hijrah atau pindah ini adalah satu perjuangan dan perjuangan itu tidak sama dengan ungkapan, tidak sama dengan keindahan melakar kata yang memerlukan pengorbanan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Mengambil pengajaran daripada sejarah kehidupan pahlawan Islam berbangsa Kurdish, Salahuddin al Ayubi, Anwar berkata pemimpin Islam ini juga menyambut peristiwa Hijrah tetapi dengan tujuan menanamkan roh perjuangan bukan untuk berseronok-seronok.
"Roh perjuangan itu kemudiannya dikumpulkan sebagai kekuatan Islam raksaksa dan beliau dapat tawan semula Baitul Muqaddis dalam peperangan dengan King Richard "The Lion Hearted". Apa pengajarannya, kita kena pilih pemimpin yang akhlaknya baik yang tidak guna kekayaan, tidak guna kuasa merampok kekayaan dalam negeri.
"Katakan 2004 saya bebas dan bincang dengan Azizah "sudahlah abang ni pun dah tua, dah masuk penjara, kita pencen dahlah kita pi sokonglah Pak Lah Badawi pemimpin yang terulung di dunia, Najib dan Rosmah pasangan yang cukup indah gemilai", saya sekarang bukan Datuk Seri Anwar tapi Tun Anwar Ibrahim yang dipuji dan dipuja," kata beliau secara sinis.
Anwar berkata walaupun beliau terpaksa merengkok dalam penjara selama enam tahun tetapi keadaan negara tidak berubah malah bertambah buruk.
"Dengan kudrat yang Tuhan bagi saya teruskan perjuangan sebab saya tengok banyak kepincangan, enam tahun saya dalam penjara dasar ekonomi lebih baik, dak jugak, rasuah kurang, dak jugak, tetapi apabila saya keluar penjara saya lawan tetap lawan!
"Apa yang telah menjadikan budaya kita yang jadi lesu, takut, lemah dan hancur?
Anwar menyeru rakyat Malaysia supaya segera menyertai Pakatan Rakyat sebagai ahli dan juga pengundi demi memikul tanggungjawab besar bagi membuat mengubah dan membaiki segala kepincangan dan penyelewengan di bawah pentadbiran Umno-BN. - (SK)

Sunday, March 14, 2010

DIANTARA ALI DAN BABA - ZAID IBRAHIM



Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan. Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.
Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja. Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya. Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.
Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan. Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.Baca lagi di sini

Thursday, March 11, 2010

ZULKIFLY NORDIN DIPECAT BUKAN PRINSIP PERIBADI- ANWAR

Pemecatan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifly Nordin daripada Parti Keadilan Rakyat dibuat atas dasar prinsip kepelbagaian kaum yang didokong Pakatan Rakyat dan bukannya "political expediency" atau keputusan politik yang berkepentingan kepada KEADILAN.

Dalam komen pertama beliau berhubung dengan pemecatan Zulkifly yang dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan semalam, Ketua Umun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya keputusan itu dibuat atas dasar kepentingan KEADILAN, sudah tentu ia tidak akan dilakukan.


" Saya tahu apabila kita (KEADILAN) pecat Zul, Parti kita akan kurang Ahli Parlimen berbanding DAP, itu saya tahu, tetapi KEADILAN ambil keputusan tersebut kerana prinsip dan idealisma Pakatan Rakyat yang kita pegang.

"Jadi, apa yang kita lakukan bukanlah isu peribadi tetapi atas dasar prinsip," kata Anwar ketika berucap di hadapan lebih 3,000 penyokong pada majlis makan malam anjuran DAP Kepong. Turut hadir, Exco Kanan Kelantan Datuk Husam Musa, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parliment Kepong selaku tuan rumah Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Rsah Anthony Loke.

Tegas Ketua Pembangkang lagi, jika mana-mana pemimpin tidak sanggup menyokong landasan perjuangan gagasan itu, pemimpin tersebut harus meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dua tiga Ahli Parlimen lompat, 20,000 ahli baru akan sokong Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu disambut tepukan gemuruh penyokong yang kebanyakannya daripada masyarakat Cina.

Zulkifly, 46, dipecat sebulat suara semalam ekoran tindakan beliau membuat laporan polis terhadap rakan Pakatan Rakyat daripada PAS, Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau juga didapati melanggar disiplin parti apabila muncul pada sebuah rancangan di stesen televisyen milik UMNO serta membuat kenyataan yang menjejaskan imej dan nama baik KEADILAN. - SK.

Wednesday, March 10, 2010

MUFTI HARUSSANI JADI EJEN UMNO - NIK AZIZ


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menyebut namanya secara terbuka di kyalayak ramai tanpa mengesahkan terlebih dulu apa yang didakwa itu benar atau tidak.
"Jika menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka, biarlah ada tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan.
"Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika," katanya.
Beliau berkata, samada benar atau tidak kenyataan Harussani yang menyebut beliau datang kerumahnya itu biarlah dinilai sendiri oleh rakyat kerana baginya perkara itu hanya melibatkan mereka berdua.
"Yang menjadi persoalan ialah tidakkah itu satu keterlibatan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didukung oleh UMNO, sebuah parti yang menyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur?
"Dalam bahasa mudahnya, politik dan agama diasingkan. Jika mufti sendiri sanggup turun menlaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.
"Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian beliau telah mengiktiraf pejuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas ucapan Harussani pada program dialog Zaaba, Perpaduan Melayu: cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) minggu lalu.
Harussani dilaporkan mendakwa keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya diperkenan Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.
Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya Harussani tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi 'ejen politik'.
Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular, itu bukan lagi al-mufti (yang memberi fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa)," katanya. -SH.











