Inilah rupanya perempuan sunda yang terang-terang buat kenyataan untuk membantu jentera Umno-BN dalam PRK Tenang. Perempuan sunda ini hanya layak menjadi boneka Umno-BN. Tidak pernah rasa menyesal dan insaf diatas dosa-dosanya terhadap Anwar. Jika kesenangannya di dunia dengan kemewahan yang diberikan Umno tapi beliau seharusnya ingat bahawa sisa-sisa hidupnya tidak akan tenang dan senang. Akhirnya ia tetap akan menemui tuhan dilubang kubor dengan penuh seksa. Percayalah....
Kemunculan Ummi Hafilda ke pentas politik negara dengan mengemukakan saman terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, jelas menggambarkan bahawa ‘pelakon veteran 1998′ itu hanya menjadi boneka Umno-Barisan Nasional (BN), kata Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail.
Aisyah menganggap perbuatan Ummi itu, menjatuh dan merendahkan martabatnya sebagai wanita selepas muncul dalam siri konspirasi fitnah terhadap Anwar Ibrahim 13 tahun lalu.
“Kita tidak mahu sentuh rekod buruk dia sebelum ini. Tetapi perbuatan Ummi Hafilda jelas menunjukkan kedangkalannya. Kenapa baru sekarang muncul? Ke mana dia menghilang? Adakah dia mahu membuktikan bahawa dirinya sekarang ‘bersih’?