Monday, October 18, 2010

Najib Tidak Ikhlas Dengan Gagasan 1 malaysia, Dalam masa yang sama meniupkan Api Perkauman


Najib Amal Politik Perkauman, Adu Domba
Gagasan 1Malaysia yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak terbukti hanya retorik apabila Perdana Menteri itu masih mengamalkan politik perkauman dan adu domba.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar(gambar)berkata, jika benar Najib ikhlas dengan gagasan 1Malaysianya, sudah tentu beliau tidak menyalakan api perkauman dengan cuba menuduh Pakatan Rakyat mempersoal perlembagaan.
"Saya rasa Najib ketinggalan dan tidak mengikuti poilitik semasa. Pakatan Rakyat telah buat resolusi bahawa kita akan sokong malah akan pertahankan Perlembagaan Negara termasuk Perkara 153," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri ketika melancarkan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Sunday, October 17, 2010

Kezaliman Umno-BN Terbukti Apabila Surau Dan Pasti Dirobohkan

Sekolah mengandung lebih penting dari surau - Ali 


Ketam



                                DEMO BANTAH ROBOH SURAU PASTI 500
                                 serta demo bantah roboh surau

 Bukit Katil, Melaka - Demonstrasi aman anjuran badan bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti)  dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan. Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat. Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan. Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat. Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan. Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit. Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut. "Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

"Di Mana Video Testimoni Rahimi Yang Saya Serahkan Kepada Peguam Anwar?" - RPK

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara, anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Raja Petra Kamarudin

Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.

Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.

Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.

Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.

Saturday, October 16, 2010

Umno-BN Semakin Zalim Dan Korup

Kulaijaya: BN Di Ambang Kejatuhan
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali (gambar)berkata hari-hari terakhir bagi sesebuah pemerintahan atau kerajaan menjadi sangat nyata apabila ia semakin zalim dan korup.

Kata beliau keadaan yang sama amat relevan dengan Umno-Barisan Nasional di Malaysia di mana negeri Johor yang di anggap sebagai benteng kuat Umno tidak lagi terkecuali.

"Beberapa hari yang lalu, suasana perayaan Aidilfitri anjuran KEADILAN Negeri Johor yang pada mulanya meriah dan berjalan lancar telah menjadi ribut apabila sepasukan polis tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah persendirian di Kampung Air Manis, Kulaijaya tempat jamuan hariraya itu diadakan.

"Pada malam Sabtu 8 Oktober itu, kira-kira 40 orang anggota polis yang diarah sendiri oleh Ketua Polis Daerah, DSP Zulkefly merampas mikrofon daripada Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Chua Jui Meng ketika beliau sedang berucap. Selepas itu, mereka merampas pula peralatan siaraya yang lain termasuk dua keping banner di situ.

Belanjawan 2011 Untuk Kepentingan Umno-BN Di PRU 13

Belanjawan 2011 Tanpa Istilah "Rasuah" - Lim Hong Siang

Sesungguhnya ia Belanjawan yang mempersiap-sediakan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.  Malah, mungkin sesetengah ahli Dewan Rakyat yang sarkastik akan menyindir bahawa ianya satu belanjawan yang dihantui bayang isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor

Ia sudah terbukti dalam dewan itu sendiri, apabila nama "Rosmah" dilaungkan ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak  (gambar) mencadangkan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar 5% hingga 30% - antaranya, pewarna rambut.  Malah, apabila Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta kepada PERMATA, sekali lagi dewan menjadi gempar dengan nama Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program ini.

Belanjawan tahun 2010 yang bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" ini mencatat angka peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM212 bilion, 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukan Belanjawan tahun 2010.  Defisit kerajaan persekutuan dijangka berkurangan kepada 5.4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2011, iaitu RM45.481 bilion-

Pembentangan Bajet 2011, Rakyat Kelantan Dipinggirkan

Bajet 2011 Pinggir Kelantan
Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar melahirkan kekecewaan dengan Bajet 2011 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak petang tadi langsung tidak menyentuh peruntukan untuk negeri Kelantan.

"Saya amat kecewa sebagai ahli Parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.

"BN tidak mempedulikan Kelantan kerana merasakan seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa harapan lagi terhadap Kelantan," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Friday, October 15, 2010

Ku Li Memberi Kebebasan Kepada AJK Tentukan Calon

Ku Li Tolak Jadi Calon Galas
Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan Umno bahagian Gua Musang - yang mengadakan mesyuarat khas petang semalam - supaya bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ghani dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian yang menghadiri mesyuarat khas itu di pejabat Umno bahagian selama kira-kira dua jam mulai 5 petang.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mat Yusoff mengesahkan beliau membuat cadangan tersebut dan mendapat sokongan para AJK bahagian.