Tuesday, March 9, 2010

MUSNAHNYA DEMOKRASI - ZAID


Perdana Menteri, Datuk Seri Najid dinasihatkan agar berhenti membeli wakil rakyat Pakatan untuk kebaikan demokrasi dinegara ini. Desakan dan pandangan ini telah dijelaskan oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kini sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau berkata, apa yang terjadi di Kelantan pada zaman Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, Kelantan yang hanya tinggal satu kerusi diperintah PAS tetapi Abdullah ketika itu melarang dan tidak membenarkan dengan cara membeli Adun PAS disana untuk menumbangkan Kerajaan PAS dalam tahun 2004.

"Abdullah Kata, jangan buat dengan apa jua sekali pun untuk menyuruh wakil-wakil rakyat melompat kerana ianya tidak bermoral. Pilihan rayalah satu-satunya wakil dan pemimpin dipilih, kerana kita dipilih untuk memegang amanah pengundi. Seharusnya contoh dan tauladan ini lah yang patut dipatuhi.
"Kita harus menerima keputusan itu. Tidak ada gunanya negara kita negara demokrasi tetapi kita ikut cara lain untuk mendapatkan majoriti. Saya juga nak katakan dizaman Tun Ab Razak selepas terjadinya 13 Mei, dia buat darurat dan kemudiannya membubarkan Parlimen supaya pilihan raya diadakan bagi rakyat memilih semula kerajaan. Dalam masa tiga tahun Tun Razak bertindak dengan cara demokratik dan ini lah yang sepatutnya diikut oleh Perdana Menteri sekarang.

"Dalam isu lompat melompat ini, saya nak katakan mengapa ianya berlaku demikian dan kami dari Keadilan begitu yakin bahawa tindakan BN dan Perdana Menteri, Najid telah memberi berbagai-bagai insentif kapada Ahli-Ahli Parlimen ini. Beliau menyeru kapada PM agar berhenti segera agenda ini supaya memberi peluang kepada sistem demokrasi berperanan dengan cara terbaik. Sebagai PM, beliau tak boleh memikirkan keuntungan sementara untuk mendapatkan kerusi Parlimen, seharusnya beliau hendaklah mencari jalan terbaik demi masa depan demokrasi di Malaysia," katanya.

Zaid juga menasihatkan agar Najid melihat kepada kemorosotan ekonomi negara hari ini, dengan bermacam-macam rasuah, kronisme dan pembaziran, bukan hanya mengzalimi dan menghentam pembangkang dengan kekerasan.

Katanya, di Amerika dan Britain, Kerajaan yang memerintah tidak pernah ada yang memiliki 2/3 majoriti, ini kerana mereka membenarkan sebuah pembangkang yang kuat bagi proses 'Check and Balance'.

Namun segala yang berlaku dinegara ini, mereka masih menafikan wujudnya pembangkang yang kuat semakin boleh dilihat dengan episod permulaan kehancuran demokrasi di Perak selepas rampasan kuasa berlaku, katanya.

"Ini semua berlaku dengan melihat Perdana Menteri terlibat dan didakwa terbabit dengan mereka semua. Atur cara membeli wakil rakyat ini bertujuan bagi membolehkan UMNO-BN membuat pemebentangan Persempadanan Semula kawasan Pilihan Raya di Parlimen," katanya. UMN0-BN sangat takut dan merasakan cuma dengan 2/3 ini, mereka boleh lakukan apa saja untuk kekal berkuasa. Zaid menganggap ianya satu tindakan yang salah dan sangat negatif. Tindakan itu tidak menjejaskan sokongan rakyat malah semakin bertambah kepada Pakatan Rakyat. Malah beliau yakin , isu yang berlaku dalam Pakatan Rakyat terutama dalam keadilan ini sebenarnya adalah satu proses untuk kebaikan parti. Pada pilihan raya yang akan datang, rakyat akan menilaikan segala-galanya dan beliau yakin Pakatan Rakyat akan dapat kemenangan yg lebih besar.

Beliau juga mengakui bahawa Keadilan ada kelemehannya dan yakin pemilihan calun-calun dalam pilihan raya umun akan datang akan dibuat dengan penuh teliti.

Sunday, March 7, 2010

FENOMENA POLITIK PERAK 2



Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menjelaskan PKR kini berhadapan dengan fenomena politik 'perak 2', di mana beliau menganggap lebih ramai lagi Ahli Parlimennya akan keluar parti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, UMNO akan mengunakan segala apa cara sekali pun untuk membolehkan beberapa orang lagi Ahli Parlimen PKR keluar partinya untuk menyokong Barisan Nasional supaya BN mendapat dua pertiga kerusi di Parlimen.

