Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini sebagai berkata slogan 'Umno Dahulukan Rakyat' akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara.
Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan ia sekadar propaganda murahan Umno kerana kenaikan harga barang dan petrol berlaku apabila subsidi untuk rakyat ditarik balik sedangkan subsidi kepada kroni-kroni besar tidak disentuh.
"Pada saya pendirian parti jelas dalam isu ini kalau apa pun propaganda murahan Umno yang mahu canangkan isunya masih berbalik kepada dasar kerajaan BN yang sentiasa mendahulukan rakyat yang perlu apabila menanggung beban hutang dan ekonomi yang semakin meruncing tetapi malangnya apabila menyentuh kepada penjana-penjana bebas dan kroni tidak disentuhkan atau diapa-apakan," katanya.
Sementara itu menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap slogan yang diuar-uarkan Umno tidak konsisten untuk mendahulukan rakyat sedangkan realitinya kerajaan Umno-BN tidak prihatin kepada kenaikan dan beban rakyat mutakhir ini.