Bagaimanapun, katanya, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dan ketua bahagian berkenaan, meminta mereka memilih calon lain daripada beliau dan dua ADUN dalam Parlimen Gua Musang - Nenggiri dan Paloh.

Mat Yusoff berkata, mesyuarat khas itu turut meneliti senarai calon yang dicadangkan oleh kalangan AJK bahagian, yang turut mengandungi nama Tengku Razaleigh

Pilihan Raya Kecil Galas, Umno-BN Nak Janji Apa Lagi?

PAS mengingatkan Umno Barisan Nasional agar tidak menabur janji pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas kerana janji mereka di Manek Urai dahulu belum ditunaikan.

Sidang media Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustapha Ali berkata, Umno BN tidak wajar membuat janji baru selagi belum menunaikan janji lama.

"Janji di Manek Urai dahulu belum selesai, apa lagi yang mereka (Umno BN) nak janji di Gua Musang?" soal beliau... lihat satu rakaman video di bawah ini.. Semoga pengundi-pengundi di Galas tidak berpengaruh dengan janji-janji manis pemimpin-pemimpin Umno-BN yang munafik  dan pengkhianat kepada keseluruhan rakyat Kelantan

Ulama Muda Menyertai Umno Hanya Untuk Memenangkan Umno Dalam Pilihan Raya

Ulamak Muda Umno Bising Isu Munajat Royalti Minyak Tapi Membisu Isu Konsert Artis Gay
Ulama muda Umno yang baru-baru ini menegur kerajaan negeri Kelantan berhubung misi Munajat Royalti Minyak yang dianggap sebagai pembaziran akhirnya membisu dalam isu konsert artis gay, Adam Lambert yang akan mengadakan persembahannya di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata ini merupakan sumbangan ulama muda yang menyertai Umno yang telah memberikan nasihat kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional tentang cara-cara untuk menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Thursday, October 14, 2010

Petronas Dipaksa Beli Tanah Daripada Kroni Umno-BN

Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni  Umno-BN Untung RM 600 Juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia.

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

"Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

"Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam
Baca lagi ...Di Sini...

Gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali, Wan Hashim Ditarik Balik

Istana Kelantan Lucut 'Datuk' Ibrahim,  Wan Hashim
Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk terhadap Datuk Ibrahim Ali (gambar kiri) dan Datuk Wan Hashim Wan Daud.(gambar kanan)

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam sidang media di pejabatnya, Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya, Sultan Muhammad Ke V, hari ini telah mengampuni perkenaan untuk menarik pingat yang membawa gelaran Datuk daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud, Tengku Mohamed Shafei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.
Kesemua darjah kebesaran itu ditarik gelarannya berkuat kuasa serta merta bermula hari ini, 13 Oktober.

Wednesday, October 13, 2010

Warga Emas Memberi Sokongan Kepada Ketua Menteri

Wang Judi: Warga Emas Tolak Fitnah Umno
Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.
Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal

Tuesday, October 12, 2010

Pas Akan Umun Nama Calonnya PRK Galas Pada 24 0kt

Orang Asli Antara Yang Dicadang Calon Pas PRK Galas
PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 24 Oktober, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.
Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.
“Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN, ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak,” katanya kepada Bernama di Pasir Mas hari ini.
Beliau yang juga anggota DUN Bukit Tuku berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.
“Mereka akan turun ke bawah untuk memastikan calon yang paling sesuai dan memenuhi ciri-ciri kriteria yang dikehendaki sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat membayangkan bahawa Orang Asli adalah antara senarai nama calon yang dicadangkan oleh parti kawasan berkenaan untuk diserahkan ke peringkat pimpinan parti itu.
Sekurang-kurangnya lima nama telah dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai calon PAS di Galas, kata pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Takut Umno Kalah, Guna Jenama Ku Li Di PRK Galas

Setelah Jenama Umno Merudum. Jenama Ku Li Dipilih
Pecah cawan, pecah gelas. Siapakah yang akan menang kerusi di Galas?

Jawapannya akan diketahui pada malam 4 November nanti, tetapi buat masa ini
percaturan politik di Galas, Kelantan telah bermula. Bagi pihak Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li telah diberi tugas sebagai pengarah kempen dan ramai pula yang mencadangkan nama beliau sebagai calon. Ku Li telah diberi peranan yang amat besar dalam pilihanraya kecil ini walaupun sebelum ini ramai dalam parti Umno yang tidak suka kepadanya sebab beliau memihak kepada Kerajaan PAS Kelantan dalam tuntutan royalti minyak.