"UMNO telah menyerang PKR dengan bermacam-macam tuduhan supaya dapat mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen untuk membolehkanya meminda Perlembagaan Persekutuan dan boleh ubah suai persempadan kawasan Parlimen dalam pilihan raya. Sekarang bukan ada "Sodomy 2" tetapi kita juga berhadapan dengan fenomena politik 'Perak2', dimana apa yang terjadi di Perak sudah pun bermula di pusat.

"Fenomena mengunakan wang, rasuah dan sogokan serta imbuhan yang ditawarkan pada Ahli-Ahli Parliman PKR agar berpaling tadah" katanya.

Menurutnya lagi, perkara ini bukanlah kenyataan untuk menutup kelemahan kepimpinan PKR malah ianya benar-benar berlaku. "Memang ada perkara-perkara tertentu terjadi dalam menguruskan parti yang perlu dibaiki. Walaupun beberapa Ahli Parlimen itu telah melompat tapi hakikatnya sokongan rakyat pada kita bertambah kuat. Inilah kekuatan kita yang sebenar dan perpaduan yang ikhlas dan kukuh", jelasnya diblognya myzaidibrahim.wordpress.com

Beliau juga merasa yakin setelah fenomena Ahli-Ahli Parlimen melompat parti selesai, PKR akan kembali seperti biasa dan menjadi lebih kuat dan kukuh.




Saturday, March 6, 2010

MELETAK KEPENTINGAN RAKYAT KELANTAN LEBIH DARIPADA KEPENTINGAN PARTI - KU LI



Tengku Razaleigh Hamzah menyalahkan beberapa pemimpin dahulu kerana menyebabkan empat negeri gagal mendapat hak menuntut royalti minyak.
Beliau mendakwa merekalah antara penyebab Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor tidak mendapat hak menuntut royalti lima peratus.
Tengku Razaleigh , antara pengasas Petronas berkata, beliau menyiapkan pelan bagi membentuk Akta Kemajuan Petroleum 1974.
"Wang berkenaan ( sepatutnya ) disalur terus ke dalam akaun kerajaan negeri dibawah satu dana, namun saya diarah menafikan hak mereka.
"Untuk itu saya menciptakan mekanisma baru supaya Kelantan dan Terengganu langsung tidak berhak menerima pembayaran", katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bekas Menteri Keuwangan itu juga mempersoalkan perbelanjaan 20 billion yang diberikan oleh petronas kepada kerajaan Terengganu dihabiskan dalam masa singkat.
"Sepatutnya wang berkenaan digunakan untuk membasmi kemiskinan dan saya kesal kerana ramai yang tidak dapat manfaat daripada wang berkenaan.
"Petronas membayar Rm6.2 billion dalam bentuk tunai pada 2009. Terengganu, Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat Rm2.9 billion dan Rm0.9 billion,"katanya.
Tengku Razaleigh menyelar salah seaorang naib Presiden UMNO yang mengarahkan ahlinya tidak membuat kenyataan mengenai isu royalti minyak.
"Pada hemah saya, dari hari ini dan seterusnya, arahan menutup mulut perlu dipatuhi. Menurutnya beliau tidak kisah sekiranya diarahkan supaya keluar daripada UMNO sebagaimana yang pernah dikakukan oleh Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Adul Rahman.
"Apa yang dilakukan oleh saya adalah meletak kepentingan rakyat Kelantan lebih daripada kepentingan parti (UMNO)."Katanya. - SH.

SOLAT HAJAT UNTUK AP YANG BELOT.



"Kita telah beri tempoh tujuh hari kepada Ahli Parlimen Bagan Serai letak jawatan. Jika tidak, kita akan buat solat hajat selama tujuh hari tujuh malam memohom kepada Allah supaya menghukum beliau kerana khianat dalam perjuangan" - Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Ustaz Ahmad Awang
Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Ahmad Awang telah memberi kata dua kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fazli Samsuri dan di beri masa tujuh hari untuk mengosongkan kerusi atau meletak jawatan. Jika tidak, beliau akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam memohon kepada Allah supaya Mohsin diberikan hukuman kerana mengkhianati rakyat yang memberi mandat kepada beliau.
Ustaz Ahmad Awang berkata, kita telah beri tempoh tujuh hari kepada Ahli Parlimen Bagan Serai untuk letak jawatan. Jika tidak, kita akan buat solat hajat tujuh hari tujuh malam, memohom kepada Allah supaya menghukum beliau kerana khianat dalam perjuanganya. Terpulanglah kepada Allah untuk menghukumnya
Hampir lebih kurang 600 penyokong PR Bagan Serai membuat protes di hadapan pusat khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai mendesak Mohsin meletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut kerana belot kepada amanah rakyat. Turut sama dalam memprotes itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas pegawai khas Mohsin, Ahmad Kamal Edon. Semalam Mohsin telah mengsitiharkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Alasan yang menyebabkan beliau keluar PKR kerana tidak bersetuju dengan pendirian partinya berhubung dengan isu kalimah Allah.
Program solat hajat ini bukanlah dianjurkan oleh Pas negeri tapi dibuat oleh beliau sendiri kerana beliaulah yang memilih Mohsin sebagai calon kawasan tersebut. Kini Mohsin telah mungkiri janji-janjinya dan mengkhianati perjuangan parti.
Solat hajat ini akan disertai oleh 1,000 penuntut dari sekolah agama yang diasaskan oleh Ahmad Awang di Perak dan selebihnya akan disertai oleh pengundi-pengundi dan penyokong Pas dikawasan berkenaan.

