Showing posts with label berniat jahat. Show all posts
Showing posts with label berniat jahat. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Air Kelantan: Tuduhan rambang, berniat jahat.

“Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’

                Laporan Mingguan Malaysia semalam bahawa kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli adalah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.
                Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.

“Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’,” ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.

Sunday, January 9, 2011

Isu SUK: Awang Selamat biadab, berniat jahat


Awang Selamat, Jangan Jadi Bodoh Bahawa Kerajaan Umno-BN Lah Yang Menghakis Serta Mengurangkan Kekuasaan Raja-Raja Melayu Dalam Krisis Perlembagaan  1993

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menempelak sikap wartawan akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat yang mengulas isu perlantikan SUK Selangor.

Katanya, seorang yang berfikiran waras akan memahami soal perlantikan SUK tidak langsung timbul isu penderhakaan terhadap Sultan Selangor seperti yang cuba digambarkan Awang Selamat.

Ianya hanya membabitkan masalah pentadbiran antara kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif.

Isu tersebut jelasnya bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi, kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja.

"Tulisan Awang Selamat atas tema 'biadab', sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...