Tetapi sekarang ramai dalam Umno yang berpusu-pusu memujinya sebagai seorang tokoh Umno yang berwibawa yang telah memberi sumbangan jasa yang besar kepada Umno. Dapat dilihat di sini bahawa dalam dunia politik, dalam masa sekelip mata sahaja keji boleh berubah menjadi puji dan sebaliknya.

Dalam cerita Galas ini, saya berpendapat bahawa Ku Li mungkin akan 'dijerat' oleh Umno yang sangat licik dalam percaturan menjerat musang. Di sini saya merujuk kepada musang yang sebenar dan bukan Ku Li.

Untuk pertandingan di Galas, apa yang sebenarnya akan berlaku ialah PAS lawan Umno dan bukan PAS lawan Ku Li. Cuma kerusi Galas terletak di kawasan Parlimen Gua Musang sahaja. Tidak kurang dan tidak lebih dari itu.

Umno pula akan meletakkan Ku Li di pentas depan untuk memberi gambaran bahawa ini adalah pertandingan di antara PAS dengan Ku Li supaya dapat meraih sokongan dan undi kaum Melayu dengan mudah. PAS perlu berdepan dengan ilusi yang ditonjolkan oleh Umno.

Apa yang PAS perlu lakukan di sini ialah untuk memberi penerangan yang terperinci kepada para pengundi bahawa ini adalah pertandingan di mana PAS akan bertentangan dengan Umno dan bukan Ku Li.

Pas Lebih Toleransi Dari Umno

Cina Lebih Takutkan Umno Dari Pas - TMI
MCA diberi peringatan bahawa masyarakat Cina di negara ini sekarang lebih bimbang dengan Umno berbanding dengan PAS. Peringatan ini diberikan oleh pengarang laman web The Malaysian Insider (TMI).

Peringatan ini diberikan ekoran amaran yang diberikan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kononnya PAS akan memerintah negara ini dengan Islam autokratik jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten.

“PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 semalam.

Monday, October 11, 2010

Tidak Ada Satu Sen Pun Wang Yang Dikatakan Haram Dikembalikan Kepada Kerajaan Negeri

Umno Tipu Warga Emas, Wang 'Haram' dikutip Umno
Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man (gambar)

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Jauhilah Umno Kerana ianya Pembelot Kepada Rakyat

Jangan dekati Umno Kerana ia parti pengkhianat - Mahfuz
Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

Sunday, October 10, 2010

Pas Bukan Menentang Individu Tapi Menentang Dasar Perjuangan Umno

Siapa Pun Calun Umno, Pas Tetap Lawan - Nik Aziz
Seperti pernah beberapa kali dinyatakan sebelum ini, PAS tetap akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas biar siapa pun calon dipertaruhkan Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bertanding pilihan raya bukan menentang individu tertentu, namun menentang dasar perjuangan selain Islam.

"Kita tetap akan menentang Umno, tak kira siapa pun calonnya, sebab kita menentang dasar perjuangan yang dibawa dan bukannya individu tertentu," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pagi tadi.

Ku Li dalam penjelasannya berhubung PRK Galas pagi tadi memberitahu menerima tawaran sebagai Pangarah Pilihan Raya namun belum memutuskan untuk menerima tawaran sebagai calon bertanding.

Pas Tidak Gentar Berhadapan Dengan Ku Li

Kritikan Ku Li Jadi Modal Kempen Pas 
Kritikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Umno Barisan Nasional (BN) akan dijadikan modal kempen jentera Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Bercakap kepada TV Selangor, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun tetap menganggap pertarungan DUN itu bersifat pertempuran antara Pas dan Umno-BN, bukannya individu.

"Beliau banyak kritikan tentang ekonomi dan sebagainya. Itu kepincangan Umno yang beliau sendiri dedahkan. Semua inilah yang menjadi bahan penerangan kami dalam pilihan raya kecil Galas.

"Ku Li seorang ahli politik veteran dan dalam banyak hal, saya anggap dia sebagai negarawan. Jadi, saya menganggap Galas ini bukan pertandingan antara Pas dan Ku Li. Tidak sama sekali. Kami anggap peperangan ini antara Pas dan Umno," katanya.