Wednesday, March 3, 2010

SAYA PERNAH DISEKSA - AZMIN ALI



Machang- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah mendedahkan beliau pernah ditahan oleh polis pada 16 sept 1998 dan telah diugut supaya mengaku pernah diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dalam ceramahnya di Machang baru-baru ini, "Pegawai polis meminta saya supaya menandatangani surat mengatakan saya pernah diliwat dan pihak polis mengugut saya supaya menurut kehendak mereka. Jika tidak, saya akan ditahan dibawah ISA selama 20 tahun." katanya.
Katanya lagi, beliau tidak sanggup mengikut kehendak mereka sehingga beliau diseksa dan didera. Ketika dalam tahanan, dua lagi kenalan rapat Anwar ia itu Dr Munawar dan Sukma juga ditahan dan diminta membuat pengakuan yang sama bagi menjatuhkan imej Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri. Selepas itu katanya, beliau telah dibebaskan Mahkamah Tinggi kerana didapati penahanannya dilakukan secara tidak sah. Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan beliau, secara tidak langsung ditukar ketempat lain, kata beliau dalam ceramahnya dihadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi padang Majlis Daerah Machang malam khamis lalu.
Menurut kata Azmin lagi, tuduhan kedua dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar dipercayai mempunyai agenda-agenda yang serupa pernah dikenakan terhadapnya 10 tahun yang lalu. Agenda yang kedua ini pula telah membabitkan seorang bekas pembantu Anwar. " Segala yang Umno lakukan sekarang untuk mengulangi semula peristiwa yang pernah Hitler dan Lenin lakukan terhadap musuh-musuh politiknya dengan dakwaan seks. Fitnah seks yang dilakukan secara berleluasa pemimpin-pemimpin Jerman hanyalah untuk memastikan kebangkitan musuh politik mereka terhapus."Katanya.
Ketika itu, tiga daripada doktor pakar Hospital Kuala Lumpur telah memberi penjelasan pemeriksaan terhadap pengadu kes liwat bahawa dinding duburnya didapati normal, kemutan normal dan tiada pendarahan dan luka. Hadhir sama dalam ceramah itu, ialah Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Pakatan Perak serta pemimpin-pemimpin Pas Kelantan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail yang juga sebagai Ali Parlimen Machang berkata, beliau akan mengedar sejuta risalah kapada orang ramai untuk menjelaskan fitnah agenda kedua terhadap Anwar. Risalah itu yang merupakan dakwaan liwat yang cukup meragukan untuk menghalang Pakatan Rakyat dan Anwar Ke Putrajaya. "Biar pun Dr pakar daripada Hospital Besar Kuala lumpur dan Dr Osman Ab Hamid dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) menjelaskan tiada bukti klinikal pengadu telah diliwat, tetapi pendakwaan kepada Anwar tetap diteruskan. "Anehnya pendakwaan itu diteruskan juga."Katanya.
Bagi pandangan penulis, kes liwat terhadap Dato' Seri Anwar adalah fitnah dan direka hanyalah untuk menghalang Anwar dari merajui poitik negara. Jika insan yang bernama Anwar berada di pentas politik, selagi itulah, mereka akan sekat Anwar dengan berbagai-bagai helah dan cara supaya karier politik Anwar berakhir. Dengan kata lain, mereka akan menciptakan satu isu untuk menyekat Anwar supaya boleh didakwa dan dipenjarakan. Mereka akan gunakan Mahkamah dengan memilih hakim-hakim yang memihak kapadanya supaya menghukum Anwar. Itulah realitinya.

Saturday, February 27, 2010

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1431 - Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan.

Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifahnya di bumi ini. Seterus diberikan pula kesempatan untuk menyambut maulidur rasul bagi tahun 1431H pada kali ini.

Allah SWT mengutuskan para nabi dengan tujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepadanya. Para nabi tidak diutus semata-mata untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana menyelamatkan diri di akhirat kelak.

Di atas dasar itulah, para nabi termasuklah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah SWT.Lantaran itu, kebangkitan Rasulullah s.a.w tidak lain melainkan untuk memastikan umat manusia hidup di dalam dakapan hidayah berpaksikan kepada keimanan dan ketakwaan.

Sehubungan dengan itu, sambutan maulidur rasul tidak boleh hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata, ia tidak boleh terhenti setakat perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja.

Lebih jauh lagi, ia perlu diiringi dengan kehendak untuk mematuhi sunnah Rasulullah s.a.w.

Semangat Maulidur Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja, tetapi ia perlu hidup setiap hari dan sepanjang tahun.

Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat semata-mata dengan mengenepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah s.a.w ia itu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT.

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, di bawah dasar Membangun Bersama Islam, kami akan terus komited dengan usaha dan hasrat melaksanakan syariat Islam di dalam pentadbiran.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w yang juga seorang pemimpin akan dijadikan sebagai model ikutan yang terbaik di dalam mengurus tadbir negeri.

