Amat malang jika UMNO marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada masa yang sama UMNO diam apabila MCA menghina Islam. Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka UMNO membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka.
"Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus?
"Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?," soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
