Najib takut kerana ketokohan Anwar sebagai seorang pemimpin. Jika diteruskan debat, temberang Najib mengenai bajet 2012 terbongkar dan rakyat akhirnya akan mengetahui fakta yang sebenarnya.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar.
“Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap.