Itulah misi Kerajaan negeri Kelantan di dalam mentadbir amanah yang diberikan oleh rakyat dengan izin Allah SWT ini.

Semoga Allah memberikan kita ganjaran diatas segala amalan kebaikan yang kita lakukan. Salam Maulidur Rasul 1431H.

Membangun Bersama Islam.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursidul Am PAS / Menteri Besar Kelantan.


Tuesday, February 23, 2010

TOK PA TETAP PENGKHIANAT.



Menteri perdagangan Antara Bangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed telah menolak dakwaan parti pembangkang yang mengatakan beliau telah mengkhianati rakyat Kelantan.


Menurutnya , banyak peruntukan projek yang bernilai berjuta-juta ringgit telah dibawa keKelantan semenjak beliau menjadi Menteri Kabinet lebih 14 tahun yang lalu, walaupun kerajaan negeri diperintah oleh Pas membuktikan beliau bukanlah seperti yang didakwa sebagai pengkhianat.



"Sebagai rakyat Kelantan, beliau sanggup memberikan wang berjuta-juta bagi membuat pembangunan untok kepentingan keseluruhan rakyat Kelantan. Beliau merasai sedih dan dukacita diatas pengorbanannya tapi masih lagi dianggap pengkhianat kerana tidak menyokong kerajaan negeri diatas tuntutan royalti minyak.



Bagi pendapat penulis, Jika Tok Pa tidak pengkhianat, kenapa Tok Pa tidak bersama-sama rakyat Kelantan mendesak kerajaan pusat menyerahkan royalti, sedangkan Tok Pa tetap mempertahankan kerajaan pusat. Tok Pa telah membuat ceramah dan forum diKelantan hanyalah untok memesongkan fakta dan bukti tentang akta petroleum 1974. Banyak kenyataan-kenyataan Tok Pa mengelirukan rakyat Kelantan dimana wang royalti dijadikan wang ehsan. Tok Pa pulak beriya-iya untok memberikan wang ehsan kapada Kelantan sedangkan wang ehsan jika diberi pun, bukan kapada kerajaan yang memerintah tapi kapada Jabatan Pembangunan Persekutuan (jpp) melalui pemuda Umno. Jabatan Pembangunan Persekutuan (jpp) pulak bukanlah kerajaan yang sah tapi hanya wakil kapada kerajaan pusat yang bermastautin diKelantan untok kepentingan politik Umno.

Rakyat Kelantan bukannya bodoh, Tengku Razaleigh sudah jelaskan segala-galanya tentang Akta Petroleum 1974 kapada seluroh rakyat Kelantan. Dimana Ku Li sendiri telah menandatangani perjanjian dengan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir. Ku Li adalah diantara orang yg mengasaskan Petronas dan jugak Pengurusi kapada syarikat itu. Wang ehsan bukan royalti dan royalti bukan wang ehsan. Tok Pa bukanlah orang yang arif dalam pentafsiran undang-undang perjanjian ini . Tok Pa tidak berhak bercakap dan mentafsirkan undang mengikut lojik sendiri. Segala-galanya Tok Pa bercakap hanyalah untuk kepentingan dan periuk nasi Tok Pa sendiri. Tok Pa sanggup menjadi bodoh bukan kerana Tok Pa tak faham dan mengerti dengan royalti ini tapi sanggup jadi bodoh kerana untok menjagakan hati Najid.

Walaupun berjuta-juta wang dan projek yang Tok Pa beri kapada kerajaan Kelantan, itu adalah bantuan dan peruntukan wajib setiap dua kali setahun sebagai sebuah wilayah yang bernaung dalam Malaysia. Itu sudah menjadi tanggungjawab kapada kerajaan Pusat diatas pulangan balik wang kutipan cukai dalam sesebuah negeri diMalaysia. Setahu saya pun, wang peruntukan itu diperlambat-lambatkan dan sengaja untok menghukum rakyat Kelantan yang memilih Pas sebagai kerajaan. Jadi kesimpulannya, Tok Pa tetap menjadi pengkhianat dan saya lebih yakin dengan penjelasan Ku Li dalam fakta ini.
Tok Pa juga telah mengadakan ceramah-ceramah diKelantan dan membuat berbagai-bagai program untok menyanggah penjelasan Ku Li berkaitan Akta Petroleum 1974. Program pertama Tok Pa diadakan dihotel lima bintang di Kota Bharu untok memutarbelitkan fakta yang dinyatakan olih Ku Li. Program yang diadakan dihotel lima bintang itu juga dihadiri Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali .Manakala monderatornya, Pengarah Uitm cawangan Kelantan, Datuk Prof Dr Hussin Abdul Rahman. Kemudian program kedua Tok Pa adakan di Sekolah Zainab Kota Bharu yang membabitkan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Ch e Salleh, meski pun beliau bukan Menteri tapi Setiausaha Politik kapada Najid. Kemudian program seterusnya Tok Pa buat 19 Februari baru-baru ini di Pejabat Umno Kota Bharu yang dihadiri oleh Datuk Dr Awang Adek dan Datuk Ibrahim Ali. Segala-galanya Tok Pa lakukan hanyalah untuk memesongkan kenyataan Ku Li dan kepentingan politik Tok Pa. Banyak cerita-cerita donggeng Tok Pa dedahkan disitu, hanyalah untok membohongi rakyat Kelantan.
Tok Pa harus sedar bahawa Akta Petroleum sudah menjadi undang-undang dan perjanjian sudah pun ditandatangani. Tok Pa sepatutnya menerima hakikat ini dan tidak perlu berdolak dalih dengan menjaja isu royalti ke pelusuk negeri Kelantan. Sepatutnya Tok Pa, anak kelahiran Kelantan mesti bersama-sama dengan rakyat menuntut royalti biar pun perbezaan politik tapi demi kepentingan rakyat. Jika diambil kira kedegilan Tok Pa, jelaslah bahawa Tok Pa bolehlah di ketegorikan sebagai pengkhianat kapada rakyat Kelantan.



