Jika bukan Anwar siapa ? Itu persoalan paling hangat ketika ini sesudah Ketua Pembangkang itu mengemukakan catatan Twitter dan Facebook untuk menolak tuduhan beliau orang dalam rakaman video seks berkenaan sekaligus menganggapnya satu lagi fitnah.
Di TV Selangor, kakitangan Mohd Ashkhairul Zafrishah sering diusik kerana wajahnya mirip bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan.
Ashkhairul jauh lebih muda; 24 tahun, berbanding Musa yang sudah pencen. Namun dalam dunia perfileman… keajaiban bersolek mampu mencipta 'Musa Hassan 2' dalam bentuk Ashkhairul.
Keajaiban solekan inilah yang membolehkan Ben Kingsley mengaut 11 anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai Mathma Ghandi- bapa kemerdekaan India.