Saturday, March 6, 2010

SOLAT HAJAT UNTUK AP YANG BELOT.



"Kita telah beri tempoh tujuh hari kepada Ahli Parlimen Bagan Serai letak jawatan. Jika tidak, kita akan buat solat hajat selama tujuh hari tujuh malam memohom kepada Allah supaya menghukum beliau kerana khianat dalam perjuangan" - Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Ustaz Ahmad Awang
Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Ahmad Awang telah memberi kata dua kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fazli Samsuri dan di beri masa tujuh hari untuk mengosongkan kerusi atau meletak jawatan. Jika tidak, beliau akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam memohon kepada Allah supaya Mohsin diberikan hukuman kerana mengkhianati rakyat yang memberi mandat kepada beliau.
Ustaz Ahmad Awang berkata, kita telah beri tempoh tujuh hari kepada Ahli Parlimen Bagan Serai untuk letak jawatan. Jika tidak, kita akan buat solat hajat tujuh hari tujuh malam, memohom kepada Allah supaya menghukum beliau kerana khianat dalam perjuanganya. Terpulanglah kepada Allah untuk menghukumnya
Hampir lebih kurang 600 penyokong PR Bagan Serai membuat protes di hadapan pusat khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai mendesak Mohsin meletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut kerana belot kepada amanah rakyat. Turut sama dalam memprotes itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas pegawai khas Mohsin, Ahmad Kamal Edon. Semalam Mohsin telah mengsitiharkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Alasan yang menyebabkan beliau keluar PKR kerana tidak bersetuju dengan pendirian partinya berhubung dengan isu kalimah Allah.
Program solat hajat ini bukanlah dianjurkan oleh Pas negeri tapi dibuat oleh beliau sendiri kerana beliaulah yang memilih Mohsin sebagai calon kawasan tersebut. Kini Mohsin telah mungkiri janji-janjinya dan mengkhianati perjuangan parti.
Solat hajat ini akan disertai oleh 1,000 penuntut dari sekolah agama yang diasaskan oleh Ahmad Awang di Perak dan selebihnya akan disertai oleh pengundi-pengundi dan penyokong Pas dikawasan berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...