Monday, February 22, 2010

PEMIMPIN LOMPAT PARTI ADALAH PENGKHIANAT



"Pemimpin yang melompat parti adalah pengkhianat amanah rakyat. Jika mereka tidak amanah kapada seorang, mereka menanggung dosa seorang tetapi sekiranya tidak amanah kapada semua rakyat, mereka berdosa kapada semua rakyat yang memilih nya pada pilihan raya".- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pemimpin politik yang melompat parti adalah merupakan pengkhianat dan perlu minta maaf pada setiap pengundi dikawasan mereka kerana mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kapadanya pada pilihan raya. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz berkata sekiranya pemimpin yang dipilih rakyat tidak amanah, maka beliau telah melakukan satu dosa.
"Pemimpin tidak amanah kapada seorang, maka beliau menanggung dosa seorang tetapi sekiranya tidak amanah kapada semua rakyat, mereka berdosa kapada semua rakyat yang memilihnya. "Rakyat telah memberikan kita mandat dan kepercayaannya untok membuat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti yang lain, maknanya kita telah tolak hasrat rakyat atau pengundi. Jika pengundi itu 10,000, kita kena bertanggungjawab kapada 10,000 diakhirat kelak. Kata Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu baru-baru ini.
Bagaimana pun Tuan Guru Nik Aziz Berkata, pemimpin yang melompat dari parti lain untok menyertai Pas boleh dianggap sebagai kembali kapada matlamat asal perjuangan politik menurut islam. "Orang melayu kembali kapada Pas bermakna mereka kembali kapada asal kerana mereka rasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang memisahkan politik dengan agama". Katanya.
Bagi pandangan penulis, tindakan wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin yang melompat parti adalah jelas sebagai pengkhianat amanah dan mandat rakyat yang memilihnya pada pilihanraya. Tindakan wakil rakyat itu menimbulkan berbagai-bagai masaalah kapada parti mereka dalam politik. Rakyat yang memilih mereka juga merasa kesal dan marah kerana telah mengkhianati amanah mereka. Kadang-kadang rakyat yang memilih mereka bukan berdasarkan individu tapi berdasarkan lambang parti politik. Dengan apa cara bentuk alasan sekali pun rakyat tidak boleh menerima hakikat ini. Cara yang sebenarnya jika mereka tidak sehaluan dengan parti nya, mereka haruslah meletakan jawatan sebagai wakil rakyat dan memberi laluan kapada pilihan raya. Bukan dengan melompat kapada parti yang lain kerana pengundi memilih mereka bukan berdasarkan individu tapi berlandaskan lambang parti yang mereka sertai. Barulah dikira wakil rakyat yang menerima konsep demokrasi.
Penulis juga pernah mengundi, tapi penulis memilih lambang parti bukan memilih individu...

Monday, February 15, 2010

KERAJAAN PERAK - BIAR RAKYAT YANG TENTUKAN


Keputusan Mahkamah memilih Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah amat malang sekali. Seharusnya rakyat lebih berhak membuat keputusan samada memilih Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin atau pun Dato' Seri Zambry Abdul Kadir dengan membubarkan dewan undangan negeri serta menbuat pilihan raya kecil diperingkat negeri. Biarlah keputusannya adalah keputusan rakyat dan ini adalah jalan terbaik dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Siapa yang sebenarnya mendapat sokongan rakyat atau ditolak oleh rakyat.
Walaupun Zambry berjaya diputuskan sebagai Menteri Besar melalui Mahkamah, namun hakikatnya keputusan itu bukanlah memwakili rakyat negeri Perak. Jika kita buat andaian, Zambry dan Umno-BN sendiri tidak bersedia dan takut untok berdepan dengan rakyat melalui pilihan raya. Mereka sudah merasakan lemah dan tidak bermaya berhadapan dengan rakyat. Jika Umno-BN yakin mereka boleh memenangi pilihan raya, sudah tentu mereka membubarkan dewan undangan negeri. Dengan kata lain, Umno-BN tidak boleh berselindung disebalik Mahkamah buat selama-lamanya. Lambat laun mereka pasti juga akan bertemu rakyat dalam pilihanraya umun nanti.
Penulis tidak rasa terkejut atau hairan dengan keputusan Mahkamah menolak permohanan rayuan Nizar. Semenjak awal bicara lagi, keputusan Mahkamah berat sebelah dan double standard terhadap Nizar. Pembicaraan ini boleh di agak tidak akan memihak kapada Nizar. Walau bagaimana pun segala-galanya sudah berlalu, namun kita harapkan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia untok menghadapi piliha raya negeri Perak akan datang. Buatlah apa yang patut dengan bijaksana dan rasional dengan semangat perjuangan yang kental. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mestilah bersedia menangkis serangan-serangan properganda Umno-BN melalui tv dan media-media miliknya.
Bagi pandangan penulis, biarlah rakyat yang menentukan siapa yang lebih layak memegang jawatan Menteri Besar Perak samada Dato'Seri Nizar atau Dato'Seri Zambry. Cara yang terbaik, berikan mandat pada rakyat melalui jalan pilihan raya.