Saturday, October 9, 2010

Umno Takut Kehilangan Kuasa Politik, Bukannya Melayu


Kuasa Politik Penentu Masa Depan Umno, Bukannya Melayu - Nurul Izzah Anwar
Fitnah paling terbesar didalam perjuangan bangsa adalah bahawa Umno itu Melayu and Melayu itu Umno.
Oleh demikian apa yang dimaksudkan Utusan Malaysia didalam tulisan bertajuk “Kuasa Politik Penentu Masa Depan Melayu” sebenarnya bukan mengenai kehilangan kuasa politik oleh kaum Melayu tetapi sebenarnya adalah keresahan mengenai kehilangan kuasa politik Umno itu sendiri
.
Penentu sebenar masa depan bukan sahaja orang Melayu tetapi masa depan seluruh Malaysia bukanlah berdasarkan kepada kuasa politik sahaja tetapi sebenarnya kepada kontrak politik.
Kontrak Politik adalah satu perjanjian melibatkan semua rakyat untuk mencapai satu matlamat bersama yang berpandukan kepada syarat-syarat kuasa atau peraturan yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik adalah seperti permainan bolasepak tanpa peraturan atau tindakan polis tanpa undang-undang.

Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik akan menjadi alat kepentingan golongan elit dan bukan penterjemah kehendak rakyat.
Ketika ini Politik Ketakutan (politics of fear) yang penuh dengan retorik politik penuh hasutan termasuk dengan ancaman ‘perang saudara’ dan akan berlakunya kucar-kacir seperti yang dilaungkan oleh Perkasa dan Tun Dr Mahathir sedang digunakan untuk mempertahankan Kuasa Politik Umno dan bukan Kuasa Politik Melayu.

Sebaliknya, Negara memerlukan budaya politik harapan dan kebebasan(politics of hope and liberation) untuk memertabatkan bangsa, agama dan negara secara adil dan saksama

Kontrak Politik mesti bermula dengan permulihan Perlembagaan Persekutuan kepada bentuk asal dengan memansuhkan undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pencetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Hasutan dan mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan termasuk menarik balik perisytiharan darurat yang masih berkuat-kuasa.
Selain itu proses dan peraturan pilihanraya mesti dipulihkan agar ia adil dan telus
.
Masanya telah tiba untuk semua lapisan rakyat menuntut diwujudkan kembali Kontrak Politik yang akan menentukan agar Kuasa Politik itu digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kekayaan Umno.-TMI

Friday, October 8, 2010

Umno Semakin Lemah Dalam Politik



Rebut Jawatan: Umno Sudah Habis 'Oksigen'
PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan parti itu sudah hampir kehabisan 'oksigen' dalam politik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad(gambar) berkata, teguran Adnan yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan.

“Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh pemuda dan puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti.

Janji BN Hanya Janji Politik Untuk Pilihan Raya

Manek Urai Belum Tunai, Apa Pula BN Janji 
Di Galas
PAS mengingatkan Umno Barisan Nasional agar tidak menabur janji pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas kerana janji mereka di Manek Urai dahulu belum ditunaikan.

Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Umno BN tidak wajar membuat janji baru selagi belum menunaikan janji lama.

"Janji di Manek Urai dahulu belum selesai, apa lagi yang mereka (Umno BN) nak janji di Gua Musang?" soal beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Dun galas dalam satu sidang media di Pejabat PAS Agung, Jalan Raja Laut, hari ini.

Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa juga berkata, PAS optimis untuk mempertahankan kerusi di Dun berkenaan berdasarkan analisis pada pilihan raya umum lalu

Bagi Memudahkan Pengundi Keluar Mengundi

Kelantan Mungkin Isytihar Cuti 4 Nov
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan mengisytiharkan cuti pada 4 November depan berikutan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas pada hari bekerja.

Menurut beliau, ini disebabkan tarikh PRK Galas yang jatuh pada Khamis, sehari sebelum cuti hujung minggu bagi negeri Kelantan.

"Kerajaan Kelantan kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 November ini, ianya bagi memudahkan pengundi untuk keluar mengundi, khususnya yang tinggal di luar kawasan.

"Urusan mengundi bukan perkara yang boleh dibuat secara main-main, dan sesuatu yang menyukarkan jika ianya jatuh pada hari bekerja.

“Jadi bila begini tentu sekali akan berlaku kelam kabut dan sebagainya bila hari mengundi jatuh pada hari bekerja,” kata Menteri Besar dalam blognya.

Thursday, October 7, 2010

Bersama Bermufakat Menuju Kemenangan PRK Galas

Semua Petugas Pas, Pakatan Dikerah Ke Galas
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.

Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.

Sepatutnya SPR Menentukan Hari Pembuangan Undi Hari Cuti

SPR Didakwa Bantu BN Minimumkan Pengundi
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba membantu BN meminimumkan penyertaan pengundi luar dalam Pilihan Raya Kecil Dun Galas.

Dakwaan itu katanya, munasabah memandangkan SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan membuang undi adalah pada hari bekerja iaitu penamaan calon pada Selasa, 26 Oktober manakala mengundi pada Khamis, 4 November depan.

"Pihak Barisan Nasional ingin menentukan bahawa orang-orang Kelantan di perantauan tidak dapat balik," ujarnya petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini.

Menurut beliau, sepatutnya SPR menentukan hari pembuangan undi pada hari cuti, iaitu Sabtu.

"Sekiranya SPR ini suatu badan yang bebas, yang inginkan prinsip-prinsip demokrasi itu diamalkan serta dihayati, paling kurang hari mengundi diadakan pada hari Sabtu," ujarnya.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas

Penamaan Calun 26 Okt, PRK DUN Galas 4 Nov
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 4 Nov sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, jika ada pertandingan, manakala penamaan calon pada 26 Okt.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 Sept lepas berhubung kekosongan kerusi DUN N.45 Galas, Kelantan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept.

"Berikutan itu, SPR mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lepas.

Beliau berkata Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Katanya daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Beliau berkata 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi.- Bernama

Wednesday, October 6, 2010

Nik Aziz Ke Singapura Balas Kunjungan Lee Kuan Yew Ke Kota Bharu Beberapa Tahun lalu

Nik Aziz Ke Singapura Ziarah Lee Kuan Yew
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlepas ke Singapura pagi tadi untuk menziarahi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Nik Aziz berlepas dari KLIA jam 9.45 bersama beberapa orang lagi bagi menziarahi Lee yang sedang mendapat rawatan di hospital ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah baru-baru ini.

Sabtu lepas, isteri beliau Kwa Geok Cho, 89, meninggal dunia selepas sakit sejak sekian lama. Lee yang berumur 87 tahun pada 16 September lepas hingga kini belum memberikan sebarang ulasan media mengenai kematian isterinya itu.

Lawatan Nik Aziz ini dikira kunjungan balas beliau kepada pemimpin utama Singapura itu selepas kunjungan Lee Kuan Yew ke Kota Bharu beberapa tahun lalu.

Beliau yang sepatutnya berlepas ke Singapura Sabtu lepas terpaksa menangguhkan kunjungannya itu ke hari ini selepas kematian isteri Lee pada hari tersebut.

Wartawan Harakahdaily, Nazri Abdullah yang turut bersama dalam rombongan Nik Aziz ini akan membuat laporan penuh mengenai kunjungan bersejarah ini selepas ini.-Sumber -harakahdaily

Pas Sudah Bersiap Sedia Hadapi Umno-BN Di PRK Galas

Pas Tidak Bimbang Strategi 3M DUN Galas
Pas sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan gelombang 3 M yang dibawa Umno Barisan Nasional (BN) bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil itu.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata 3M itu merujuk kepada Money, Machienary, Media atau wang (rasuah), jentera dan media yang menjadi sinonim kepada pimpinan Umno BN setiap kali pilihan raya kecil berlangsung.

Menganggapnya sebagai taktik lapuk, beliau berkata Pas akan cuba melawan amalan 3M itu melalui risalah penerangan kepada rakyat mengenai hal sebenar termasuk pengkhianatan dalam isu royalty minyak dan keupayaan kerajaan Kelantan sepanjang 20 tahun pentadbiran.

“Mereka guna 3M. Semua akan dilonggokkan di Galas dan itu menjadi kekuatan mereka. Kita akan cuba lawan balik melalui risalah dan memastikan ia sampai ke tangan pengundi.

“Kita terangkan pencapaian Pas Kelantan dan isu pengkhianatan pemimpin Umno Kelantan terhadap royalti minyak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Idris menyifatkan semua janji BN pada pilihan raya kecil hanya strategi memenangi hati pengundi sedangkan ia hanya permainan kata-kata Umno BN hanya sekadar 'melepaskan batuk ditangga' sebagaimana janji jambatan di Manek Urai.

