Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan aman pada 9 Julai depan, menuntut 8 perkara dan meminta campurtangan Yang Di Pertuan Agung bagi reformasi sistem pilihan raya.
Ia adalah membersihkan senarai pengundi, reformasi undi pos, pengunaan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuhkan institusi awam, menghapuskan rasuah dan menghentikan politik kotor.
Artikel penuh kenyataan Tian Chua..
Pelawaan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertemu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), adalah usaha terakhir Umno BN menghalang perhimpunan yang dianjurkan NGO itu, 9 Julai depan.Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, BN bimbang dengan perhimpunan tersebut, yang dijangka mengumpulkan ratusan ribu rakyat untuk turun ke jalan bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya.