Wednesday, February 10, 2010

KU LI TIDAK TAKUT DI PECAT.

UMNO tidak akan memecat Tengku Razaleigh Hamzah atau pun mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Sebagai Ahli Parliment Gua Musang, Ku Li tidak pernah merasai takut atau gentar diatas desakkan setengah pihak dalam UMNO yang mahu beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menyampaikan ucapkan mengenai royalti minyak di Stadium Sultan Mohamad ke-4, Kota Bharu pada 28 januari yang lalu.

Tengku Razaleigh Hamzah atau lebeh dikenali sebagai Ku Li bagi rakyat Kelantan tetap dengan pendiriannya bahawa apa yang dikatakannya tidak menyalahi undang-undang, malah beliau berucap mengenai peruntukan Akta Petroleum 1974 dan dalam perjanjian yang dibuat Petronas dan Kerajaan Kelantan dengan restu kerajaan pusat ketika itu. Tindakan Ku Li yang menyokong Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak dan bukan wang ihsan berdasarkan undang-undang, bukan berdasarkan politik samada negeri itu ditadbir PAS atau UMNO. Akta itu menjelaskan hak negeri untok mendapatkan royalti sebanyak 5 peratus, di mana Ku Li juga merupakan orang yang pengasas sehingga wujudnya Petronas. Malah fakta itu diperkuatkan lagi dengan adanya perjanjian yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, antara Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang mewakili Petronas.

Tindakan Ku Li itu membangkitkan kemarahan setengah daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan pelbagai persoalan yang dituduh kapada Ku Li dengan tindakanya itu. Ada yang menuduh Ku Li mempunyai agenda politik tersendiri dengan membelankangi UMNO dan ada yang mendesak beliau dikenakan tindakan disiplin. Bagi Pemuda UMNO Kelantan pula mencadangkan Majlis Tertinggi UMNO memanggil Ku Li untok memberi perjelasan berhubung kenyataannya memperjuangkan royalti itu.

Setelah tindakan Ku Li membuat perjelasan ini dan duduk bersama-sama dipentas PAS, adalah satu langkah yang berani dan harus di puji memandangkan Ku Li adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan ahli UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya Pengurusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamad dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin harus sedar bahawa Ku Li bukanlah berpihak kapada PAS tetapi berpihak kapada undang-undang dan kebenaran perjanjian royalti itu. Benarlah kata Tun Salleh Abbas, mantan Ketua Hakim Negara " rakyat kini telah dikelirukan oleh ahli politik yang berfikiran sempit dan bukan arif dalam pentafsiran undang-undang terutamanya tentang isu royalti minyak".

Bagi pendapat penulis kesimpulannya, UMNO tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Ku Li, memandangkan apa yang beliau lakukan demi maruah rakyat Kelantan dan bukan untok diri beliau. UMNO tidak akan memecat Ku Li atau dikenakan tindakan disiplin terhadap beliau kerana ianya akan menghancurkan parti UMNO sendiri. Jika UMNO pecat Ku Li, keadaan UMNO semakin parah di Kelantan. Kemungkinan juga Ku Li akan Menyertai Pakatan Rakyat dan tentu ramai yang maseh ingat ditahun 1990, ketika Ku Li bersama-sama dengan Semangat 46 berganding bahu dengan PAS, menyingkirkan UMNO ,39-0 dalam pilihanraya 1990. Jika UMNO maseh ingat dengan sejarah itu, UMNO akan ketakutan, meski pun Pemudanya berkokok sepanjang zaman. Itulah kekuatan Ku Li di persenda politik Kelantan.

Saturday, February 6, 2010

KU LI BERCAKAP,DEMI MARUAH RAKYAT KELANTAN


Kota Bharu- Setengah orang menganggap politik itu kotor. Ada pula yang katakan politik cari makan. Bahkan ada yang menganggap orang politik cakap tak serupa bikin. Tak boleh percaya dan tak boleh pakai. Berbagai-bagai tohmahan yang dituduh kapada orang politik. Namun apa pun andaian dibuat, terpulanglah pada sasaorang untok menilaikannya. Bagi aku, negara kita negara demokrasi dan setiap orang bebas untok membuat persepsi sendiri atau pun pandangan masing-masing. Tuhan telah memberikan kita akal dan fikiran, maka fikir dan nilailah dengan waras, siapa yang bermain politik atau siapa yang mengunakan politik untok kebaikan rakyat. Pada hemat aku, politik itu tidak sekotor yang kita anggap dan yang mengotorkan politik ialah orang politik itu sendiri.

