Penduduk India Ikrar Pertahan PAS Di Galas
Impian Umno merampas semula Dun Galas dianggap menemui jalan buntu apabila masyarakat bukan Islam kini semakin berani menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS.
Malah Umno dan MIC dikatakan hanya mampu mempertahankan tidak sampai suku daripada 185 jumlah pengundi di kalangan kaum India.
Sokongan terbuka dapat dilihat apabila sebahagian besar penduduk India yang tinggal di Taman Bunga Tropika mendirikan pos di tepi jalan menghala ke Kuala Betis.
Pos tersebut didirikan pada hari penamaan calon. Dan setiap malam selepas balik dari kerja mereka berkumpul beramai-ramai. Pos terbabit dilengkapkan dengan lampu kelip-kelip dan spot light.
Sebelum ini, kira-kira 200 penduduk India diraikan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar)sempena menyambut Hari Deepavali, 5 November ini.
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Showing posts with label Sokongan Terbuka Masyarakat India Terhadap PAS. Show all posts
Showing posts with label Sokongan Terbuka Masyarakat India Terhadap PAS. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
