Taib gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisma dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam.
Apa gunanya negeri kaya tapi rakyat terus hidup malang dengan kais pagi makan pagi. Setiap kali pilihan raya, pembangunan yang dicanangkan. Tapi taraf kehidupan rakyat masih lagi hidup dalam keadaan kemunduran dan daif
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan selepas Pilihan raya Negeri Sarawak mencerminkan satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat.
AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa berkata, jika beliau benar-benar serius dalam perkara itu, Perdana Menteri harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Taib untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri.
Taib Mahmud telahpun mengeluarkan kenyataan untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri sewaktu pilihan raya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya.