Polis harus mengambil tindakan tegas dan segara terhadap Senator Mohamed Ezam Mohd Noor yang mahu membakar pejabat portal berita tertentu kerana ia adalah ugutan jenayah.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata kenyataan itu terang terangan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaaan.
“Mereka yang melakukan jenayah tidak harus terlepas semata-mata kerana mereka dari parti pemerintah atau berkait rapat dengan kerajaan,” katanya pada kenyataan media, petang ini.
Beliau merujuk kenyataan Ezam yang mengancam membakarMalaysiakini dan Malaysian Insider berikutan tidak berpuas hati dengan laporan berkaitan serbuan Jais terhadap sebuah gereja.