Sebelum ini, kerajaan Pusat menawarkan jambatan baru yang dianggar bernilai RM7 juta hingga RM10 juta jika pengundi memilih BN dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai Julai tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga mengesyaki Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berani mengetuai kempen pilihan raya Umno BN kerana bimbang dengan janji Manek Urai.- TVS

Tuesday, October 5, 2010

Azmin Anggap Zaid Pendatang Baru Dan "Desperado"

Serang Zaid: Azmin perlu Jelaskan - Gwo-Burne
Seorang lagi pemimpin PKR hari ini meluahkan perasaan kecewa terhadap serangan peribadi Naib Presiden Azmin Ali, terhadap pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan timbalan presiden semalam.

Loh Gwo-Burne (gambar) yang juga ahli parlimen Kelana Jaya berkata, "saya membaca kedua-dua News Straits Times dan Utusan Malaysia yang membuat liputan ucapan beliau pada mesyuarat agung tahunan Cabang PKR Gombak.
"Zaid dianggap sebagai pendatang baru dalam parti. Bukan itu saja, Azmin menyifatkan Zaid sebagai "desperado" dalam satu wawancara dengan Berita Harian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, sebagai calon jawatan senior Timbalan Presiden parti, saya sedih dan kecewa jika Azmin sengaja bersikap sedemikian.
"Serangan peribadi tidak perlu dan sesuatu yang tidak baik. Dengan menyebut-yebut nama merupakan satu tindakan kebudak- budakan. Saya sungguh tidak percaya pemimpin veteran dan matang seperti Azmin berkata sesuatu seperti ini.

PRK Galas - Ku Li Akan Jadikan Kambing Hitam

Galas: Muhyiddin Nak Perangkap Ku Li
Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai pengarah pilihan raya kecil Galas adalah bertujuan mengkambing hitamkan tokoh veteran Umno itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata Muhyiddin berfikiran Umno tidak yakin untuk merampas kerusan Dewan Undangan Negeri tersebut dan tidak mahu menanggung beban sekiranya Barisan Nasional kalah.
"Kita harus ingat Muhyiddin kini mengetuai gerakan secara senyap untuk menjatuhkan ketuanya, Najib dengan restu Dr Mahathir.
"Kekalahan Galas sudah tentu akan mencalarkan imejnya sebagai penganti Najib oleh itu beliau mahu mengorbankan Ku Li yang dilihat bukan lagi berada dalam arus politik perdana Umno dan tidak penting.
"Kalau Galas kalah sekali pun, kesalahan adalah atas bahu Ku Li, jadi Muhyiddin terselamat daripada sebarang kecaman," jelas Mahfuz ketika dihubungi Suara Keadilan.
Bagaimanapun Mahfuz menegaskan adalah tidak mudah Timbalan Presiden Umno itu 'menggenakan' Ku Li kerana bekas Menteri Kewangan itu seorang yang amat berpengalaman dan arif membaca segala sepak terajang politik Umno.

Monday, October 4, 2010

Ambil Balik Wang Itu, Jika Warga Emas Tidak Mahu Menerima Dan Beri Kepada Mereka Yang memerlukanya

Biarkan Umno Terjun Dengan Labu-Labunya
"Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya," itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar)terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000.

Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun.

“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” katanya.

Namun begitu, ujarnya kerajaan negeri tidak hairan dengan desakan Umno Kepala Batas dan yang terbaru di Bayan Baru kononnya mereka bersama dengan penduduk miskin menentang usaha murni kerajaan negeri berjiwa rakyat yang berusaha meningkatkan martabat bangsa, agama dan sosioekonomi menerusi penjimatan yang dilakukan.

Warga Emas Pulangkan Wang Ehsan RM100 Dan Bila Pula Umno Dapat membezakan Diantara Wang Yang Haram Dan Yang Halal

Pulangkan Semua Gaji Kepada Perbendaharaan Kerajaan - Aspan Alias
50 orang dari Bayan Baru memulangkan wang yang mereka terima sebanyak seratus ringgit sebagai wang ehsan bagi warga emas dari kerajaan P Pinang. Mereka memulangkan wang tersebut kepada UMNO Bahagian Bayan Baru kerana mereka diberitahu yang sumber wang itu datangnya dari wang perjudian. Isu ini ditimbulkan oleh seorang yang bernama Reeezal Merican Naina Merican dari Kepala Batas, P Pinang.

Isu ini ditimbulkan bermotifkan politik semata-mata dan entah bila pula pemimpin UMNO tahu membezakan diantara wang yang haram dan yang halal. Kalau benar ini merupakan wang yang haram dibelanjakan walaupun ianya adalah disumberkan oleh kerajaan negeri P Pinang, maka semua wang yang diterima dari kerajaan oleh semua pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk Reezal sendiri dikembalikan kepada Perbendaharaan Kerajaan.

