Isu Video seks fitnah, kenapa Umno-BN benar-benar berminat untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja? Sedangkan yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa dalam kes kematian Allahyarham Ahmad Sarbani, kes kematian Altantuya Shaaribuu dan khalwat di Port Dickson, pemimpin Umno-BN tidak bersuara untuk wujudkan Suruhanjya Diraja? Ini melambangkan pemimpin Umno-BN hanya berminat terhadap isu-isu yang boleh mengekalkan kuasa mereka yang kian tenat.
KEADILAN Selangor kesal kerana Umno Barisan Nasional (BN) mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk kes video seks fitnah tetapi tidak mengulangi kesungguhan sama dalam kes kematian kedua melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei pada kenyataan media, berkata perbuatan pimpinan Umno BN itu menyedarkan rakyat khususnya kaum Melayu betapa mereka lebih berminat isu lucah berbanding soal kepentingan awam.