Tuesday, October 5, 2010

PRK Galas - Ku Li Akan Jadikan Kambing Hitam

Galas: Muhyiddin Nak Perangkap Ku Li
Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai pengarah pilihan raya kecil Galas adalah bertujuan mengkambing hitamkan tokoh veteran Umno itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata Muhyiddin berfikiran Umno tidak yakin untuk merampas kerusan Dewan Undangan Negeri tersebut dan tidak mahu menanggung beban sekiranya Barisan Nasional kalah.
"Kita harus ingat Muhyiddin kini mengetuai gerakan secara senyap untuk menjatuhkan ketuanya, Najib dengan restu Dr Mahathir.
"Kekalahan Galas sudah tentu akan mencalarkan imejnya sebagai penganti Najib oleh itu beliau mahu mengorbankan Ku Li yang dilihat bukan lagi berada dalam arus politik perdana Umno dan tidak penting.
"Kalau Galas kalah sekali pun, kesalahan adalah atas bahu Ku Li, jadi Muhyiddin terselamat daripada sebarang kecaman," jelas Mahfuz ketika dihubungi Suara Keadilan.
Bagaimanapun Mahfuz menegaskan adalah tidak mudah Timbalan Presiden Umno itu 'menggenakan' Ku Li kerana bekas Menteri Kewangan itu seorang yang amat berpengalaman dan arif membaca segala sepak terajang politik Umno.

"Ku Li masih pegang kunci utama dalam membuat perubahan dalaman Umno terutamanya merubah pemikiran atau 'mind set' orang Melayu. Beliau dilihat memainkan peranan besar dalam usaha menarik perhatian terhadap masalah yang dihadapi orang Melayu.
"Dulu Muhyiddin pernah menempelak Ku Li secara terbuka ketika beliau berceramah bersama-sama Tok Guru Nik Aziz atas isu royalti minyak Kelantan tapi sekarang beriya-iya pula nak ampu Ku Li," kata Mahfuz lagi.
Mahfuz berkata tindakan Ku Li menerima perlantikan sebagai pengarah PRK Galas akan menjejaskan kredibiliti dan keyakian sebahagian besar golongan Melayu kelas menengah yang sekarang ini menyokong beliau.
"Mereka akan menganggap Ku Li tidak konsisten dalam prinsipnya terutama sekali mengenai isu royalti minyak Kelantan yang mana beliau sebelum ini berjanji mahu membantu kerajaan negeri Kelantan mendapatkan hak itu.
"Bagaimana Ku Li boleh menerima tanggungjawab itu sedangkan kita semua maklum betapa beliau tidak setuju dengan dasar-dasar pentadbiran Najib yang dianggap beliau bercelaru dan 'flip flop'," kata beliau.-SK

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...