Bagaimana pula dengan gaji pegawai-pegawai kerajaan seluruh negara? Bukankah sumber pendapatkan kerajaan datangnya dari berbagai-bagai bentuk cukai, termasuk cukai pemeliharaan babi dan pusat-pusat judi seperti Genting dan cukai dari pendapatan syarikat Empat numbor Ekor seperti magnum, Toto dan perlumbaan kuda?

Ku Li Tidak Layak Jadi Calun DUN Galas

Fatmi Salleh Untuk Dun Galas - Sakmongkol AK47
Saya rasa orang yang paling layak jadi calun ADUN di Glas ialah SU Politik PM, iaitu Fatmi Salleh (gambar) dia adalah ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Oleh kerana peluang untuk Fatmi menang di Kota Bharu dalam kapasiti apa pun sangat tipis dan kosong, maka elok dia di beri peluang untuk jadi ADUN. Dia pun tidak pernah jadi ADUN jadi elok dia di beri peluang supaya rakyat Kelantan dapat menikmati kepimpinan dan perkhidmatan Fatmi.
Tidak perlu kita hendak memaksa Ku Li jadi ADUN Galas. Saya sudah sebut, cubaan ini sama seperti menggunakan kuda lumba untuk menarik kereta lembu. Apabila kita meletakkan pemimpin pada tempat yang tidak kena dengan kapasiti dan kemampuan, nya, ia menunjukkan kecetekan minda kita.
Cuba kita lihat rekod Ku Li. Dalam pertandingan UMNO melawan Dr Mahathir, dia hanya kalah 41 undi. Itu pun keputusan tersebut sangat sangat mencurigakan. Dia juga pengasas parti Semangat 46. Dia bekas menteri kewangan. Dia pengerusi Petronas dan Bank Bumiputera yang pertama. Dengan latar belakang rekod seperti ini, lojik mengatakan Ku Li patut di beri tempat dalam barisan kepeimpinan negara, bukan negeri. Biarlah kepimpinan negeri di terajui oleh orang seperti Fatmi,

Sunday, October 3, 2010

Nik Aziz - Umno Harus Tinggalkan Perjuangan Kebangsaan Dan Terimalah Perjuangan Islam


Pas Sanggup Bubar Jika Umno Ikut Islam
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau sanggup mencadangkan agar PAS dibubarkan sekiranya Umno benar-benar mengikuti lamdasan Islam.
"Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.
"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia," soal Nik Abdul Aziz.
Kata Nik Abdul Aziz, Umno adalah punca utama umat Islam di negara ini keliru apabila mengamalkan politik perkauman sempit dengan melaungkan 'Hidup Melayu' tetapi pada masa yang sama menolak hukum Islam (Hudud).
Menteri Besar berkata Umno mengaku memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama menolak undang-undang jenayah dalam Islam. 
Nik Abdul Aziz menegaskan beliau sudah berkali-kali mengajak parti itu agar mengubah dasar tetapi Umno terus berkeras dengan semangat kebangsaan  (perjuangan untuk bela Melayu) malahan berbangga dan mengagung-agungkan semangat perkauman yang sempit dengan melaungkan ‘hidup Melayu.’-jelas Nik Aziz dalam blognya... Baca seterusnya DI SINI

Saturday, October 2, 2010

Jika Perkasa Dapat Sokongan Melayu, Letaklah Calon Di Galas


Khalid Cabar Perkasa Tanding Kerusi Galas Bukti Sokongan Melayu
 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dicabar untuk meminta Umno membenarkan badan itu meletakkan calonnya di pilihan raya kecil Galas, sekiranya benar mereka popular dan memperjuangan membela orang Melayu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) yang melontar cabaran itu kepada Presiden APerkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau berbuat demikian kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu sentiasa mendabik dada bahawa pertubuhannya mendapat sokongan pada pengundi Melayu.
"Kalau benarlah dakwaan beliau, buktikan, jangan cakap sahaja. Letak calon di Galas dan kalau tak menangpun setidak-tidaknya cubalah dapat balik wang deposit pilihan raya, itu pun sudah cukup," kata Khlaid ketika ditemui media tegas Khalid di majlis jamuan rumah terbuka PAS Shah Alam, Seksyen 24 petang tadi.
Tambah beliau, oleh kerana majoriti penduduk DUN Galas adalah orang Melayu kerusi itu pernah menjadi kubu kuat Umno satu ketika dulu, Perkasa sepatutnya tidak berasa gentar untuk meletakkan calonnya di kawasan tersebut. 
"Saya nak tengok Perkasa buktikan bahawa apa yang mereka katakan sebagai pejuang kepentingan orang Melayu itu benar. Jangan takut, tunjukkan kepada rakyat orang Melayu menyokong Perkasa," ujar Khalid.
Katanya lagi, Ibrahim yang seringkali melaungkan bahawa beliaulah pejuang Melayu tulen tidak perlu takut kerana Galas adalah tempat paling sesuai bagi membuktikan dakwaannya selama ini.
"Biarlah dia  bertanding di situ dan kita lihat sejauh mana dakwaan Perkasa mewakili orang Melayu dan memperjuangkan orang Melayu itu diterima oleh orang Melayu," kata beliau.- SK

