Showing posts with label Tidak Mustahil Pakatan Menang Di Tenang- Penganalisis Politik. Show all posts
Showing posts with label Tidak Mustahil Pakatan Menang Di Tenang- Penganalisis Politik. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Tidak Mustahil Pakatan Menang Di Tenang- Penganalisis Politik

Dr Abu Hassan Hasbullah
Jika undi kaum cina menyebelahi Pakatan Rakyat sebanyak 82 paratus, tidak mustahil  untuk Pakatan Rakyat menang di Tenang. Sama-samalah kita doakan pada tuhan agar  pengundi kaum cina menyokong Pakatan Rakyat, menolak Umno-BN yang zalim dan munafik.

Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan untuk memenangi kerusi Dun Tenang sekiranya mendapat sokongan padu pengundi Cina dan golongan muda dalam Pilihan Raya Kecil yang dijadual pada 30 Januari ini.

Demikian dinyatakan penganalisis politik, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas Zentrum Future Studies, sebuah badan bebas yang menjalankan kajian berhubung krisis masa depan.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil sekiranya Pakatan bekerja lebih keras untuk menarik sokongan kelompok berkenaan meskipun di saat-saat akhir menjelang hari pengundian.

“Pakatan boleh menang dengan cukup dramatik jika mendapat undi Cina sebanyak 82 peratus dan pengundi muda 82 peratus yang berusia 31 hingga 40 tahun. Jika momentum ini digembar-gemburkan tidak mustahil

Pakatan akan menang di Tenang,” katanya kepada Keadilandaily.
Menurutnya lagi, berdasarkan pemerhatiannya pada masa ini, peratus sokongan kedua-dua kumpulan berkenaan terhadap Pakatan Rakyat, masing-masing mewakili 42 peratus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...