Jika kita lihat politik hari, kebanyakan pemimpinnya hanyalah buat kerja untok kepentingan diri sendiri. Jauh sekali untok membela rakyat demi meneggakan kebenaran dan keadilan. Sentiasa nak politikan cerita-cerita karut seperti cerita donggeng dahulu kala pasal royalti minyak. Isu ini tidak boleh dipolitikan kerana membabitkan ketetapan undang-undang dan fakta yang tersedia ada. Begitulah bodohnya Pengurusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk seri Mustapha Mohamad dan Timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein yang cuba mempolitikan isu ini secara tidak bertemaddun dengan membelangkangi fakta dan sejarah. Ini lah yang dikatakan politik cari makan untok kepentingan UMNO dan Juak-juaknya.

Baru-baru ini , Tengku Razaleih Hamzah wakil rakyat UMNO kawasan parlimen Gua Musang, telah dijemput oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) , yang mewakili lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan untok memberi syarahan dan pandangan beliau di Stadium Sultan Mohd Ke-4, Kota Bharu malam 28 januari lalu, telah mendapat sambutan luar biasa dari sekelian rakyat Kelantan. Perhimpunan raksaksa itu, hari khamis malam jumaat berserta solat hajat yang diimankan oleh Tuan Guru Nik Aziz , dengan kehadiran rakyat melebehi 40 ribu orang. Kehadiran Ku Li itu sedikit sebanyak telah mendapat reaksi dari pemimpin-pemimpin UMNO. Ada juga yang menganggapnya untok menonjolkan diri dan mancari publisiti. Malah ada yang menuduh Ku Li sebagai pembelok kapada UMNO kerana berucap di pentas pas. Setengahnya pula berasa pelik kerana Ku Li berucap panjang lebar dengan penuh bersemangat dihadapan penyokong pas termasuk, Tuan Guru Nik Aziz dan Husam Musa.

Pada malam itu, Ku Li Bercakap bukanlah berbau politik, bukan kerana UMNO atau PAS. Ku Li banyak bercakap dari sudut undang-undangnya Kelantan berhak mendapat royalti minyak 5 peratus, berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 1974 diantara Petronas dengan Kerajaan Kelantan, dimana sejak akhir-akhir ini isu ini menjadi topik perbualan disemua kedai-kedai kopi di Kota Bharu. Dalam konteks ini tidak timbul samada Kuli Li menyokong PAS atau sebaliknya tetapi beliau bercakap demi maruah rakyat Kelantan, dimana Ku Li juga asalnya dari negeri yang sama. Ku Li juga merupakan pengasas kapada lahirnya petronas dan pernah menjadi pengurusinya. Diatas pengalaman Ku Li itu, beliau adalah orang yang paling layak untok bercakap dan menghuraikan isu ini satu persatu. Sebagai rakyat dan kerabat diraja Kelantan, kemungkinan beliau merasai simpati kapada rakyat Kelantan yang sentiasa diskriminasikan oleh kerajaan Pusat. Meski pun berlainan parti, namun mungkin Ku Li sedari bahawa Kerajaan Kelantan adalah Kerajaan pilihan rakyat yang sah disisi undang-undang.

Monday, February 1, 2010

KU LI TIDAK BERBOHONG

  • "Ku Li adalah orang yang bertanggungjawab berunding ketika itu dan sudah pasti hanya dia tahu mengenai royalti. Kenyataan Ku Li ini terpaksa diterima kerana dia yang berunding dengan Tun Razak.Tak ada orang boleh sebut macam dia ghoyak
  • (beritahu)Dan dia tidak belawak (berbohong)".- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.


Kota Bharu- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat meminta semua pihak menerima penjelasan yang dibuat bekas pengurusi Petronas dan juga sebagai mantan Menteri keuwangan Malaysia, Tengku Razaleih Hamzah berhubung perjanjian royalti minyak diantara
kerajaan Kelantan dengan Petronas dalam menyelesaikan masaalah isu tuntutan itu.
Katanya " Ku Li adalah orang yang bertanggungjawab berunding dengan petronas ketika itu
dan sudah pasti hanya beliau sahaja yang mengentahui tentang perjanjian itu".Kenyataan dia
itu terpaksa diterima kerana dia yang berunding dengan Tun Razak. Tak ada orang boleh sebut
macam dia ghoyak (beritahu). Dan dia tidak belawak (berbohong)." Katanya dilapangan terbang
Sultan Ismail Petra disini semalam. Tuan Guru Nik Aziz turut berkata kerajaan Kelantan hanya
menganjurkan solat Magrib, solat Hajat dan solat Isyak sahaja manaka program ceramah pula telah diadakan oleh Gerakan bertindak kembalikan Royalti Rakyat (Gegar). Katanya lagi, "Proram itu anuran Gegar bukan anjuran kita. Anjuran kita hanyalah solat Mgrib, solat Hajat dan Isyak sahaja. Program selepas itu dirancang Gegar".


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...