Umno-BN Yang luluskan Lesen Judi Toto, Magnum, Empat Nombor Ekor Dan Kasino Genting

Umno-BN Tidak Tentang Judi Tapi Lulus Lesen Judi
Sepanjang perjuangan dalam politik negara, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menentang kewujudan judi dalam negara ini.

Sejak menerajui negara, Umno dan BN banyak meluluskan lesen judi seperti Toto, Magnum, Empat Nombor Ekor, Genting dan juga kilang arak seperti Carlsberg serta rumah-rumah urut.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, perjuangan PAS sentiasa menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Umno dan BN.

"Sepengalaman saya selama tiga penggal menjadi ahli Parlimen, tidak pernah ada pemimpin Umno yang bangun menentang pemberian lesen judi yang dikeluarkan dalam negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Pongsu Seribu, Tasek Gelugor malam tadi. Turut hadir ialah Exco Masyarakat Penyayang Negeri, Phee Boon Poh.

Dalam majlis tersebut juga sebanyak 200 borang pendaftaran warga emas baru bagi kawasan Parlimen Tasek Gelugor telah disampaikan kepada Phee untuk didaftarkan dalam sistem pendaftaran kerajaan negeri.

Isu Galas, Ku Li Akan Menejelaskannya Apabila Pulang Ke Malaysia


Ku Li Nafi Perlantikan Umno-BN, Tamparan Buat PMKetika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.

Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan.”- SK

Friday, October 1, 2010

Pentadbiran Mahathir Banyak Mengkhianati Melayu

Kepincangan Melayu Berpunca Dari Zaman Mahathir
Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail(gambar) berkata kepincangan yang ditanggung oleh bangsa Melayu kini adalah akibat kesan daripada dasar pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun yang mengangkat budaya kronisme dan nepotisme.
Akhirnya kata Saifuddin, Dr Mahathir dan Umno telah menjahanamkan nasib dan masa depan orang Melayu serta kesucian agama Islam.
"Yang jahanamkan orang Melayu bukannya orang Cina yang namanya Kit Siang, yang menjahanamkan agama kita bukannya Melayu, bukan Cina yang namanya Guan Eng, Karpal Singh, Sivarasa atau pun Tian Chua.
"Dalil yang pertama, apakah betul Umno jaga agama? Orang Melayu di negara kita ini agamanya Islam. Berita yang terbaru tetapi dilaporkan akhbar antarabangsa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu meluluskan lesen judi kasino di Sabah.

Pemimpin Umno Memperalatkan Warga Emas Untuk Kepentingan Politik

Umno Didesak Buktikan Penerima Kembalikan Wang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Umno negeri supaya membuktikan dakwaan mereka bahawa seramai 40 orang warga emas yang menerima wang dalam program sumbangan warga emas sebanyak RM100 seorang sebelum ini telah memulangkan wang tersebut.

Mereka dikatakan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis yang diadakan oleh Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim di Pusat Khidmat Dun itu kerana tidak berpuas hati setelah didakwa wang tersebut adalah hasil dari sumber judi Kelab Lumba Kuda.

Exco Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim (gambar)dalam sidang media pagi tadi menafikan dakwaan Azhar itu.

Beliau menyifatkan Azhar dan Umno Pulau Pinang cuba menjadi hipokrit dengan memperalatkan warga emas bagi mendapat simpati yang telah hilang terhadap mereka selama ini

Jika Wang RM100 Haram, Wang Gaji Adun Umno Juga Haram, Pulangkan Balik

Wei Aik: Adun Umno, Pulangkan Duit Gaji, 'Haram'!
"Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan ‘memperbodohkan’ mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.

Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi.-TVS
.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...